24 Januari 2214

Friends?

Okay, sebelum aku bercerita panjang lagi, let me introduce myself! Here come trouble! *Menari lagu GG 'I Got A Boy. 'Nama aku Aqua Kim. Dilahirkan di Mokpo pada 15 Oktober 2194 so that's mean tahun ni aku dah 19 tahun, 8 bulan 23 hari. Hehe...

Mokpo ni mak aku cakap kalau dulu orang tengok banyak tanah lapang aje. Perumahan pun dibina tak terurus, yelah hampir semua orang ada tanah sendiri, lantak depa lah nak buat apa dengan depa. Sebab tanah kat sini murah bukan macam kat Seoul. Tapi tu cerita zaman dahulu.

Kini kerajaan dah tetapkan mana-mana tanah yang tak diusahakan, akan dirampas. So penduduk yang malas nak usahakan tu termasuklah parents kepada moyang aku, jual aje tanah pada kerajaan. Lagipun tujuannya bukannya jahat, nak renovate kan Mokpo ni. Biar setanding dengan daerah mewah Gangnam kat Seoul tu!

So nak dipendekkan cerita, sebab aku tahu korang memang tak suka dengar sejarah-sejarah nih. Kalau dengar sejarah, terus terlelap. So cepat lap balik air liur korang yang tak sempat basi lagi tu! Masa kini dah berubah. Mokpo dah menjadi antara pusat pelancongan terbesar di dunia. Setiap tahun pasti berjuta-juta akan datang ke Mokpo untuk lihat betapa indahnya tempat lahir aku. *kembang lubang hidung* 

Pada tahun 2214 ini, dunia hidup penuh moden. Kami tak perlukan kerenderaan untuk bergerak laju, ada sepasang kasut yang berkualiti tinggi yang akan telepot kita kena mana sahaja. (Bukan telepot sangat pon, just sebab laju sangat) Alat ini bertindak melawan medan magnet yang membenarkan pemakai boleh terapung 10 cm dari permukaan.

Masalah tiada tempat parking kereta juga sudah dihapus sama sekali apabila tercipta kereta elektrik yang boleh lipat sehingga menjadi beg bimbit. Kenderaan pun tiada yang ada tayar (Faham tak?) Maksudnya, semua kenderaan takde tayar. Paling best, semua kenderaan tak tidak menggunakan minyak! Semua pakai mangnet dan boleh terapung. Sekarang tak main lagi melancong kat luar negara, sekarang siapa hebat dia melancong kat luar planet.

Buku? Sejak aku lahir aku tak pernah tahu apa benda yang dinamakan buku tu. Nasib baik ada moyang aku, dia yang cerita binatang apa buku tu. Zaman sekarang kita panggil iB. Mudah aje nak guna. Berbentuk macam sekeping kertas A4 aje.  Lagi satu yang bestnya, zaman ni tak wujud lagi skrin. Tak kiralah, skrin telephone ke, skrin tv ke, anugerah skrin ke, sekarang semuanya wujud dalam bentuk halogram.

Kalau dulu hanya boleh download lagu, movie, video, apps dan pdf dari internet, kini kita boleh download makanan dan minuman. Klik sana, klik sini terus piza sampai atas meja. Betul! Itulah hakikatnya, sekarang semua benda boleh download, tak payah hantar pos. Dasyat kan? Memang best!!!

Tapi tulah... barang macam tu bukannya murah. Orang yang berpendapatan sejuta sebulan aje yang mampu beli. Aku ni pula, biasa-biasa aje. Barang paling canggih yang aku punya hanyalah laptopiko. Tu pun aku beli dari saudara aku yang dah tak nak lagi benda ni. Rupa benda alah ni sekali tengok macam mangkuk. Tapi fungsi dia sebijik macam laptop yang nenek moyang aku guna dulu-dulu. Kiranya aku ni memang so yesterday!  Ah, lantak lah! Aku susah apa kau tahu?

Korang nak tahu personalti aku? First aku ni boyish. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pakai make-up! Bagi aku benda tu. eghhh.... Something worst on my face! Itu yang aku akan cakap kalau aku TERpakai make-up. Perangai aku? Hurmm... tenang? Haha. Entahlah. Tapi kawan-kawan aku cakap perangai aku macam lelaki. Diorang cakap kadang-kadang aku layan diorang macam bf dia layan. Ergh! Seriously?! Walaupun aku boyish, aku ni straight lagi okay?

Sekarang aku tengah buat apa? Aku tengah baring golek-golek atas katil aku. Aku sekarang sedang menikmati cuti semesta terakhir sebelum aku tamat master. Aku ni tinggal kat Mokpo, tapi belajar kat Seoul. 26 Januari nanti nak kena balik hostel. Sistem pendidikan sekarang memang laju. Kalau dulu umur 17 baru ambil CSAT. Tapi sekarang, 14 tahun aku ambil exam tu. Nasib baik aku pandai, kalau tak, tak lepas lah jawabnya xD. Umur 15 aku ambil diploma, 17 aku ambil ijazah. Memang penat. Jadi, syuuh~ biar aku nak rilek-rilek.

 BLINK! BLINK! BLINK!

