•♦..13..♦•

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Aku terkaku apabila Yoobi menanggalkan rantai yang dipakainya. Terasa seperti seluruh anggota badanku tidak mampu berfungsi. Apa maksud semua ni?

 

 

Matanya yang berkaca-kaca tidak lepas daripada memandang anak mataku. Aku takut. Aku rasa tak sedap hati. Apabila Yoobi meletakkan rantai itu di atas tapak tanganku, dadaku terasa sesak. Aku tidak mampu bernafas dengan betul. Jari-jemariku yang menggeletar mengenggam rantai itu, mataku merenung matanya dengan harapan dia tidak akan melakukan perkara yang aku agak dia akan buat.

 

Tapi, kadangkala harapan tercipta untuk kekal sebagai harapan. Dia pergi. Udara yang aku sedut terasa seperti dipaksa masuk ke dalam paru-paruku.

 

 

Aku memandang belakang badannya yang semakin lama semakin menjauh. Apa aku buat ni? Bodoh, halang la dia! Aku mula berlari untuk mengejarnya tetapi terhenti apabila namaku dipanggil.

 

 

" Oppa, nak pergi mana? "

 

 

Sila benci aku sebab aku tak kejar wifeu aku yang sedang menangis. Sila benci aku sebab aku sendiri dah mula bencikan diri aku sendiri.

 

 

" Err- tak- tu- " aku tergagap-gagap. Kalau boleh aku nak menangis kat situ jugak. Yoobi sudah sangat jauh di depan. Muka Chen turut menunjukkan yang dia nampak apa yang berlaku antara aku dan Yoobi. Dia nampak Yoobi memutuskan hubungan kami tadi.

 

 

" Oppa okay tak ni? Jom la balik oppa. Bas sampai dalam 30 minit lagi "

 

 

Aku mengangguk. Universiti aku agak jauh daripada universiti ini, perjalanan memakan masa 3 jam. Aku terpaksa balik sekarang kalau tak nak terlewat. Yoobi..

 

 

" Joohee tunggu kat bus stop, kejap lagi oppa datang " aku mengisyaratkan Chen supaya mengikuti aku menjauhi Joohee.

 

 

" Yah, kenapa kau tak kejar Ubi tadi? " Muka Chen jelas risau. Aku mengeluh.

 

" Joohee- "

 

" Joohee. Tak habis-habis dengan Joohee. Sampai bila perempuan tu nak berkepit dengan kau? " Chen sangat marah. Mungkin dia hilang sabar dengan perangai aku yang selalu melebihkan Joohee. Dia kena tahu yang aku tak ada pilihan! Aku tak nak Joohee tiba-tiba melompat kat tengah jalan tu dan tunggu kereta datang langgar dia.

 

 

" Aku tak ada pilihan! " Aku membentak. Chen menampar mukaku. Kuat. Pipiku terasa pedih dan berdenyut.

 

 

" Aku pun tak ada pilihan selain tampar kau "

 

 

" Chen, Yoobi- " aku kembali bersedih apabila nama Yoobi keluar daripada mulutku. Yoobi, jangan tinggal aku.

 

 

" Sabar Baek. Kau kena cari cara untuk pujuk Ubi " Chen memeluk bahuku. Tangannya menepuk-nepuk belakangku untuk menenangkanku.

 

 

"  Chen, aku kena balik. Kau tolong tengok-tengokkan Yoobi " aku sangat mempercayai Chen. Aku sangat berharap dia dapat membantu aku.

 

 

" Jangan risau. Aku kan pernah cakap aku ship Baekubi sampai bila-bila. Aku mesti tolong "

 


 

 

 

" Lewat kau balik? "

 

 

" Dah tau tanya " aku menutup pintu bilik itu dan bergerak ke arah katil. Bilik ini mengandungi dua buah katil double-decker, 2 buah meja study yang besar dan 4 buah locker. Ini bermakna ada tiga ekor lagi makhluk lain dalam bilik ni.

 

Biar aku perkenalkan dorang satu-persatu. Pertama, Minsoo. Dia adalah seorang yang pemalas dan kuat tidur. Satu-satunya  kelebihan dia ialah dia adalah yang paling kuat dalam bilik ni. Pernah sekali tu bilik ni terkunci dari dalam dan kebetulan cuma dia yang tiada kelas. Dia dengan selamba badaknya menendang pintu bilik sehingga terbuka. Tombol pintu tu pun dah jahanam, sekarang ni bilik dah tak boleh kunci. Tapi aku tabik la sebab dia pandai melukis. Aku pernah suruh dia lukis potrait Yoobi, cantik gila. Yo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...