30 Februari 2214

Friends?

Sejurus selepas kesemua 'mereka' menghilang, aku segera berlari pantas keluar dari villa lama yang berhantu itu untuk mencari bantuan. Ya, berhantu! Aku ulangi lagi sekali VILLA LAMA YANG BERHANTU!!! Sekarang baru aku akui kewujudan makhluk ghaib yang bernama 'hantu'. Ya, Ia memang wujud! BETUL-BETUL WUJUD!

"Mak cik NiYuSan!!! Mak cik!!! Mak cik NiYuSan!!! Pakcik!!! Ni Aqua! Tolonglah buka pintu!!! Tolonglah Aqua! Makcik NiYuSan!!! Tolong!!!" Aku yang tidak berfikir panjang terus mengetuk pintu rumah Makcik NiYuSan sekuat mungkin.

Entah apa yang sedang dilakukan oleh makcik NiYuSan dan suami pun aku tahu sampai lambat sangat buka pintu! Aku yang masih menggigil ketakutan memang tak boleh duduk diam. Sementara tangan kanan dan kiriku mengetuk pintu kuat, kedua-dua kakiku terlompat-lompat tanda betapa tidak tenangnya aku. Sesekali aku menoleh ke belakang, takut-takut enam 'sekawan' itu mengekoriku tetapi mujur tidak.

"Makcik NiYuSan!!! Pakcik!!! Cepatlah buka pintu!!! Aqua takut!!!" Jeritku semakin nyaring. Kekadang, aku terigin nak terajang aje pintu tu, tapi aku tahu sekarang bukan tahun 2012 lagi pintu kayu senang-senang aje nak pecahkan. Kalau aku terajang, maunya kaki aku yang pecah. Lagipun, aku telah diajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan oleh cikgu aku yang bernam... Yah! Apasal time ni juga aku nak ber-flashback?!

"MAKCIK!!!!!!!" sekali aku melontarkan high note level 10.

"Ada apa? Aqua, tau tak kami tengah ber-hologram dengan GD tadi?" Beritahu Makcik NiYuSan sebaik sahaja membuka pintu.

"Tak tahu! Saya tak tahu tapi Aqua ada benda lagi penting nak bagitau!!!" Kataku dalam satu nafas.

"Lagi penting?!" Pakcik yang baru keluar, menggaru kepalanya yang tidak berambut.

"Villa tu!!! Ada... Ada HANTU!"

Dengar sahaja ayat itu meluncur dari bibirku, riak wajah Makcik NiYuSan berubah drastik. Wajahnya yang tadi kelihatan agak garang bertukar murung. Suram...

"Makcik, Aqua cakap villa tu ada HANTU!!!" Kali ini aku menaikkan nada suara. Serius, ini bukan reaction yang aku bayangkan, yang aku harapkan. Atleast buat la muka terkejut ke, ni sedih pulak!

"Aqua ni... kalau dah tak nak sangat tinggal kat sana, cakap ajelah. Tak payah nak tipu jumpa hantu pula." Bicara perlahan makcik itu cukup menyentap hatiku.

"Makcik!!! Aqua tak tipu! Aqua betul-betul jumpa enam ekor hantu tadi! Aqua tak berniat langsung pun nak keluar dari villa tu!" Aku tegas mempertahankan pendirian.

"Yeke? Kalau betul jumpa hantu kenapa Aqua cari makcik? Makcik bukannya pandai halau hantu pun. Dah lah Aqua, kalau betul kamu tak nak tinggal lagi kat villa tu, esok kamu berkemaslah. Makcik reda," perli makcik NiYuSan sambil melangkah masuk meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil, hairan dengan perubahan sikapnya.

"Pakcik, pakcik percayakan Aqua kan? Tolonglah percayakan Aqua!" Aku memegang tangan lelaki tua itu meraih simpati walaupun memang betul apa yang makcik NiYuSan cakap, kalau mereka percayakan aku pun bukannya mereka pandai tangkap hantu!

