22 Februari 2214

Friends?

Sekarang ni aku dalam perjalanan pulang rumah villa lama tu. Dengan lemah longlainya, aku melangkah setapak demi setapak. Tanpa menghiraukan orang sekeliling yang ada ber-telepot, ada yang terbang, ada yang terpaku, ada yang juga yang melayang. Tapi aku tak perduli semua tuh! Masalahnya...

"Kenapa takde sorang pun contact aku untuk tanya rumah ni? Wae?! Wae?!" aku meratap seorang diri. Menjerit melolong seorang diri mengenang nasib diri.

Kalau sampai bila-bila aku tak dapat housemate, adakah aku akan selamanya diganggu ilusi lelaki berwajah cat hitam itu? Omo~ Sedang aku bermonolog, membebel sendiri, aku melihat seseorang sedang asyik mengoyakkan ads yang aku tampal di hadapan rumah villa.

"What the hell you do?!!!!" Aku menjerit kuat dalam hati sambil berlari mendapatkan orang yang selamba itu dengan anak mataku seolah-olah terdapat bebola api yang membara.

"Hei budak! Suka hati kau je koyakkan ads aku! Sebab kau lah takde sesiapa contact aku lagi! Sebab kau lah aku still takde housemate! Kau siapa?" Aku hamburkan kata geram pada gerangan budak itu. Okay, for sure aku sebenarnya tak tahu lelaki tu muda or lebih tua dari aku, tapi disebabkan dia agak pendek, aku saja panggil dia budak.

Berbalik pada budak itu, dia langsung tidak memberi sebarang respon, dia hanya berhenti mengoyak dan berdiri menghadap pagar.

"Dah kenapa ni? Dengar tak?!" Aku yang geram dengan tindak balas negatifnya pantas memegang bahunya dan menghadapnya.

Sebaik sahaja tubuhnya berhadapan denganku, aku jadi tersentak! Dia yang sudah berdiri menghadap aku dengan wajah yang juga dicat hitam persis seperti lembaga-lembaga yang pernahku jumpa. Selang sesaat, 'dia' ghaib! Tanganku yang berada dibahu'nya' terjatuh.

"Eomma!!! Juseyo!!!" Aku menjerit ketakutan sambil berlari masuk ke rumah banglo villa

.

 

"Neon nekoya!"

Namun tibanya aku ke ruang tamu, muncul pula 'seorang' lagi lelaki berwajah cat hitam tetapi dia jauh lebih panjang(?) [okay, tinggi berbanding lembaga yang lain]. Dia memakai baju singlet hitam seakan lelaki yang aku jumpa untuk pertama kali dan lelaki yang makan kek aku. Rambutnya merah menyala. Cat hitam di bawah matanya menambah lagi keseraman suasana. Aku yang memang sedang ketakutan, apa lagi...

"AAAAAARRRRGGHHH! HANTU GALAH!!!" Jeritku spontan.

"Kau panggil aku apa?!!!" 'Hantu galah' itu menjerit kuat sambil cuba mendekati aku. Nampaknya dia sangat marah dengan panggilan itu.

Sekali lagi aku berlari. Melarikan diri daripadanya ke arah yang bertentangan. Namun, itu adalah satu KESILAPAN!

Tiba-tiba sahaja, enam lembaga lelaki yang pernah ku jumpa sejak aku tinggal di rumah banglo villa ini, mengelilingiku sambil merapati aku. Aku jadi mati akal! Aku tak tahu macam mana aku nak lari. Kat mana aku nak lari. Anak mataku hanya mampu mengerling memerhati wajah mereka yang bengis dan menakutkan itu semakin hampir denganku. Sementara air mata ketakutan sudah mengalir deras.

"Ap... apa ya...ng korang na...nak dari a...aku?" Aku menyoal gagap.

"Apa kitorang nak?!" Salah seorang daripada mereka yang bertopeng muka (yang aku sangkakan dia perompak) menyoal kembali dengan nada yang tegas.

"Kitorang nak..." Lelaki paling tinggi yang baru aku jumpa tadi menyambung.

"Jadi kawan kau," sambung lelaki yang berwajah dicat hitam sebelah kanan sambil memegang tanganku, sangat mengejutkan aku. Lantas aku pun...

"Ani!!!!!!!" Serentak dengan jeritan itu, kesemua mereka ghaib satu persatu.

 

513

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!