•♦..04..♦•

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

" Yoobi-ah " panggil Baekhyun. Aku sedang membancuh kopi di dapur ketika dia memelukku daripada belakang.

 

" Yah! Kalau orang nampak macam mana? " Aku cuba mengalihkan tangannya tetapi gagal. Dia mencium pipiku beberapa kali sebelum meletakkan dagunya di atas bahuku.

 

" Biar la orang nampak pun. Kau kan wifeu aku "

 

" Lepas la " aku menolak tubuhnya menjauhiku. Dia boleh tinggal aku dengan Baekbom macam orang bodoh then balik-balik selamba saja peluk aku. Pergilah peluk si Joohee tu!

 

 Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku..marah?

 

" Okay, fine! Bom mana? " Dia mencapai mug berisi kopi yang sepatutnya milik aku dengan selamba. Aku menggigit bibir geram.

 

" Aku tak tahu. Kau ingat aku jaga dia ke? Bagi balik air aku! " Aku cuba merampas mug itu daripada tangannya. Dia mencuba merebut kembali mug itu dan bermulalah acara tarik mug antara kami.

 

Entah di mana silap aku, air kopi itu tertumpah ke atas tangan aku. Panas!

 

" Ouch! " Pantas aku melepaskan mug tersebut menyebabkan mug itu terjatuh ke atas lantai dan jatuh berkecai. Kulit tanganku terasa sangat pedih dan mula memerah tetapi bukanlah teruk sangat kecederaan yang aku alami. Sebentar lagi mesti baik sendiri.

 

" Yah, gwaenchana? " Soal Baekhyun bimbang. Dia cuba memegang tangan aku tetapi aku pantas menolak. Rasa sebak mula menyerang diri aku.

 

Aku pantas duduk bercangkung untuk mengutip serpihan kaca tersebut padahal aku tidak ingin Baekhyun nampak yang aku sedang menahan air mataku daripada jatuh.

 

" Yah, aku tengah cakap dengan kau ni! Jangan kutip guna tangan! " Marah Baekhyun lalu memaut tangannya supaya aku berhenti daripada mengutip serpihan kaca tersebut.

 

Aku tidak mempedulikan Baekhyun kerana aku yakin jika aku memandang matanya, aku akan menangis. Aku tepis tangannya sekuat hati.

 

" Kau ingat ni drama ke? Dah, pergi main jauh-jauh. Biar aku bersihkan " kataku, suaraku agak serak.

 

 

" Menyampah betul aku. Boleh tak kau jangan nangis? Mug pecah pun kau nak nangis ke? "

 

" Aku tak nangis pun! Dan aku tak pernah nangis depan kau! " Bentakku geram. Baekhyun ketawa sinis.

 

" Are you sure? Siapa yang menangis depan aku bila omma dia tak datang time perjumpaan ibu bapa kat sekolah? Siapa yang menangis depan aku bila ahjussi dia tak datang ambil lepas habis kelas malam tu? Siapa?  " Baekhyun mula mengungkit kisah lama.

 

Aku mula menangis. Kata-kata Baekhyun semuanya benar. Aku selalu menangis di depannya.

 

" Kalau kau menyampah dengan aku sudah la. Tak payah cakap dengan aku. Aku tak nak duduk sini. Aku tak nak masuk U tu. Aku tak nak kawan dengan kau dah " rajukku.

 

Aku bangkit lalu melangkah ke bilik kami.

 

" Yah! Kau jangan nak mengada-ngada. Kalau kau tak nak terima tawaran tu siap kau " Baekhyun mengikutiku daripada belakang.

 

 

" Aku nak mengadu kat omma aku. Kau jahat! "

 

" Macam la omma kau peduli. Kalau dia peduli, takkan la kau ada kat sini. " Sindir Baekhyun. Dasar monyet tak guna!

 

" Iya la. Tak ada orang pun peduli kat aku. Bukan macam kau. Ada Baekbom, ada Joonhee.. " Suaraku meleret perlahan.

 

" Aku dah agak. Kau jealous dengan Joonhee kan? " Dia berdiri di depanku. Aku hanya memandang kakinya. Gila tak jealous?

 

" Mana ada! " Nafiku. Baekhyun tertawa. Lawak ke?

 

" Kalau tak kenapa kau buat perangai macam ni? Kau suka aku ek?  " Dia merendahkan badannya untuk melihat mukaku yang sedang menunduk. Kenakalan terserlah pada wajah Baekhyun.

 

Suka Baekhyun? No way!

 

" Ani. Aku tak suka kau! Aku.. Aku cuma.. " Aku agak teragak-agak untuk meneruskan kata-kataku kerana aku bimbang dia akan ketawa.

 

" Cuma apa? " Dia merapatkan mukanya ke arah mukaku dengan senyuman nakal yang tidak lekang daripada bibirnya.

 

" Cuma... Err.. Aku kan dah layan kau macam nampyeon. Err.. Aku- "

 

" Macam nampyeon? " Bisik Baekhyun. Pipiku mula merah kerana malu. Kenapa monyet ni buat-buat tanya pulak ni? Dia nak aku terangkan satu-satu ke?

 

 

" Tak nak la cakap dengan kau " aku menolak tubuhnya yang semakin lama semakin dekat. Baekhyun pantas menarik aku ke dalam pelukannya.

 

" Aku tak ada hubungan apa pun dengan Joohee tu " dia mengusap kepalaku. Betul ke? Boleh percaya ke?