"Tentang rumah tu... Ya, pakcik percaya. Tapi tentang hantu, maaf... Memang susah nak percaya. Walauapapun, pakcik harap kamu tak akan pindah dari rumah tu. Tadi GD, anak pakcik hantar hologram." Tiba-tiba pakcik membuka cerita tentang anaknya yang tinggal di Marikh. Hah! Nak luahkan perasaan lah tu! Perasaan aku ni siapa nak dengar? Disebabkan rasa hormat yang tebal aku biarkan aje si pakcik menghabiskan curhart nya.

"Dia... Dia dah kahwin dengan gadis bernama Sandara Park. Dan... Dia takkan balik bumi dah, usah ke rumah kami jenguk orang tua. Dah lah kahwin tanpa pengetahuan, orang jauh pulak tu and then siap buat pengumuman rasmi 'takkan balik bumi!'. Haih... Anak tak guna!" Pakcik yang kelihatan amat geram, menumbuk-numbuk buku limanya.

Alamak ai, kau ni, GD!!! Betullah menyusahkan orang! Tak pasal pasal sebab kau, penumbuk pakcik terlepas kat aku pulak. Kalaulah kejadian malang tu betul-betul terjadi, siap kau GD! Aku humban kau dalam loji! Hatiku membebel mengenang sikap GD itu. Sedar tidak sedar, ketakutan dek pertemuan dengan hantu-hantu tadi semakin berkurang. Dengan itu aku segera menampar pipiku. (jangan tanya kenapa!)

"Dah apahal kamu ni tampor diri sendiri?" Soal pakcik yang hairan dengan kelakuan itu.

"Takpe pakcik, sambunglah cerita."Jawabku selamba.

"Oleh sebab itu, NiYuSan sedih sangat. Tolonglah jangan kecewakan isteri pakcik lagi! Jangan keluar dari villa tu!" Rayu pakcik sambil mengencam erat tanganku.

"Yellah, pakcik. Saya cuba bertahan," aku menjawab lemah. Apalah malang sangat aku nih? Aku datang nak ngadu pasal lembaga-lembaga tu... Tapi lain pula jadi! Aku mengeluh dalam hati. Tiba-tiba nama Hayana Park melayari mindaku.

"Pakcik, saya ada hal. Saya chaw dulu, ye?Okay, bye!" Dengan lagak Abang Terlajak Laris gitu, aku mengundur diri dan terus ke rumah Hayana.

"Apa?! Hahahaha!!!" Gelak Hayana yang menoreh-noreh hatiku bak menoreh getah.

"Hayana! Aku tak tipu! 'Diorang' tu hantu! Diorang cakap nak berkawan dengan aku! Malah salah seorang dari mereka pegang aku! Diorang ghaib depan mata aku!" Tegas aku bersuara menceritakan kembali saat ngeri itu.

"I'm trying...but... Hahahaha!!! I can't! Pendengaran manusia terhad kepada 20hertz hingga 20kHertz. Bawah dari tu dicetuskan oleh minda manusia sendiri yang menyebabkan manusia berasa seolah-olah terdengar m suara halus. Hahahaha!!!"

Okay penutupan dengan hilai ketawa tu yang aku tak boleh tahan! Teringin pulak aku nak bagi dia rasa flying kick daripada aku sekarang ni.

"Okay. Okay. Macam ni, untuk membuktikan kau tu berhalusi atau realiti, kita teman kau nak? Tiga hari tidur kat villa lama tu," kata-kata itu telah memberi sinar buat diriku. Tiba-tiba rasa macam ada spotlight memancar. Kemudian bermula lah hari Hayana untuk tinggal bersamaku di villa BERHANTU itu. Ya, aku memang percaya 1004% VILLA ITU BERHANTU!

