Extra II

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ubi is a Monster!Yoobi's POV

 

 

 

Aku terjaga daripada tidur apabila perutku berkeroncong kerana lapar. Suhu bilik itu yang sejuk menyebabkan aku menarik selimut hingga ke paras hidung. Aku ingin menyambung tidur tetapi perutku yang asyik berbunyi sangat menganggu. Aku memandang ke kiri dan kelihatan Baekhyun yang terbongkang seperti pemuda mabuk yang tak sedarkan diri di atas katil, di sebelahku. Kenapa dia ni? Penat sangat ke? Dia yang tidur dengan masih lengkap berpakaian kerja itu menyentuh naluri aku sebagai seorang isteri. Semalam aku tidur sebelum dia balik sebab dia cakap dia akan balik lewat. Dan ternyata lewat yang dimaksudkan adalah sangat lewat, lebih lewat daripada biasa.

 

 

" Baek, bangun. Kenapa tidur tak tukar baju ni? " Aku menyentuh bahunya yang tidur meniarap itu. Bibirnya sedikit terbuka tetapi matanya masih terpejam rapat. Aku mengusap pipinya yang makin cengkung itu. Sebagai seorang isteri, aku rasa macam dah gagal. Aku gagal untuk menjaga kesihatan suami aku. Memang, memang aku sedang mengandung tetapi aku rasa tak sepatutnya aku jadikan itu sebagai alasan untuk aku mengabaikan kesihatan Baekhyun. Aku betul-betul dah ambik kesempatan atas kebaikan Baekhyun terhadap sepanjang kehamilan aku ini.

 

 

" Baek, bangun. Tukar baju dulu. Tak selesa kalau tidur pakai baju ni " aku masih cuba mengejutkannya yang bagaikan tidak sedar diri itu. Aku melonggarkan tali lehernya supaya tali leher itu tidak terus mencekik lehernya. Kening Baekhyun berkerut-kerut apabila aku masih lagi menggerakkan bahunya.

 

" Bi, belum lagi " gumam Baekhyun yang masih tidur itu. Entah kenapa, dadaku terasa sebak. Di depanku, kelihatan nampyeonku yang keletihan kerana mencari rezeki untuk aku dan anak yang bakal aku lahirkan. Aku sebagai wifeu sepatutnya memberikan sokongan dan mengurangkan bebannya. Sebaliknya, aku selalu menyusahkan dirinya dengan kerenahku yang entah apa-apa.

 

Tidak boleh tidak, air mataku gugur jua. Perasaan aku betul-betul terusik. Aku sangat bertuah kerana memiliki nampyeon seperti Baekhyun. Dia adalah perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidup aku. Aku yakin aku takkan mampu untuk teruskan hidup kalau dia tak ada di samping aku.

 

Baekhyun mengerang perlahan apabila air mataku jatuh menitik pada mukanya. Dia berpusing ke kiri dan kanan, dan akhirnya dia terjaga. Mukanya kelihatan sangat polos tetapi matanya merah, mungkin kerana dia mengantuk.

 

" Bibi, kenapa bangun? Rasa nak muntah ke? " Soalannya membuatkan air mataku makin laju mengalir. Walau seletih mana sekalipun, kesihatanku adalah perkara pertama yang dia akan tanya apabila dia bangun daripada tidur. Tiada perempuan lain yang bertuah macam aku.

 

" Kenapa nangis ni? Taetae tendang kau ke? Biar aku tendang dia balik. Belum lahir dah jadi anak derhaka " kata Baekhyun. Aku ketawa sambil meyapu air mataku, hidup aku dipenuhi gelak ketawa kerana Baekhyun. Aku rela kehilangan apa saja kecuali Baekhyun.

 

" Baek, aku mintak maaf " kataku, memandang ke arah matanya. Baekhyun tersenyum lalu memeluk aku. Kepalaku diusap perlahan.

 

 

" Kau nak tinggal aku ke? " Tanya Baekhyun. Aku menggelengkan kepala aku. Aku takkan pernah tinggalkan dia. Aku menyembamkan mukaku di dadanya, menghidu bau badannya yang sudah sebati dengan jiwaku.

 

 

" Kau kena mintak maaf kalau kau nak tinggalkan aku sebab aku tak pernah terasa hati dengan apa-apa yang kau buat. Tapi aku cuma akan marah kalau kau tinggalkan aku " kata Baekhyun sambil menepuk belakangku perlahan-perlahan seperti mendodoikan bayi yang ingin tidur.

