Extra V

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

Time Is GoldYoobi's POV

 

 


Baekhyun cakap masa itu emas. Dan dia juga cakap emas itu berharga. Tapi, Baekhyun tak tahu yang bagi aku, masa dia lebih berharga daripada emas. Dia berjanji yang dia akan meluangkan masa bersama aku demi menebus kesalahan dia hari itu. Baekhyun seorang yang berpegang pada kata-katanya. Ya, dia meluangkan masa bersama aku. Seminggu.

 

HONEYMOON!!!

 

Aku betul-betul teruja bila dia bagitahu yang dia akan membawa aku pergi berbulan madu, walaupun hanya di dalam negara. Ianya sangat bermakna bagi aku kerana kami tidak pernah pergi berbulan madu. Pada mulanya, aku kurang bersetuju kerana tidak sampai hati untuk meninggalkan Twinkle. Tapi Baekhyun telah meyakinkan aku yang ommanya sudi menjaga Twinkle sepanjang tempoh kami berbulan madu. 

 

"Baek, tolong lipat pakaian dan letak dalam bagasi kejap. Aku dah letak atas katil tu," kataku kepada Baekhyun yang sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu sambil menonton drama You who Came From The Stars. Seriously, dia fanatik betul dengan drama tu. Jangan bagi aku tengok dia tiru 'aegyo' Songyi dalam drama tu. Aku rasa macam nak pam dia dalam lubang tandas. 

 

"Bi, aku tengah tengok drama ni," kata Baekhyun malas. Aku mengeluh sambil melihat ke arahnya yang sedang fokus ke arah TV. 

"Baek, pergilah kejap," kataku sekali lagi. Baekhyun merengus, masih memandang ke arah skrin TV. Mukanya serius, fokuslah katakan. 

"Kau pergilah kemas sendiri," kata Baekhyun sambil menongkat kepalanya dengan badan yang diiringkan. Pemalas punya monyet! 

 

"Okay, fine. Kalau macam tu, aku nak ajak BF lama aku pergi honeymoon. Kau pergi balik rumah omma dan jaga Twinkle," kataku lalu berlalu ke dapur. Aku bergerak ke arah ketuhar lalu mengeluarkan biskut coklat yang sudah masak. Aku ingin mengagihkan biskut-biskut ini kepada jiran-jiran, sebab itulah aku menyuruh Baekhyun untuk mengemas pakaian. Aku mengeluarkan biskut-biskut itu lalu aku letakkannya di atas meja supaya ia sejuk. Aku mencapai sekeping biskut untuk dirasa malangnya biskut itu terjatuh ke atas lantai apabila sepasang lengan memeluk aku daripada belakang. Terkejut.

 

"Kau cakap apa tadi? BF lama?" Tanya Baekhyun dekat di telingaku.  

 

"Pergilah tengok TV sampai juling bijik mata kau. Dah, pergi tengok drama kau tu," kataku lalu memusingkan badan untuk menghadapnya. Agak mengagumkan apabila Baekhyun sanggup meninggalkan drama itu. 

 

"Jangan lupa beli produk D'herb. Terlajak larisss~"

 

Oh, patutlah. Tengah iklan rupanya. Cis, ingatkan sanggup tinggalkan drama tu demi aku.

 

Aku sekali lagi terkejut apabila dia memegang pinggang aku dengan kedua-dua belah tangannya lalu dia mengangkat tubuhku, sebelum didudukkan di atas meja makan. Woahh~ chill there, tiger! Opss, salah. Chill there, monkey!

 

"Baek, aku rasa kau dah salah faham. Ini meja, bukan kerusi. Kalau nak bagi aku duduk, bagi aku duduk atas kerusi," kataku lalu ingin turun dari meja itu tetapi dia memegang pinggangku kejap. 

 

"BF lama?" Dia mengulangi soalan tadi. Hai, jealous ke? Raut wajahnya kelihatan serius. Aku hanya memandang kosong ke arah wajahnya. 

"Baek, BF-" kata-kataku terhenti apabila dia kembali berlari ke arah ruang tamu. Iklan dah habis. Memang monyet!!! 

Aku menggelengkan kepala lalu turun mengutip biskut yang jatuh tadi. 

 


Baekhyun sekali lagi menyerang aku dengan back-hug ketika aku sedang memasukkan biskut yang telah sejuk ke dalam balang. 

 

" Jangan lupa beli produk D'herbs. Terlajak lariss~"

 

As expected, iklan lagi. 

 

"Baek, kau pergi tengok drama kau sampai habis baru kau cakap dengan aku," aku menolak tubuhnya untuk menyimpan balang itu. 

"BF lama tu siapa?" 

Haih, tak habis-habis lagi dengan soalan tu. Dia membuntuti langkah aku se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...