7 March 2214

Friends?

Pintu tertutup...

Aku terduduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Lemah... Aku menghela nafas panjang sebelum menghambur kata-kata kekecewaan.

"Hish!!! Geram betullah aku dengan hantu ni! Time aku nak kau muncul, kau tak muncul! Time aku tak ingin, nak sangat promote diri! Kenapa kau tak nak muncul depan Hayana? Saja kau nak buat aku nampak macam orang gila?! Yah, kalau kau berani kau muncullah sekarang! PENGECUT!!!" Aku menjerit menyeru lembaga itu supaya menjelma sambil menyerabutkan rambutku persis seperti rambut kak Limah balik rumah.

"Ya, saya~~~" Tiba-tiba satu suara cukup garau kedengaran kuat sekali dan pada saat itu jugalah enam ekor lembaga lelaki muncul satu per satu di hadapanku.

Waktu ni aku betul-betul nak cabai mulut seseorang. Entah mulut aku atau mulut hantu tu pun aku tak pasti. Tapi aku tahu aku tak boleh buat! Jantungku kini berhenti berdenyut. Darahku mula membeku. Oksigen sudah semakin nipis menyebabkan dadaku semakin sesak untuk bernafas. Kesemua mereka kemudian berubah-ubah gaya dari kaki hingga rambut. Dari ke semua mereka berambut blonde sehingga berwarna-warni. Dari mereka semua berpakaian jumpsuit sehingga berpakaian tuxedo. Hal ini begitu memeningkan aku. Kepala aku semakin berat. Semakin berat. Sehingga akhirnya gelap.

Cahaya perlahan-lahan memenuhi ruang retina mataku. Sehingga aku dapat melihat semula dengan jelas. Aku yang terbaring mengosok-gosok mata sambil kembali duduk sebelum aku tersedar sesuatu.

"Bilik? Aku ada dalam bilik?!"

GLUP! Aku menelan air liur. Aku betul-betul pasti yang aku tadi pengsan kat ruang tamu! Macam mana boleh terbaring atas katil pula? Takkan 'mereka' yang dukung aku? Mataku membulat. Seram... Tak! Tak! Tak! Aku tak nak hadapi sesuatu yang aku anggap bukan nyata! Angin sejuk tiba-tiba meniup sepoi-sepoi bahasa. Menaikkan bulu roma.

"Aqua?!" Suara Hayana memecah kesunyian. "Kita datang nak ambil barang tertinggal. Dah lama kita ketuk, tapi kau tak buka. So kita masuk ajelah. Kau okay tak, Aqua?"

"Hayana!!! Hantu tu ganggu aku lagi!!! Lepas aje kau pergi, 'diorang' muncul depan aku. Diorang tukar-tukar gaya laju-laju sampai aku pening. Pastu aku pengsan! Tapi sedar-sedar aje aku dalam bilik! Tolong aku, Hayana!"Aku merengek menangis kuat sambil memeluk kaki sahabatku itu.

"Aqua! Kau memang perlukan rawatan psikiatri! Tak pun psikologi or... Kaunseling! Jomlah, aku bawa!" Kata Hayana tegas. Langsung tidak mempercayaiku.

"Hayana! Aku tak sakit! Aku tak tipu! Aku tak ilusi! Kau ingat aku gila ke?!" Aku menaikkan sedikit nada. Tanda aku juga tegas dengan pendirianku.

" Oh? Kau tak gila?! Kau cakap hantu tu wujud?! Okay, now buktikan! Buktikan kat aku hantu menang wujud! Aku dah stay rumah villa ni tiga hari dengan kau, takde apa-apa tanda atau gangguan pun! Kau nak aku stay sampai bila? Kau ingat aku takde kerja lain ke? Nak layan kau sorang?!"

Kata-kata yang Hayana lemparkan tadi membisukan aku. Aku mengetap bibir sementara mataku terbeliak kaku. Sakitnya!!! Sakit! Hati aku... Rasa macam ada darah mengalir laju. Pedih sangat!

"Bagitahu aku, siapa yang percaya kewujudan hantu sekarang? Siapa? Nenek aku punya nenek pun tak percaya lah! Kau kuno! Otak kau tak maju! Hantu tak wujud! Set that!" tambah Hayana sebelum keluar dari villa ini dengan marahnya.

Walaupun berat melepaskan dia pergi tetapi aku tak mampu. Aku tak mampu menggerakkan tubuhku. Hanya mataku melirik memerhati setiap langkahnya yang semakin menjauh. Jauh. Jauh dan lenyap daripada pandanganku. Aku terduduk lalu menangis sekuat hati.

Tangisan yang tadinya kerana ketakutan, kini tangisan ini hanya untuk kesakitan. Sakit apabila tiada sesiapa percaya apa kata kita. Sakit apabila seseorang yang rapat meluahkan kata benci. Setiap ayat... Setiap perkataan... Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku.

Saat ini juga aku terbayangkan kejadian yang berlaku sejak aku datang Seoul tahun ni. Ya, tahun ni. Adakah tahun ini membawa malang bagiku? Hatiku berbisik. Tiada langsung kejadian yang baik. Semuanya buruk! Ditipu I.C.E, tinggal dalam villa berhantu, bergaduh dengan Hayana, dituduh gila dan penip-

"Argh! Aku dah penat!" aku terus berlari masuk ke bilik sambil mengesat air mata yang mengalir seperti empangan pecah. Aku nak berkemas! Aku nak pack semua barang aku! Aku dah tekad! Aku nak tinggalkan rumah villa gila ni! Aku nak balik!