 

 

 

" Omo! Apa kamu berdua buat depan pintu ni? " Omonim terkejut apabila melihat kami berpelukan di situ.

 

" Free hug, omma. Omma nak jugak? " Baekhyun menawarkan pelukannya kepada omonim. Omonim pantas menunjal kepala anak bongsunya itu.

 

" Free hug kepala kamu "

 

Kepala? Aku ketawa berdekah-dekah. Kelakar betul omonim ni.

 

 

" Omma, hyung dah masuk kerja balik ke? " Tanya Baekhyun sambil memaut bahu omonim. Omonim mengangguk.

 

" Iya la. Tadi kan dia keluar dengan kamu pun masa lunch hour. Dia dah pergi klinik dia tu " jawab omonim.

 

" Tapi Hyun tak lunch lagi " rungut Baekhyun comel. Memang la kau tak lunch lagi! Bila aku pergi lunch dengan Baekbom, kau sibuk pergi menggatal dengan Joohee. Eh eh, jealous lagi aku ni.

 

 

" Omma masak apa hari ni? Mesti best "

 

" Hyun tak makan lauk yang omma masak hari ni " jawab omonim.

 

" Mesti ada timun. Benci la omma ni " Baekhyun mencebik. Tak makan timun rupanya monyet ni.

 

" Cuba la makan kamu makan timun. Omma tak pernah dengar orang mati sebab makan timun "

 

" Macam mana kalau Hyun jadi orang pertama mati sebab makan timun? Omma nak tanggung?  "

 

" Apa kau mengarut ni? " Tanyaku, pelik dengan perangai monyetnya itu.

 

" Kau diam. Jangan menyampuk bila orang tua tengah bercakap " kata Baekhyun. Eh, aku pulak yang kena. Aku menjelirkan lidah ke arahnya.

 

Dia pantas menarik kedua-dua belah telingaku.

 

 

 

" Yah! Sakit! "

 

" Hyun! Apa kamu ni? " Giliran omonim pula yang menarik telinga Baekhyun.

 

" Ah! Omma! Sakit la! " Baekhyun melepaskan telingaku.

 

" Tahu pun sakit. Cuba kamu berlembut sikit dengan Yoobi. Kamu ingat omma tak perasan ke cara kamu layan dia? Kasar sangat " tegur omonim. Omonim, saya vote omonim sebagai ibu mertua terbaik di Korea Selatan!

 

" Apa omma ni. Omma dah tak sayang Hyun ke? Hyun tahu la dulu omma nak anak perempuan. Mentang-mentang la omma dah ada Yoobi. Kacang lupakan kulit " Baekhyun mula berdrama.

 

 

" Tak payah nak berdrama kat sini. Kamu tak sayang wifeu kamu ke Hyun? " Tanya omonim serious.

 

" Tak pun " Baekhyun membuat muka buruk. Kau tak sayang aku? Berani kau tak sayang aku! Berani kau! Eh, aku nak ke kau sayang aku?

 

 

" Yalah tu. Tak sayang la tu maknanya kalau nak berkepit 24 jam. Appa suruh tinggal Yoobi kat sini sementara Hyun pergi belajar pun dah naik angin. Tak sayang la tu kan? "

 

Gulp!

 

Siapa yang telan liur kuat sangat ni?

 

 

 

" Hyun tak nak kawan dengan omma! Hyun nak lari dari rumah! " Bentak Baekhyun dengan muka yang merah. Dia pantas masuk ke dalam bilik kami dan menguncikan dirinya.

 

Kenapa dia ni?

 

" Malu la tu " gumam omonim lalu meninggalkan aku terpinga-pinga di situ. Apa ni? Apa semua ni?

 

 

 

 

 

 

" Yoobi-ah,  Semua barang dah ambik? " Tanya Baekbom. Dia pantas menutup bonet keretanya apabila aku mengangguk. Baekbom yang akan menghantar aku dan Baekhyun ke universiti. Hari ini merupakan hari pendaftaran.

 

" Hyun-ah, belajar rajin-rajin tau. Jaga Yoobi tu elok-elok " omonim memeluk Baekhyun erat. Muka Baekhyun agak merah, mungkin dia sedang sedih kerana perlu berpisah dengan keluarganya. Aku hanya memerhatikan gelagat keluarga bahagia ini.

 

" Ingat Hyun. Kamu la harapan terakhir kami. " Kata abeonim apabila Baekhyun berada dalam dakapannya. Baekhyun hanya mengangguk apabila abeonim menasihatinya.

 

" Kamu pun belajar elok-elok tau Yoobi " pesan omonim kepadaku. Aku mengangguk lalu menunduk hormat.

 

" Yoobi-ah, Hyun-ah, jom gerak sekarang. Nanti terlewat pula " kata Baekbom.

 

 

Baekhyun segera melepaskan abeonim dan bergerak ke arah kereta. Aku menunduk ke arah ibu bapanya sekali lagi sebelum memasuki perut kereta itu.

 

 

" Kau okay tak ni? " Tanya Baekbom apabila kereta mula bergerak. Aku duduk di seat belakang manakala Baekhyun di depan, di sebelah Baekbom.

 

" Aku okay la hyung " kata Baekhyun.

 

Kemudian, kami hanya berdiam diri. Hanya kedengaran lagu yang diputarkan oleh DJ Seoul fm.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...