“Aduhyai! Time ni juga ada orang nak hantar halogram mel!” Aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata untuk tidur tengah hari mengeluh sebaik sahaja bunyi blink! bliklnk dari laptopiko aku berdesing kuat. Aku yang masih berbaring pantas menekan butang kuning laptopiko itu, maka muncullah sebuah halogram.

“Hai, Annyeong, Aqua! Ini aku lah I.C.E Lee, ingat aku lagi tak? Aku nak ajak kau tinggal kat Seoul. Aku dah survey, ada satu rumah besar lama kosong.” Kata I.C.E yang merupakan kenalan aku. Kami takdelah rapat sangat, tapi boleh lah. Sakat tahu nama masing-masing.

I.C.E? Eh, Annyeong! Kau nak ajak aku tinggal kat Seoul? Kau dah dapat kerja ke sampai boleh ajak-ajak aku bagai? Lagipun kat Seoul tu rumah mahal lah!” Walapun pelik, tapi aku cuba berlagak biasa.

Eish, kau ni! Kan aku cakap aku dah survey! Ada rumah lama kosong! Sewa sebulan RM 700,000. Kira murah lah tu. Kita kongsi ramai-ramai. Tujuan aku contact kau ni pun sebab nak cari housemate. Lagi ramai lagi bagus. Jomlah, Aqua! Kan seronok tinggal kat Seoul? Tak payah nak berulang-alik balik kampung!” beritahu gadis berambut beralun itu lagi. Dah agak dah =.= Kalau takde mende, takde maknanya dia nak contact aku.

Alah... aku malas lah. Lagipun kalau naik mTrain, setengah jam dah sampai. Bukan lama pun. Sekarang kan zaman canggih. Segalanya cepat.” Aku cuba memberi alasan. Malas betul aku nak pindah-pindah ni. Duduk rumah parents kan senang. Semua free!

Kau ni pemalas lah, Aqua! Sampai bila kau nak duduk bawah ketiak mak bapak kau? Cuba kau kira tambang mTrain kau dalam sebulan, banding dengan sewa rumah yang bayar ramai-ramai? Jimat lah sikit! Jomlah, Aqua! Lagipun kau dengan aku bukannya rapat sangat. Time ni lah kita nak rapatkan silaturrahim,” terang I.C.E lagi. Bersungguh-sungguh beliau ni. Menimbulkan secebis rasa simpati.

Ergh... Berapa orang housemate? Besar sangat ke rumah tu?” Aku sedikit gagap, namun pantas bertanya seolah-olah sudah berminat. Padahal aku terpaksa sebab kesiankan kau!

10 orang maybe? Aku tengah cari orang lagi ni. Besar! Tapi pattern lama lah. Memang kira rumah antik. Tapi pemilik dia jaga so elok aje rumahnya. Jadi ya, Aqua? Please!!!” rayu I.C.E lagi membiatkan aku akur. 

Haih... Inilah salah satu kelemahan aku. Pantang ada orang minta tolong, mesti aku tolong. Hanya tuhan tahu membalas budi aku~

Okay, disebabkan kau dah setuju. Nanti kau download surat rasmi penyewa rumah tu. Lepas tu isi sent dan kau sent kat aku balik,” arah I.C.E lalu sekeping surat rasmi muncul di atas katil ku.

Sambil menggosok mata, aku membaca surat itu. 

“Alamak ai! Biar betik kau ni. Deposit 250,000! Kata 10 orang, aku sorang bayar banyak canggini?! Ini nak alamat asal, nama penuh, aku janji ni bagai.

Deposit penuh dia 500,000. Bayar separuh-separuh. Aku tak dapat cari orang lagi. Alah~ kau bayar dulu. Nanti dah dapat cari orang aku bagi balik duit kau. Aku nak ajak budak degree. Pasal info yang lain tu sebab, pemilik memamh strict orangnya. Semua penyewa kena buat. Rilek aje. Kau isi dulu, sent sebelum 26 Jan, sebab masa tu kau nak mula sem baru kan?” terang I.C.E sungguh jelas.

Nak tak nak aku terpaksa akur. Iyellah.., orang dah berharap kat kitew, takkan kitew nak kecewakan pulak?,Ye, dok?

#Kauingatkaucomelcakapmacamtu?

 

1165

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JunAra
poll masih 50-50 antara dua karakter. Minta semua readers beri kerjasama juseyo ^^

Comments

You must be logged in to comment
YoungAra
#1
Plisss, nak tau sangat apa jadi dengan Aqua lepas tu?
mayahisoka
#2
Add characters in tags section for more fame :)
Shadow_warriorangel #3
Chapter 30: Dulu dia yg terhegeh-hegeh kat aqua...lepas tu senang² hati nk putus.. sila pupus oh sehun
supersz99 #4
Chapter 29: bestnye :) kelakar hahahha
Shadow_warriorangel #5
Chapter 29: Entah kenapa aq rase nk nangis.. Cuma nk ckp.. PROUD TO BE BABYz..
scyaheeda
#6
Chapter 24: Terima Kasih wahai Authornim kerana anda telah berjaya mengimbas kembali segala memori indah Babyz. Seriously, menangis baca part ni TT_TT. Iye dorg semua underrate tapi lagu gempak habis.
scyaheeda
#7
Chapter 23: yesssssiiirrrr!!!