•♦..08..♦•

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

Hari ini adalah hari Ahad. Aku tiada rancangan apa-apa jadi aku menghabiskan pagi aku di dalam bilikku. Chorong tiada untuk menemaniku kerana dia pulang ke rumah. Dia tinggal di kawasan yang berdekatan dengan universiti ini sahaja. Aku bermain dengan laptopku, menonton rancangan runningman yang menjadi kegilaan ramai. Watak kegemaran aku dalam rancangan ini ialah Haha. Bagiku dia seorang yang sangat lucu tetapi pada masa yang sama comel. Aku sedang ketawa melihat gelagat Haha dan Jaesuk yang bergaduh seperti budak-budak ketika telefonku berdering. Aku menjawab panggilan itu tanpa memeriksa siapa pemanggilnya terlebih dahulu.

 

" Hello " jawabku dengan nada yang malas.

 

" Yoobi, jom keluar " ajak si pemanggil.

 

" Ajak Joohee tak boleh ke? "

 

" Aku nak keluar dengan kau. Aku tengah tunggu kau kat bus stop depan blok kau. Aku bagi kau 10 minit untuk bersiap. Kalau kau tak turun, aku yang akan naik atas. Annyeong~ " panggilan terus dimatikan. Monyet!

 

Aku meluru ke arah lockerku lalu mencapai tuala. Aku hanya sempat untuk mandi kerbau sahaja. One-piece dress berwarna ungu aku sarungkan sebelum rambut aku ikat tocang. 

 

 

 

" Eh, kau turun? Aku baru je call Joohee " kata Baekhyun apabila aku berada di bus stop itu.

 

" Aku benci kau! " Aku menghentakkan kaki di situ lalu berpusing untuk kembali naik ke bilik. Dasar monyet tak guna! Aku bersiap cepat-cepat untuk dia lepas tu selamba je dia cakap dia dah ajak perempuan lain. Kemonyetan apakah ini?

 

 

" Yah Byun Yoobi " lengan aku dipegang daripada belakang. Aku tak nak tengok dia! Tak nak!

 

" Yoobi, aku gurau je la. Aku mana ada call Joohee. Yang kau jealous sangat dengan dia tu kenapa? " Baekhyun menarik aku untuk duduk di sebelahnya. Aku membuat muka paling buruk aku pernah ada ke arahnya.

 

" Kau nak pergi mana? " Tanyaku, aku menarik lenganku daripada pegangannya. Dia memakai snap back berwarna merah, yang aku hadiahkan kepadanya ketika dia memenangi suatu pertandingan nyanyian di sekolah dulu.

 

" Aku nak ajak kau pergi bandar. " jawab Baekhyun. Hanya kami berdua yang berada di bus stop itu.

 

" Kau tahu ke bandar kat mana? " Tanyaku. " Kalau aku tak tahu pun tak apa. Bukan aku yang bawak bas. Tanya je la driver tu nanti "

 

" Iyalah. Yah Baekhyun, macam mana dengan sunbae? Dia marah kau lagi ke? "

 

" Tak. Tak payah tanya pasal tu. Aku dah settlekan " Baekhyun kelihatan kurang berminat dengan topik itu.

 

" Kau settlekan macam mana? " Aku masih degil untuk bertanya.

 

" Kau diam atau kita tak payah keluar " kata Baekhyun dingin. Aku mengalah. Monyet kalau penyakit darah tinggi dia dah datang memang macam ni. Sabar je la.

 

Selepas beberapa minit, bas yang kami tunggu akhirnya sampai. Bas tersebut agak penuh, menyebabkan aku dan Baekhyun terpaksa menyelit di celah-celah manusia lain yang sedang berdiri itu. Bas itu bergerak, menyebabkan lelaki lain di sebelahku melagakan tubuhnya dengan tubuhku. Hei, kurang asam masin betul!

 

Baekhyun berdiri agak jauh di belakang, turut tersepit seperti aku. Hidung aku terbau macam-macam bauan. Bau minyak wangi, bau kari, bau ketiak pun ada. Boleh pengsan aku dibuatnya. Sepanjang perjalanan itu, bas itu asyik berhenti untuk mengambil penumpang sedangkan bas itu sudah padat. Kami ibarat sardin yang bersesak di dalam tin sardin Marina.

 

Mataku terpandang mata Baekhyun. Dia seperti mengisyaratkan aku untuk menghampirinya. Aku dengan sedaya upaya menghampirinya, aku nyarisi-nyaris terjatuh ketika bas itu sekali lagi berhenti untuk mengambil penumpang. Aku akhirnya berdiri di sebelah Baekhyun, bahuku sangat rapat dengan bahunya. Kemudian, entah ulat bulu mana yang bermain di pehaku dari belakang. Aku sangat menyesal kerana memilih untuk memakai pakaian yang aku sedang pakai. Aku toleh ke belakang, kelihatan seorang pekerja asing sedang mengambil kesempatan ke atas aku.

 

 

" Baek, orang belakang ni raba aku " aku berbisik perlahan di tepi Baekhyun. Mukaku sangat merah menahan geram. Baekhyun menoleh ke belakang kemudian aku lihat rahangnya tegang. Dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...