Hari pertama, malam pertama. Hayana ajak aku jaga malam, konon nak tengok hantu yang aku cakap tu. Walaupun aku dah bagitau aku jumpa 'diorang', mostly hari siang! Eleh, perli aku lah tu! Biarpun aku kelihatan seolah-olah tersenyum, setuju dengan segala tindakannya, tetapi perlu kau tahu jauh di sudut hatiku, aku kutuk kau sekutuk-kutuknya! (jauh di sudut hati yer. Jauuuuuuh di sudut hati.)

"Kau nak buat apa? Takkan nak tunggu je? Aku mengantuk, weih!" Aku menyoal.

"Ta-dah! It's k-drama time!" Hayana mengeluarkan koleksi drama yang kalau di susun satu-satu boleh sampai tinggi macam menara KLCC!

"What?! Andwae!!!" Aku cuba melarikan diri. Aku memang tak minat drama! Terutama cerita cinta! Sangat opposite dengan Hayana.

"Ah! Kau jangan ngengada erh! Kau kena teman kita tengok drama cinta macam kita teman kau sekarang! Kang hantu tu muncul kat belakang kau...!" Amaran Hayana membulatkan mataku. Aku pun segera berlari menemaninya menonton. Nasib baik esok cuti.

Jam sudah menunjukan pukul 4:44 pagi. Hayana masih segar menonton cerita cinta pujaannya. Babak kiss adalah sesuatu yang paling dinantikannya, kalau boleh rasa macam nak cabut mata melihat babak itu, katanya. Berbeza dengan aku, babak kiss adalah sesuatu yang paling aku benci. Setiap kali muncul babak itu aku akan peluk orang di sebelah kuat-kuat, kalau tak boleh muntah pelangi aku! Entah apa masalah kesihatan aku, yang aku tahu aku geli!

"Aqua, mana hantu kau? Dah semalaman kita berjaga, takde apa pun!" Hayana menyoal sambil manyun, berlagak comel.

"Mana aku tahu! Pergi overseas kut," Jawabku yang sedang tidur.

"Overseas?! Yah! Kau buat lawak ke der?" Hayana yang geram dengan jawapan itu cuba mengejutkan aku tetapi gagal. Serius ok, aku ngantuk gila!

"Haih... Nanti kalau hantu tu dah muncul panggil aku tau." Pesan Hayana.

"Mmmmmmm..." Aku mengiakan dengan bunyi yang sebiji macam bunyi lembu tengah perah susu.

Ye... Memang aku akan panggil kau, Hayana. Aku akan panggil kau bila muncul aje enam ekor makhluk tuhan tu. Aku nak kau percaya kata-kata aku. Aku nak kau percaya hantu itu wujud. Aku nak kau tolong aku hapuskan mereka jadi boleh lah aku tinggal kat sini dengan aman. Tapi... Ya, memang ada tapi!

"TAPI KENAPA KAU TAK MUNCUL-MUNCUL HAH?! DASAR HANTU!" Aku menjerit geram sambil memandang sekeliling.

"Dah lah Aqua, memang takde bukti pun hantu tu wujud. Masuk hari ni dah tiga hari kita temankan kau, takde apa pun berlaku. Usahkan terjumpa lembaga lelaki berwajah cat hitam, malah sebarang kejadian misteri nusantara pun tak pernah berlaku. Dah confirm kau cuma beriluminasi jek. Take a break, okay? Relax yourself. Aku nak balik ni," ujar Hayana panjang lebar memasamkan lagi muka ku.

"Ala Hayana! Tunggu jap! Tunggulah sampai hantu tu muncul!" Aku segera menghalang langkahnya lalu terus memprovok hantu-hantu supaya menjelmakan diri.

"WOI HANTU! APASAL KAU TAK KELUAR? TAKUT?! KELUARLAH!!! JELMAKAN DIRI KAU! TUNJUK DIRI KAU! HANTU!!!"

"Sorry Aqua, aku nak balik. Kalau keadaan kau makin teruk, kau nak sesi kaunseling just call me. Aku boleh rekomen yang bagus," ucap terakhir Hayana Park sebelum berlalu keluar meninggalkan aku sendiri.

 

1359

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!