•♦..06..♦•

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

" Aku tak nak bersubahat dengan korang! Kalau cerita ni sampai kat pihak kolej, satu rumah ni kena buang tau " Suho menggelengkan kepala, tidak bersetuju dengan permintaan Baekhyun untuk menyimpan rahsia perkahwinan kami.

 

Ahli rumah yang lain hanya mendiamkan diri. Terdapat dua pemuda yang tidak lagi aku kenali di situ. Salah seorang daripadanya adalah pemuda yang aku teka sebagai orang cina itu.

 

 

" Sekarang kau pilih, keluar daripada kolej ni dengan sukarela atau nak tunggu aku report? " Tanya Suho. Kenapa skema sangat Suho ni?

 

 

" Sunbae! Jangan la sampai macam tu. Aku- "

 

" Dan kau dipersilakan untuk keluar dengan Baekhyun " Suho menunjukkan ke arah pintu, dengan hormatnya menghalau Chanyeol keluar daripada rumah itu.

 

" Hey Suho, my baby baby boy! Bertenang , dude. Kita bawa berbincang. Apa kata kita dengar penjelasan Baekhyun dulu? Sebagai sunbae, kita kena la matured sikit " Kris menepuk bahu Suho dengan lembut.

 

 

Baekhyun mengambil itu sebagai tiket untuk dia mula bercakap.

 

"  Sunbae, aku tak tahu nak cakap apa. Kalau kau nak sangat aku keluar daripada sini, okay fine! Aku keluar. Bagi aku tempoh seminggu " Baekhyun berdiri lalu melangkah ke arahku yang sedang duduk di sebelah Chen.

 

" Apa ni Baek- "

 

" Ikut aku! " Marah Baekhyun lalu menarik aku  ke arah pintu bilik B. Ganas betul!

 

 

" Baekhyun, jangan la buat isteli kau macam tu! " Tegur lelaki yang aku rasa berbangsa cina itu.

 

" Kau diam !! " Marah Baekhyun kepada lelaki itu. Lelaki itu terkedu lalu memandang ke arah Suho, seolah-olah meminta Suho membelanya.

 

" Kau nak marah Tao tu kenapa? Apa salah dia kat kau? " Suho berdiri, marah dengan tindakan Baekhyun yang memarahi Tao.

 

Baekhyun melepaskan tangan aku dengan kasar lalu memasuki bilik B kemudian  menghempas pintu itu dengan sangat kuat. Bunyi dentuman pintu itu membuatkan aku terkejut.

 

" Suho hyung, jangan malah Baekhyun macam tu " pujuk Tao.  Suho menghembuskan nafas dengan kuat. Dia akhirnya membuat keputusan untuk masuk ke dalam biliknya, iaitu bilik A untuk meredakan amarahnya. Chen mengekori dari belakang.

 

 

" Aku tak berani nak masuk campur " kata Chanyeol lalu turut berlalu ke bilik D. Aku pandang mereka yang kembali ke bilik masing-masing seorang demi seorang. Aku?

 

" Kau nak balik rumah kau ke? Nak aku hantar? " Tanya Kyungsoo yang masih ada di ruang tengah itu. Aku bermain dengan jari-jemariku.

 

 

" Aku tak tau.. " Suaraku kedengaran perlahan. Aku menunduk, menahan air mataku daripada jatuh. Sampai hati Baekhyun buat aku macam ni. Dia langsung tak protect aku. Dia tinggal aku macam tu je walaupun semua ni berpunca daripada dia.

 

" Kau okay tak ni, Yoobi? " Tanya Kyungsoo prihatin. Aku menggelengkan kepalaku.

 

" Geleng tu maksudnya okay ke tak okay? " Tanya Kyungsoo lagi. Aku mengangguk pula, masih tidak mengangkat mukaku.

 

 

" Kyungsoo-ah, aku balik dulu la " aku meluru keluar dengan kepala yang menunduk. Muka aku sedang basah. Basah dengan air mata.

 

" Yoobi! Yah! "

 

Aku berlari-lari anak ke arah tangga. Aku mengelap pipiku dengan tangan kananku. Baekhyun kejam.

 

Kenapa dia selalu layan aku macam ni? Apa salah aku kat dia? Dia punca perkahwinan kami. Dia punca aku ada kat sini. Dan dia punca kami akan dibuang dari universiti ini. Dia patut salahkan diri-sendiri.

 

Anak-anak tangga aku turuni dengan perlahan, melayani perasaan sedih, kecewa dan terkilan yang bertimbun di dadaku. Aku menangis sepenuh hati.

 

Anak tangga terakhir.

 

Tubuhku terdorong ke belakang tangga. Aku terhenti menangis akibat terkejut. Kawasan tersebut agak gelap menyebabkan aku takut. Siapa yang menarik aku ke sini?

 

Tubuhnya sangat rapat dengan tubuhku. Baunya sangat familiar. Bau monyet.

 

" Yoobi " suaranya kedengaran. Memang sah. Monyet!

 

Kemudian, aku terasa nafasnya di leherku dengan kedua-dua belah tangannya berlingkar di pinggangku. Terasa titikan air di bahuku diiringi dengan bunyi esakan. Wait! Aku dah berhenti menangis la!

 

" Yoobi " dia mengemaskan pelukan. Badannya terhenjut-henjut.

 

" Kenapa kau nangis ni? " Tanyaku, agak tercengang.

 

Dia tidak menjawab, sebaliknya menarik aku untuk duduk di atas lantai dengan posisi berpeluk itu.

 

" Aku tak nak kena buang. Aku tak nak omma appa aku kecewa dengan aku " suara Baekhyun serak dan kurang jelas.

 

 

Hatiku sebak apabila terfikirkan harapan abeonim untuk melihat Baekhyun menjadi seorang engineer yang berjaya. Akulah yang memusnahkan harapannya itu. Aku turut menangis, menyembamkan mukaku di sisi kepalanya.

 

 

" Aku mintak maaf. Aku dah susahkan kau. Kau patut biarkan je aku kena pukul dengan a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...