 

Suasana yang romantik seperti drama-drama penyebab diabetes yang kami sedang nikmati terganggu apabila perutku berkeriuk seperti raksasa yang berpuasa selama lapan abad. Badan Baekhyun bergegar sedikit kerana dia mengetawakan bunyi yang memalukan itu.

 

" Itu bunyi perut ke kentut? " Tanya Baekhyun. Aku mengangkat wajahku daripada dadanya lalu menunjal dahinya. Tak ada maknanya aku nak kentut kat sini.

 

" Kenapa tak cakap kau lapar? Biar aku pergi ambik roti " Baekhyun bangun daripada katil kami lalu berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian, dia muncul dengan sepinggan roti bakar bersama segelas susu. Cuba bagi alasan untuk aku tak sayang Baekhyun.

 

" Ala Baek, kenapa tak ambik roti kosong je " aku terasa seperti menyusahkan dia pulak. Er, aku memang menyusahkan dia pun.

 

" Biar la. Aku pun lapar jugak ni " katanya lalu menyerahkan pinggan itu kepadaku. Gelas diletakkan di atas meja sisi.

 

" Nak aku suap? " Tanyaku. Baekhyun mengangguk laju lalu merapatiku. Aku suakan roti itu di depan mulutnya dan dia dengan pantas menggigt roti tersebut. Dia mengunyah makanan tersebut sambil memerhatikan muka aku. Aku turut mengunyah makananku lalu senyum ke arahnya. Mata Baekhyun berubah panik lalu dia tersedak. Dia pantas bangun meninggalkan katil supaya dia tidak mengotorkan katil. Kenapa dia ni? Muka aku berubah jadi macam muka Ju-on ke?

 

Baekhyun meneguk susuku sedikit untuk melegakan kerongkongnya. Dia kembali duduk dengan muka yang merah menyala. Apa masalah dia sebenarnya ni?

 

" Baek, kenapa kau ni? "

 

Baekhyun mencuri-curi lihat ke arahku lalu berpura-pura memandang ke arah lain. Kenapa dengan dia ni?!!!

 

" Baek, aku cakap dengan kau ni " kataku. Baekhyun mengeluh lalu berterus terang kepadaku.

 

" Dua tiga hari ni aku asyik mimpi- " kata Baekhyun perlahan, warna merah pada pipinya makin ketara. Aku hanya sabar menanti dia menghabiskan kata-katanya.

 

" Bila kau senyum tadi, aku teringat mimpi tu "

 

" Kau mimpi apa? "

 

" Aku mimpi.. Kau dengan aku- jap. Betul kau nak tahu aku mimpi apa? Kau memang nak dengar? " Tanya Baekhyun. Aku mengangguk. Aku betul-betul nak tahu la ni.

 

" Macam ni. Aku mimpi kau datang tempat kerja aku malam tu. Kau datang pakai gaun tidur, lepas tu- "

 

" Tamat " potongku sebelum dia sempat meneruskan cerita tentang mimpinya yang aku dapat kesan mengandungi unsur yang tidak sesuai untuk tontonan umum itu. Patutnya dia mimpi macam mana unicorn boleh terbang.

 

" Ala Bibi. Main tipu. Kau cakap kau nak dengar " Baekhyun mencebikkan bibirnya lalu membuat muka seperti bayi hendak menangis. Comelnya!

 

" Bibi jahat " Baekhyun membuat bunyi menangis lalu berguling-guling di atas katil itu. Tadi malu bukan main. Aku meletakkan pinggan yang sudah kosong itu di bawah meja lalu mencubit pipinya menyebabkan wajahnya kelihatan lucu. Dia masih lagi meraung seperti bayi yang tidak diberikan susu.

 

" Baebae nak cerita! Baebae tak kire nak cerita jugak " Baekhyun membuat bunyi seperti menyedut hingus. Kenapa yang pengotor sangat ni? Hatiku terhibur dengan telatahnya.

 

" Dah la Baek. Esok kau nak kerja. Pergi sambung tidur "

 

" Tapi tapi tapi, cerita Baebae belum habis " Baekhyun masih lagi dirasuk oleh karakter Baebaenya itu. Aku tersenyum.

 

" Baek.. " Aku cuba menghentikannya daripada terus bermain-main kerana aku tidak mahu dia tidak cukup tidur. Baekhyun sekali lagi mencebikkan bibirnya lalu mengedipkan kelopak matanya. Bila dia buat macam tu, sebijik macam watak kartun budak dalam Despicable Me. Aku teringin sangat nak baby comel macam ni.

