Extra VIII

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

Happy Ever Af— No. Yoobi's POV

 

 

"Baek!! Cepat bangun!!!"

Baekhyun yang sedang lena tidur terus terkejut. Selimut yang tadi membaluti tubuhnya sehingga ke bahu kini sudah terlondeh ke lutut. Baekhyun duduk menyandar pada kepala katil sambil menggosok matanya yang kembali dipejamkan.

"Kenapa Bibi? Kau nak apa?" Matanya yang sepet memandang ke arahku dengan penuh menyampah. Tak suka la tu aku kacau dia tidur.

"Baek, hari ni kita kena pergi tadika. Kau lupa?"

"Apa kau merepek ni Bibi? Aku ni dah 26 tahun. Nak pergi tadi tadika buat apa? Eii merapu je..." Baekhyun kembali berbaring lalu menarik selimut sehingga ke kepala. Amboi...

"Baekhyun! Bangun la monyet! Bangun!" Aku cuba menarik selimut itu tetapi tidak berjaya kerana tangan Baekhyun lebih kuat.

"Pergi main jauh-jauh la Bibi. Kau ni dah tua-tua pun nak pergi tadika lagi. Tunggu la kita ada anak kalau ya pun."

Aku terus berhenti menarik selimut itu. Tunggu kita ada anak? Ini dah melampau. Aku yang geram terus menampar dahi Baekhyun dengan kuat. Hah! Puas hati aku!

"Sakitlah!!!!!"

"Hati aku lagi sakit! Dasar monyet! Beruk! Orang utan!"

Baekhyun kembali duduk sambil menggosok dahinya yang merah. Aku bergerak ke arah almari lalu mencapai pakaian untuk aku pakai ke tadika. Aku mencapai blaus putih dan mini skirt. Sebenarnya bukan aku nak pakai pun, sengaja nak uji is monyet tu.

"Kau nak pergi mana, Bibi?"

Aku diam.

"Bibi! Aku tanya ni jawablah! Kau nak pergi mana?"

Tetap diam.

"Bibi!!!! Dah pekak ke??? AKU TANYA KAU NAK PERGI MANA???!"

Masih diam.

"BIBI!!! Oh..." Baekhyun seperti sudah teringat akan sesuatu. Dia datang mendekati aku yang sudah selesai menyarungkan pakaian yang aku ambil tadi. "Kau nak pergi majlis penyampaian hadiah Yeona dengan Taetae eh?"

"Yeona dengan Taetae tu siapa?" Aku berjalan melepasi Baekhyun lalu bergerak ke arah meja solek.

"Siapa? Anak kitalah." Baekhyun terpinga-pinga. Aku mencuri lihat ke arah Baekhyun sambil menyisir rambut.

"Oh! Kita ada anak?"

"Habis tu anak siapa?" Eh, dia pulak yang keliru. "Bibi, kau jangan cakap kau curang belakang aku. Taetae dengan Yeona anak siapa?"

"Mana aku tahu." Aku bergerak ke arah rak kasut lalu mengambil stiletto berwarna merah. Sebaik sahaja aku ingin memulas tombol pintu, Baekhyun cepat-cepat menghalang.

"Anak siapa?"

"Tepilah. Majlis tu dah nak start dah."

"Anak siapa?"

"Baik kau bagi aku lalu sebelum aku hempuk kau dengan kasut ni."

"Anak siapa?" Riak wajah Baekhyun masih sama. "Selagi kau tak jawab, selagi tu aku akan tanya."

"Anak kaulah, Beruk!" Entah mengapa, aku rasa sangat sensitif. Mungkin kerana aku tidak suka apabila dia mempersoalkan siapa bapa kepada Yeona dan Taetae. Dah sah-sah kembar itu anaknya. Muka copy paste pulak tu." Aku dah jawab. Sekarang bagi aku lalu." Suaraku makin lama makin serak.

"Pergi tukar baju," arah Baekhyun. Aku hiraukan arahan itu. Aku menarik tubuhnya daripada menghalang pintu walaupun aku tahu aku tidak mampu.

"Tepilah." Air mataku sudah menitis. Kenapa aku menangis pulak ni? Ishh..

"Pergi tukar baju."

Aku merenung tajam ke arahnya. Baekhyun berpeluk tubuh, menanti aku melaksanakan arahannya.

"Tak bagi aku pergi sudah. Aku tak payah pergi. Senang. Habis cerita." Aku baling kasut ke arah pintu, mujurlah Baekhyun sempat mengelak.

"Kenapa yang emotional sangat pagi-pagi ni?"

Aku mengabaikan soalan Baekhyun lalu melangkah ke arah katil. Aku baring lalu selimut aku tarik sehingga melindungi seluruh badan. Beberapa saat kemudian, ada jari yang mencucuk pinggangku.

"Bibi...jomlah. Kesian Yeona dengan Taetae tunggu kita."

"Kau pergilah." Aku menampar tangannya supaya tidak menyentuh aku.

