Once Upon A Night

Description

Kyungsoo kebiasannya bangun pada setiap pagi, bertemankan bunyi burung peliharaan jirannya yang menyakitkan telinga, dan dia akan menekup mukanya dengan bantal sebelum akhirnya bangun lalu mencapai tuala birunya.

Tetapi tidak pada hari itu.

Bukan itu yang terjadi.

Saat matanya terbuka, dia tidak berada dalam biliknya dan dia sendiri tidak pasti sama ada ketika itu pagi, petang atau malam.

Dan pada hari itu juga, roh Kyungsoo terbangun daripada jasadnya.

Dia sudah mati.

Bagaimana dia mati? Mengapa?

Dan persoalan utama, siapa pembunuhnya?

 

 

++++++

 

 

Jika ada sesuatu yang perlu dicemburui, orang akan mencemburui persahabatan antara Kyungsoo, Jongdae & Baekhyun. Mereka ibarat kembar tiga yang dilahirkan daripada rahim yang berbeza. Tak pernah mereka menduga, persahabatan tiga sekawan itu akan mula goyah. 

 

 

++++++

 

 

Do Kyungsoo. Anak tunggal kepada pasangan Do yang menetap di Seoul. Dia seorang yang pendiam dan lebih suka memerhati. Selain Baekhyun & Jongdae, dia juga berkawan baik dengan Kim Junmyeon. Dia menaruh hati terhadap Dasom, rakan Kelab Lakonan. Walaubagaimanapun, dia tidak pernah meluahkan perasaannnya kerana Kim Junmyeon turut menyukai Dasom.

 

Kim Jongdae. Seorang yang gila-gila dan tidak tahu diam. Dia mempunyai seorang adik yang bernama Kim Jongin, adiknya telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas akibat kemalangan jalan raya. Kini dia tinggal di rumah sewanya seorang diri, memandangkan ibubapanya juga telah lama meninggal dunia.

 

Byun Baekhyun. Dia adalah yang paling nakal dan lebih gila-gila berbanding Jongdae. Dia menyewa di rumah sebuah keluarga untuk memudahkan dia ke kolej. 

 

Park Chanyeol. Dia merupakan seorang pelayan di bar tepi jalan, tempat di mana Baekhyun, Jongdae & Kyungsoo selalu melepak. Mungkin kerana dia sebaya dengan tiga sekawan itu, dia agak mesra dengan mereka.

 

Kim Junmyeon. Anak kepada hartawan Kim ini merupakan kawan baik Kyungsoo yang turut menyukai Dasom. 

 

Lain2: Dasom, Bora, Hyorin & Soyou.

 

 

©angelily95

 

Comments

You must be logged in to comment
ashily_ashikin #1
Chapter 1: Palli update...tk sabarrrrr
baekk99
#2
Chapter 1: Bestnye cite ni...kasi thumbs up sikit!!! hehehe...harap akak dpt update nnti...
-BlueSky #3
Chapter 1: nice~~~~~~~~~
walaupun cerita roh ni dh biasa menghantui fanfic tpi saya ttp baca tnpa rasa bosan, saya senang rasa bosan but cerita kak lily mcm ada smthing yg buat saya nak baca smpai habis
bila nmpak a/n di bwh saya kecewa haha xsangka dh habis bca untuk chapter ni
xsabar tunggu update ^^~
laylove #4
Chapter 1: Palli update!!!
x sbr nk bace
Heheheheh
thelucidream
#5
Chapter 1: Omaigad! beagle line! eh, Dyo tak... hehe XD
tak kisahlah, tapi Reen suka betul kalau trio ni bersama... Ceh!
Sejujurnya, reen suka cerita cam ni. Roh~ pastu cari siapa yang menyebabkan kematian diorang... and... .___. okey, lupakan yang itu.

tipulah kalau reen tak nak akak 'update soon' XD
sebab cerita akak ni jjang sangat, boleh tak akak sambung? hehe...
Hwaiting akak! ^_^
bittersweet4u
#6
sy teka jongdae!!! X tau knp, tpi sy teka dia :3
bittersweet4u
#7
Chapter 1: huhuhu.. Best sgt cerita ni :3
tk sabar nak tunggu sambungannya. Tertanya2 sy siapa sebenarnya yg bunuh si kyungsoo. Kadang orang yg kita sangka tu bukan dan org yg kita x sangka itulah ya. Jadi, sy x tau nak teka siapa skrg ni xD.
Apa2 pun, update soon kak! :D
HeavenDelight
#8
My bias die??noooooo...
Sape pmbunuh die?? x kan la suho..
Update!
amusuk
#9
Chapter 1: omg so good~
i love their friendship here and how you give a little suspense in this story. nice :D