31 March 2214

Friends?

Eh! Eh! Eh! Takkan aku nak balik villa tu?! Aku tahu korang mesti tengah garu kepala laju-laju sekarang sebab pelik dengan aku yang tetiba tak nak balik villa tu padahal tadi tekak aku sendiri cakap nak stay sampai dapat buktikan hantu itu wujud. Kan? Kan? Kan? Alaaa... Ngaku ajelah~

Okay, let me explain. First of all memang lah aku nak stay sampai dapat buktikan hantu itu wujud, bukan tu aje aku juga terharu bila makcik terlalu berharap aku dapat jaga rumah villa tu di samping aku ter-motivated dengan lirik-lirik lagu yang terdapat dalam suatu benda bernama CD. Lirik-lirik lagu yang aku tak tahu siapa nyanyi, siapa cipta tapi yang penting setiap lagunya menekankan 'NEVER GIVE UP', so aku takkan give up semata-mata kerana makhluk tu! Bagaimana pun..! Aku masih trauma okay! Segala kejutan yang berlaku...

"Arghhh... Aku harap sangat aku sedang bermimpi! Jadi korang boleh sepak aku laju-laju pakai high heels milik AOA untuk kejutkan aku! Aku nak bangun! Bangun dari mimpi ngeri lagi mengerikan ni!!!" Aku membebel sendiri sambil membiarkan kakiku melangkah tanpa hala tuju.

Dan tiba-tiba...

Bdushhhh... (bayangkanlah sendiri macam mana bunyi bila terlanggar sesuatu XD)

Aduhh... Aku menggosok dahi yang terhantuk dinding sambil mulutku merungut bersungut-sungut macam sesungut milik encik Squidward bola tenis. Sesudah itu aku mengangkat kepala untuk melihat dinding milik siapakah yang telah mencalarkan dahi licinku. Cewah ayat! Perasan tak bertempat! (#DilarangMuntah)

'VACANCY!!! BERUSIA 18 KE ATAS? ADA LEPASAN CSAT? Kamulah yang kami cari! Jom sertai kami berkerja sambilan sambil-sambil siang ikan sembilang kat Senawang, Negeri Sembilan. Okay, lawak tak jadi. Apa pun, anda berminat?'

 

Selesai membaca iklan itu, aku mendapat satu idea yang bernas untuk menangani masalah aku. Yeah! Aku akan berjaya! Idea ni pasti akan mujarab bak produk Pamoga! Apa idea aku? Hah! Aku nak dapatkan kerja sambilan jadi secara tidak langsung masa yang akan dihabiskan dalam rumah hantu tu dapat dikurangkan. Mesti berjaya!

"MUAHAHAHAHAHA!!!" aku evil laughs. (Seseorang..., tolong campak selipar KwangSoo kat aku, sebelum aku betul-betul gila. *cry a river* ㅠ.ㅠ)

Then tanpa buang masa aku terus berjalan lagi mencari pekerjaan yang sesuai dengan selera aku.

Malam dah semakin pekat. Hitamnya dah semakin likat(?), dan akhirnya aku berjaya mendapat satu kerjaya sambilan. Mulai hari esok siang aku akan pergi universiti, malam aku berkerja sebagai penyampai radio di L.O.E FM.

L.O.E FM ialah sebuah saluran radio yang baru. Jadi memang banyak kekosongan. Actually aku tak sangka juga boleh dapat jadi DJ for my first job. Tapi siapa sangka kan? Berkat menunjukkan sijil penyertaan aku yang banyak mewakili sekolah dan U dalam pertandingan bahasa, aku diterima. *senyum panjang sampai ke telinga*

Pejam, celik, pejam,celik... Hari ni 30 Mac, hampir sebulan aku belajar sambil bekerja. Walaupun memang kembang semangkuk mengenangkan kerjaya aku sebagai DJ radio yakni di mana suara aku berkumandang setiap malam Isnin hingga jumaat pukul 8 malam sampai 10 malam, tapi jangan lupa aku masih tinggal di VILLA BERHANTU itu! And of course, aku masih dihantui enam 'jejaka' itu.

Serius, aku tak faham apa masalah enam ekor mamat tu! Setiap hari mesti akan menakutkan aku. Kadang-kadang, ada bunyi suara yang sangat garau dalam bahasa yang aku tak faham. Siket-siket, CHYEAH lah, NAMSAYYIN' lah UGETHEROCKFOMMEUNOWMAMIN' lah, dan ntah apa benda lagilah!

Kadang-kadang, ada bunyi orang membebel. Dahlah ngengada nak membebel dalam bahasa english, tapi SPOILED! 'The loaf is on fiyah' lah, 'Radis and gentleman' lah. Serius, ke laut okay!

Tak habis lagi! Ada masa suara orang nyanyi. Memanglah nyanyian 'dia' merdu, boleh lentok mendengar tapi TIDAK kalau di tengah malam dan seorang diri dalam rumah. Aaaaaaaaargh~~~ sejuk sampai ke tulang sum-sum! Ada masa juga, rumah tu bersepah gila bapak! Macam ada orang main skateboard dalam rumah dengan gaya yang tak terjangka! Tak boleh dilupakan, ada suara orang bisik 'swiss miss... Swiss miss...' Entah binatang apa swiss miss tu!

Paling tak boleh blah, yakni yang selalu terjadi yang juga perkara yang akan sentiasa terpahat di sanubariku adalah kes makanan aku HILANG! Yah, hantu! Kau sengaja nak bagi aku kebuluran ke hah?!

Okay, aku tahu korang rasa cara mereka tu tak begitu menakutkan malah lawak tahap kumpulan Bocey gitu. Cehhhh!!! Kalau berani cakap lagi sekali! Meh, sini tukar tempat! Cuba rasa pengalaman jadi biru 10 minit! Jantung yang tak berhenti berdegup kencang. Rasa cuak tak henti-henti. Sukar untuk bernafas! Arghhh!!! Feeling nak mati putih jer!!!

That's why aku selalu datang awal kerja and balik lambat. Bukan nak bodek boss yee, hell-no! Aku seboleh-bolehnya nak memenatkan diri aku kat luar so bila balik aku tak nak kisah sangat gangguan itu makhluk halus.

Sedikit sebanyak idea ni agak membantu. Aku ulangi lagi AGAK MEMBANTU. Korang kena sedar aku bukannya berhadapan dengan makhluk tuhan yang nyata, aku sedang berhadapan dengan makhluk tuhan yang halus lagi diskrit.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!