"Takkan aku nak pergi sorang-sorang. Cepatlah bangun. Surat jemputan tu cakap ibubapa kena datang tau." Baekhyun berjaya menarik selimut yang melindungi tubuhku dengan mudah. Aku mencapai bantal lalu menutup mukaku.

"Bibi, jomlah." Pinggangku sekali lagi dicuit. Aku kaku tidak bergerak.

"Bibibibibibibibibibbibibibbi." Dia mengeletek pinggangku pula apabila aku tidak memberikan sebarang respons. Spontan aku ketawa kegelian.

"Stop. Baek, geli. Ahahahahaha."

"Tak nak stop. Nak pergi ke tak nak?" Jari-jemarinya masih ligat menggeletekku.

"Nak. Nak!!"

"Hah, kan bagus kalau awal-awal lagi cakap macam tu. Pergi tukar baju."

"Kenapa pulak?"

"Bibi oi! Kita nak pergi tadika bukannya nak pergi kelab malam. Yang kau pakai seksi semacam ni kenapa?" Baekhyun bercekak pinggang, jelas yang dia tidak menyukai cara aku berpakaian.

"Seksi apanya? Kau yang gatal sebab tu kau rasa seksi." Aku membetulkan kemejaku yang agak berkedut.

"Sebelum aku pergi sana pakai pakaian yang macam kau pakai, baik kau pergi tukar." Eh?

"Yalah, yalah. Dasar monyet."

 

***

 

"Kenapa belakang sangat tempat duduk kita ni? Kalau tak nampak twinkle macam mana?" Rungut Baekhyun sambil melabuhkan punggung. Aku mengambil tempat di sebelah kanan Baekhyun, menyilangkan kakiku yang berseluar slack hitam.

"Siapa suruh kau lambat?" Mata aku liar memerhatikan sekeliling, mencari twinkle.

"Mana twinkle?"

"Manalah aku tahu. Cuba kau diam sekejap."

"Kalau aku tak cakap dengan kau, aku nak cakap dengan siapa lagi?"

"Sebab tu aku suruh kau diam."

"Kejam." Baekhyun berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulut tanda tidak puas hati. Aku ralit melihat gelagat ibubapanya yang lain. Masing-masing tidak sabar untuk melihat anak-anak mereka naik ke atas pentas. Aku juga begitu. Tidak sabar untuk melihat twinkle.

"Datang tengok anak ke?" Soal Baekhyun tiba-tiba. Spontan keningku berkerut. Apa punya soalan ni? Kepalaku terus berpaling ke arahnya. Namun, Baekhyun sedang memandang seseorang yang sedang duduk di sebelah kirinya. Aku mencuri lihat ke arah individu itu. Kelihatan seorang perempuan yang sebaya kami sedang tersenyum sambil menyelitkan rambut di belakang telinganya.

"Eh, tak adalah. Saya datang untuk anak saudara saya. Kakak saya sibuk jadi tak dapat datang."

"Oh, yeke? Awak umur berapa ya? Macam muda lagi." Amboi, menggatal.

"Saya dah 24 tahun. Awak datang untuk anak awak ke? Isteri awak ya yang duduk sebelah awak tu?"

"A'ah. Saya datang untuk anak saya. Yang duduk sebelah saya ni bukan isteri saya sebab saya belum kahwin dengan awak."

"Eh, bergurau pulak awak ni." Serentak mereka tertawa. Berbulu hati aku melihatnya. Kau boleh menggatal kat sini, Monyet? Dah la langsung tak pandang aku. Tak apa. Tak apa.

Mereka terus berbual, aku sudah tiada hati untuk mendengar. Lantaklah Baekhyun mahu menggatal sekalipun. Aku sudah tidak mahu peduli.

"Selamat datang kepada semua. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini," ucap pengerusi majlis. "Sebelum majlis diteruskan, tuan-tuan dan puan-puan dialu-alukan untuk mengambil minuman dan snek yang sudah disediakan."

Seorang demi seorang bangkit untuk mengambil minuman. Baekhyun bangkit serentak bersama gadis di sebelahnya.

"Eh, duduklah. Biar saya yang pergi ambil." Baekhyun menyuruh gadis itu kembali duduk lalu berlalu pergi ke arah meja di mana makanan dan minuman ditempatkan.

Aku mengeluh sebelum bangun lalu pergi ke arah yang sama. Aku mengelak daripada dilihat oleh Baekhyun. Aku mengambil sepiring snek dan secawan minuman hangat. Cawan polistrena itu aku pegang erat. Aku melirik ke arah kerusi yang aku duduk sebentar tadi. Kelihatan Baekhyun yang sedang berdiri sambil melihat sekeliling seperti sedang mencari sesuatu. Aku melangkah ke arah tempat duduk yang lain lalu melabuhkan punggung.

Pengacara majlis terus menjalankan tugasnya apabila para ibubapa kembali duduk. Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Baebae: Bibi, kau balik ke?

Bibi: Tak la.

Baebae: Kau kat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...