'Takde kejadian yang baik!'

Huh? Langkah ku berhenti apabila terimbas kata-kata itu saat aku melangkah keluar dari kawasan villa yang sudah aku kunci rapat. TAKDE! MEMANG TAKDE! Selepas menggeleng kepala sambil tersenyum pahit, aku kembali mengatur langkah ke rumah makcik NiYuSan. Bodoh la aku, kalau aku pusing balik!

~flashback~

Sebaik sahaja aku menyetuh 'play'. Hologram yang blank muncul. (Faham tak?) Maknanya imej holografik tu muncul tapi gelap... takde apa-apa dalam hologram tu. Kadang-kadang ia jadi macam siaran tv yang terganggu dek cuaca buruk. Tapi... apa yang buat aku terus bertahan menghadap benda tu adalah suatu muzik telah diputarkan. Eh, tak ia lagu! Banyak lagu! Pelik juga aku. Imejnya takde, tapi muziknya dapat didengar dengan sangat jelas. Ofcourse lagu tu semua bahasa korea. Aku tak pernah dengar lagu macam ni. Entah tahun bila punya. Tapi... muziknya, liriknya, rentaknya, melodinya benar-benar memukau halwa telingaku. Sehingga aku terbuai olehnya! Aku hilang dari dunia nyata.  Warrior... Power... No Mercy... One Shot... Badman... Cheonsa... Young, Wild and Free... “Bestnya lagu-lagu dalam ni!!! Daebak!!! Daebak!!!” Aku sedikit menjerit keterujaan. Semuanya sempurna tentang setiap lagu di dalamnya. Tapi... yang paling menarik hati aku adalah liriknya. Setiap baris kata liriknya, disusun dengan sangat teliti. Metafora yang digunakan sangat luar biasa. Maksud sebenar disebalik lagunya sangat bermakna dalam kehidupan. Sejujurnya, aku sebak ketika aku memahami maksud yang tersurat dan tersirat yang cuba disampaikan oleh si pencipta. Ianya SANGAT INDAH!

end flashback~~

"Terlalu indah..." spontan aku bersuara sebaik sahaja bayangan itu menjengah di minda. Tiba-tiba... Aku terasa berat nak nak ketuk pintu rumah makcik NiYuSan. Ya, aku kini berada depan rumah makcik NiYuSan kononnya nak pulangkan kunci rumah villa lama itu. Haish! Kenapa aku rasa macam ni?!

"NiYuSan! Kajima.. Kajima.. Kajima... Tteonajima.." Tiba-tiba keluar pakcik yang cuba menghalang makcik NiYuSan pergi dengan menyanyikan lagu Big Bang 'Monster'.

"Ah, saya nak pergi juga. Saya nak jumpa GD!balas makcik NiYuSan yang cuba menghalang suaminya menghalangnya.(korang faham kan?)

"Habis tu macam mana dengan harta benda kita kat sini? Yelah, saya tau harta benda kita takdelah banyak macam harta uncle SM town tu tapi... Awak sayang rumah villa tu kan?" pakcik menyoal sambil terus menghalang isterinya menghalangnya menghalang isterinya. (mcm ntah pape je ayat! Pfftt!)

"Saya percaya Aqua mampu pelihara villa tu! Aqua boleh!"

"Aqua?!" Pakcik menyebut namaku sekali lagi apabila terpandang aku yang tertonton adegan drama cinta mereka.

"Memanglah Aqua! Kenapa?!" makcik NiYuSan yang geram menyoal tegas sebelum pakcik menolak kepala makcik supaya dapat melihat aku yang terkedu.

"Eh, Aqua! Buat apa kat sini?"

"Ammmm... Aq... Aqua na... nak..." kata-kata itu tergantung apabila tiba-tiba lirik lagu yang telah menambat hatiku chapther tiga berlayar di fikiran.

'What your B? I will comfort and fight for the soul in this line,'

We got the power, I got the power. Don't yield in front of them. Don't do that, keep your head up. We got the power, I got the power. Stand up, against them and fight.

'No! No! No! No mercy, we won't let you go so easily from now on,'

'One shot! Only one shot! Site down hard and against them, one shot! Only one shot, only one shot! You only have one chance, you know?'

'I'm a batman. I will imprison you in the darkness.

'We are young, wild and free. Even if the same hardships comes you can't stop us. We are young, wild and free. Even if the sunsets and the darkness come, keep running until the end,'

"Aqua?!" panggil Makcik menyepak aku dari keluar lamunan. "Dengar tak apa makcik tanya? Aqua buat apa kat sini?"

"Aqua sahaja datang nak tengok makcik dan pakcik rinduwww," jawabku dalam satu nafas penuh kebohongan sambil tersengih-sengih macam kerang busuk RM 1:50 sekilo. "Tapi nampak macam menggangu aje, Aqua balik dululah. Ok, bye!" selepas itu aku berlalu pergi dengan muka yang merah menahan rasa malu.

Huh~ aku menghela nafas panjang. Tak sangka bait-bait lirik lagu yang langsung tak aku tahu asal usul apasal kejadiannya menjadi penyebab niat aku batal.

Aku memandang ke langit...

"Aku akan buktikan yang hantu memang wujud! I'll never give up! Yup!" ucapku penuh semangat yang berkobar-kobar sambil terus mengorak langkah lagu maju ke hadapan.

 

1343

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!