 

" Kalau Bibi dah cakap macam tu, Baebae tidur je la " Baekhyun membuat nada merajuk lalu melabukan kepalanya di atas bantal. Merajuk pulak.

 

" Baek.. "

 

" Iya. Bibi nak Baebae sambung cerita ke? " Baekhyun bangun lalu memandang ku dengan teruja, sengaja dia mendekatkan lubang hidungnya ke arah mukaku. Dia ni..

 

 

" Pergi tukar baju " arahku. Rasa macam tengah handle anak pulak.

 

" Ala.. Nak kutuk Baebae busuk la tu " Baekhyun mencium hidungku lalu bergerak ke arah almari.

 

" Bibi, tengok Baebae nak bukak baju ni " usik Baekhyun. Apa yang tak senonoh sangat mamat ni? Aku baling pinggan atas kepala baru dia tahu. Aku mengabaikannya yang sedang menyalin pakaian itu. Aku berbaring lalu kembali menyelimutkan tubuhku.

 

" Bibi, Baebae berak dalam seluar. Ops! "

 

" Baek, jangan la main-main. Esok kau kerja " suaraku meleret dengan mata yang terpejam. Baekhyun terus mendiamkan diri. Akhirnya, dia mendengar kata. Aku patut buat sambutan lima hari lima malam. Baekhyun diam dan terus diam. Peliknya? Lama benar salin baju?

 

Aku rasa curiga lalu aku berpusing ke arah almari pakaian dan alangkah terkejutnya aku apabila memang Baekhyun sudah bersedia di sisi katil berdekatanku dan menunggu aku untuk berpaling ke arahnya. Dia pakai gaun tidur aku! Ketat macam barut nangka!

 

" Cantik tak Kak Ton? " Tanya Baekhyun lalu menjongketkan punggungnya ke arahku. Seriously?

 

" Baek.. " Aku terus ketawa terbahak-bahak. Tak boleh tahan sebab  dia kelakar sangat. Dah la comel. Baekhyun turut ketawa sambil memegang perutnya.

 

" Bibi, serious, aku rasa macam perempuan bodoh " Baekhyun menyambung sisa ketawanya. Mak kau, ketawa ala datin dia bagi.

 

" Excuse me.. Perempuan? "

 

" Excuse you, lelaki la. Bibi ni, typo sikit tak boleh " seloroh Baekhyun. Typo apa bendanya dia ni? Aku ketawa lagi.

 

" Dah la ketawa tu Bibi. Karang terberanak macam mana? Susah aku "

 

" Baek, kau buat aku tak boleh tidur "

 

" Kau tak boleh tidur? "

 

Aku mengangguk.

 

" Apa kata aku sambung cerita- "

 

" TAK NAKK!!!! " Aku menekup kedua-dua belah telingaku. Yang tak habis-habis nak cerita pasal mimpi dia tu kenapa?

 

 

 

Entah mengapa, Baekhyun membuat keputusan untuk mengambil cuti pada hari itu. Dia membawa aku balik ke rumah ommanya. Perjalanan dari rumah kami ke rumah ommanya memakan masa beberapa jam. Apabila sampai, kami disambut oleh omma dan appanya.

 

" Omma!  " Baekhyun memeluk ommanya erat. Dia kelihatan seperti anak yang baru pulang daripada sekolah berasrama dan sangat merindukan ommanya. Aku melemparkan senyuman ke arah appanya.

 

" Hyun, masuk la dulu. Bawa Yoobi masuk " kata appanya. Baekhyun menghampiriku lalu terus mengangkat tubuhku. Terkejut aku dibuatnya. Omma Baekhyun menjerit apabila Baekhyun mengangkat aku dengan selamba.

 

" Hyun, wifeu kamu mengandung! " Tegur ommanya. Baekhyun membuat muka selamba kerana mengangkat aku sudah menjadi perkara biasa baginya. Tapi jangan la depan orang tua, Monyet oi!

 

" Eh? Tadi appa suruh bawak Yoobi masuk " Baekhyun mengekalkan muka aku-tidak-berdosa-nya itu.

 

" Tak hilang-hilang lagi perangai terlebih ubat cacing dia ni " rengus ommanya lalu berlalu masuk ke dalam rumah bersama appanya. Aku menjelirkan lidah ke arah Baekhyun, mengejeknya kerana dia dimarahi oleh ommanya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...