Extra IV

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

Love is PainYoobi's POV

 

 

 

Hari ini merupakan hari ke-14 sejak aku melahirkan Taetae dan Yeona. Ini bermakna mereka sudah berumur 14 hari. Seorang jururawat telah diupah oleh Baekhyun supaya menjaga aku sepanjang tempoh kehamilanku. Baekhyun sering pulang awal untuk membantu aku menjaga Twinkle kami. Gelaran Twinkle itu Baekhyun berikan pada Taetae dan Yeona kerana mereka adalah sinaran hidup kami. Aku sangat sukakan gelaran itu kerana ia sangat kena kerana mereka berdua adalah kembar.

 

 

Rasa kasihan aku pada Baekhyun semakin lama semakin bertambah. Aku sudah menyusahkannya dengan ragamku ketika mengandung dan kini aku menyusahkannya untuk menjaga Twinkle pula. Baekhyun tidak pernah merungut tetapi keletihan yang terpancar pada wajahnya membuatkan aku berasa tidak senang hati. Bilalah agaknya aku akan berhenti menyusahkan Baekhyun?

 

Aku tidak suka dengan jururawat yang diupah oleh Baekhyun. Dia sering kali cuba berdua-duaan dengan nampyeonku ketika menguruskan Twinkle. Baekhyun pula tidak cuba untuk menjauhkan dirinya dengan jururawat itu. Mungkin aku cemburu tanpa sebab tetapi aku cemburu kerana aku sayangkan Baekhyun. Pernah beberapa kali aku lihat jururawat itu sengaja mendekatkan dirinya dengan Baekhyun semasa Baekhyun sedang mengagah Taetae. Jururawat tersebut turut sibuk mengagah Taetae yang berada dalam pangkuan Baekhyun. Aku selalu lihat tubuh mereka bersentuhan.

 

Apa yang lebih menyedihkan aku ialah aku sudah jarang berbual dengan Baekhyun. Apabila dia pulang dari kerja, dia tidak lagi mencari aku sebaliknya dia akan bermain dengan Taetae dan Yeona. Aku tidak mahu cemburu dengan anak sendiri tetapi Baekhyun perlu tahu yang aku turut memerlukan perhatiannya lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantangku ini. Namun, aku tidak pernah menyuarakan apa-apa kepadanya kerana aku tidak mahu Baekhyun marah padaku.

 

Hubungan kami terus dingin sehinggalah pada suatu hari, kami mula bergaduh.

 

Pada petang itu, aku sedang menyusukan Yeona dengan susu dadaku ketika Baekhyun pulang dari kerja. Jururawat yang sebelumnya ditugaskan untuk menjaga telah kami hentikan kerana tempoh berpantangku telah tamat. Baekhyun menanggalkan stokinnya lalu berbaring di atas sofa. Aku pula sedang duduk di bawah sambil memangku Yeona. Taetae yang aku letakkan di dalam bilik bayi yang terletak di aras bawah tiba-tiba menangis. Aku pantas bangun lalu bergerak ke bilik tersebut bersama Yeona yang masih menyusu.

 

" Kenapa nangis ni sayang? Shhh.. " Aku menepuk Taetae perlahan-lahan supaya dia terus tidur. Taetae jenis yang kuat meragam jika hendak dibandingkan dengan Yeona. Taetae tetap menangis. Aku meletakkan Yeona lalu mendukung Taetae, memujuk anakku itu supaya berhenti menangis. Yeona yang terganggu susuannya itu turut menangis. Aku mula menggelabah apabila kedua-duanya menangis.

 

" Baek " aku memanggil nampyeonku itu. Dia tak dengar ke Twinkle ni nangis?

 

" Apa? " sahut Baekhyun tetapi suaranya seperti malas menjawab. Aku mengangkat bajuku lalu menyusukan Taetae. Cara Taetae menghisap susu menunjukkan yang dia sedang lapar.

 

" Baek, tolong buatkan susu anak. Dua-dua nak menyusu ni " kataku.

 

Yeona masih lagi menangis. Aku menepuk-nepuk punggung Yeona perlahan seperti yang aku buat pada Taetae tadi.

 

" Yeona sayang, jangan la nangis. Tak kesian kat Ma ke? Yeona kan dah minum tadi? Pa tengah buat susu untuk Yeona tu. Jangan la nangis " aku memujuk Yeona. Kenapa lama sangat Baek buat susu ni?

 

" Baek, tak siap lagi ke? " Tanyaku namun tiada jawapan darinya. Aku pantas membawa Taetae ke arah ruang tamu. Baekhyun sedang berbaring di atas sofa sambil memandang ke arah siling. Twinkle menangis dia boleh buat bodoh je?

 

" Baek! Budak ni menangis kau buat tak tahu je? " Tanyaku seperti tidak percaya. Baekhyun memejamkan matanya.

 

" Baek! Tolong la.. " Suara tangisanYeona yang makin serak membuatkan naluri keibuanku tersentuh. Aku segera berlari ke arah bilik lalu mengangkat Yeona. Aku sebenarnya tidak pandai untuk mendukung kedua-dua anakku serentak tetapi keadaan memaksa. Aku mengepitkan bantal di celah ketiakku lalu aku dengan berhati-hati membawa kedua-duanya ke dapur untuk membancuh susu.

 

" Kau memang melampau Baek. Aku mintak tolong sikit je. Itu pun tak boleh ke tolong ke? " kataku ketika melepasi ruang tamu untuk ke dapur. Suara aku kuatkan untuk menandingi suara anakku yang sedang menangis. Baekhyun tidak berkata apa-apa.

 

" Bila Hyeri yang jaga budak-budak ni kau boleh pulak tolong " perasaan aku makin lama makin berat. Aku meletakkan kedua-duanya dia atas meja makan lalu bergegas untuk membancuh susu.

 

" Sayang, jangan la nangis " kataku apabila muka Taetae dan Yeona sudah merah kerana menangis. Baekhyun ni dah kenapa?

 

" Kau tak payah balik la Baek! " Jeritku lalu aku membaling sepiring pinggan ke arah dinding. Aku cakap dengan dia tapi dia boleh buat pekak?

 

" Apa bendanya kau ni? " Marah Baekhyun dari ruang tamu. Perasaan geram makin menghantui diriku. Dia langsung tak datang tengok anak-anak. Aku menyuakan puting botol susu ke arah mulut Yeona dan itu berjaya mendiamkan Yeona. Taetae pula aku dukung dan aku susukan sekali lagi. Rasa sebak mula bertandang dalam hati aku. Aku mengelipkan mataku beberapa kali untuk mengelakkan air mata yang bertakung di kolam mataku daripada menitis.

 

" Kenapa tak baling semua pinggan mangkuk kat luar? " Tanya Baekhyun yang baru muncul di ruang dapur. Aku mengabaikan sindirannya itu. Tumpuan aku berikan sepenuhnya pada anak-anakku yang sudah berhenti menangis.

 

" Handle anak pun tak pandai ke? Meh, aku nak tunjuk " Baekhyun menghampiriku lalu mengambil botol susu Yeona. Yeona merengek apabila puting susu itu meninggalkan bibirnya.

 

" Nanti menangis- "

 

"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...