Extra VII

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

aku all-out. last chapter ni panjang sikit. enjoy~ Jgn lupa tinggalkan komen terakhir. i will wait :)

 

Perfect TwoYoobi's POV

 

 

"Baek! Pedih mata aku," aku menggosok-gosok mataku yang pedih. Aku sedang duduk di atas lantai bilik air, dengan Baekhyun yang berdiri di depanku. Dia menawarkan diri untuk mencuci pasir pantai yang melekat pada rambutku.

 

Baekhyun melurut rambutku, membuang pasir yang masih melekat dengan tangan kanan manakala tangan kirinya memegang pancuran air.

 

"Bibi, bukalah baju. Macam mana nak mandikan ni?"tanya Baekhyun lalu duduk bercangkung di depanku. Dia juga masih dipenuhi pasir kerana sebentar tadi di pantai, aku telah menolaknya ketika dia keluar daripada air. Dia jatuh bergolek lalu disaluti pasir.

 

Aku ketawa melihat muka Baekhyun yang bersalut pasir itu. Comel. Aku menyapu mukanya perlahan.

 

"Kenapa ketawa? Aku suruh bukak baju," Baekhyun meletakkan paip pancuran di atas lantai lalu memegang hujung bajuku dengan kedua-dua belah tangannya.

 

"Jangan!!" aku menepis tangannya. Suka-suka hati je nak bukak baju orang! Tumbuk kang.

 

"Nak bukak sikit pun tak boleh. Jual mahal betul. Cium baru tahu," Baekhyun menyelak rambutnya seperti seorang diva. Aku ketawa lagi.

 

"Baek, kau ni macam pondan," komenku spontan. Mata Baekhyun terus membesar kerana terkejut. Air mukanya juga berubah.

 

"PONDAN?" suara jantan Baekhyun dah keluar. Dia memandang aku seperti dia menelan aku hidup-hidup. Aku ketawa kekok ke arahnya sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.

 

"Aku bersimpati dengan kau, Bibi. Marilah, biar aku tunjukkan kelelakian aku," Baekhyun tersengih nakal lalu pantas menanggalkan bajunya. Byuntae is coming....

 

 

 

"BAEKHYUNNNNNN!!!!"

 

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu berbulan madu kami. Apabila Baekhyun kata bulan madu, dia memang membuktikan yang tempoh seminggu ini adalah 'bulan madu'. Bulan madu bagi Baekhyun adalah 'Baebae, Bibi, bilik dan katil'. Jarang sekali kami keluar berjalan-jalan. Kalau keluar sekalipun, kami akan menghabiskan masa di pantai.

 

Kami jalan berpegangan tangan sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kami juga akan bermain lumba lari apabila mood menggila Baekhyun datang menyerang. Selain itu, aku juga telah membina istana pasir di pantai itu.

 

 

"Yay! Finally! Siap! My castle! I am the Queen!" Kataku riang. Aku memandang istana pasir itu dengan penuh bangga. Aku telah menghabiskan masa hampir sejam untuk menyiapkan istana pasir itu. Aku menyapu kedua-dua belah tangannku untuk menyingkirkan pasir yang melekat. Aku mengeluarkan telefon bimbitku lalu mengambil gambar istana pasir itu. Aku tersenyum sekali lagi.

 

"And I am the King! Hohoho!!" Baekhyun muncul lalu memijak istana pasir itu. Dia bercekak pinggang sambil ketawa seperti seorang raja yang bongkak.

 

"Tidakkkk!!!" Aku jatuh melutut di depan istana pasir yang telah ranap itu. Kerajaanku! Aku menjeling tajam ke arah Baekhyun.

 

"Kenapa pijak istana aku?!!!" Jeritku geram. Baekhyun masih lagi dengan gaya seorang rajanya itu.

 

"Beta murka kerana permaisuri Bibi menghuni istana ini. Permaisuri Bibi hanya layak menghuni hati beta. Hohoho!!"

 

"Raja Monyet!!!!"

 

"Eh? Macam mana tahu? Ukk ukk ukk akk akk akk," Baekhyun melompat-melompat seperti seekor monyet. Aku menarik rambutku dengan penuh kecewa.

 

Baekhyun telah membuktikan dia seorang monyet. Banyak kenangan manis yang aku dapat sepanjang tempoh bulan madu ini. Dan kenangan paling manis adalah ketika Baekhyun membawa aku di belakangnya sambil berjalan-jalan di pantai itu.

 

"Baek, aku berat tak?" tanyaku sambil mengemaskan peganganku padanya lalu meletakkan daguku pada bahunya. Sisi mukanya menyapa pandanganku.

 

"Tak. Aku kan dah selalu angkat kau masa kau mengandung dulu," Baekhyun menarik pahaku ke atas apabila aku makin menggelongsor ke bawah. Aku membetulkan kedudukan tubuhku lalu kembali mendaratkan daguku pada bahu kanannya.

 

"Kau tahu Baek, aku ingatkan kau dah tak nak layan aku," kataku. Rambut yang menutupi mata Baekhyun aku tolak dengan perlahan-lahan. Namun, angin kembali menyebabkan rambut itu menutupi mata Baekhyun.

 

"Kenapa pulak?" Tanya Baekhyun, kakinya terus melangkah ke depan.

 

"Yalah. Lepas aku bersalin, kau macam nak tak nak je layan aku. Bila balik je mesti kau cari Twinkle. Aku ni macam tak ada je dalam rumah tu," rungutku. Yeah, mood mengada aku dah datang.

 

"Bibi..takkan dengan Twinkle pun kau nak cemburu?"

 

"Mana ada cemburu.." dalihku.

 

"Kau cemburu~" Baekhyun berpaling ke arah kanan untuk memandangku. Dia mencium hidungku lalu kembali mengusik aku.

 

"Bibi cemburu dengan Twinkle Twinkle little stars. Bibi jealous~"

 

"Fine. Aku jealous," aku menolak wajahnya supaya memandang ke depan dan sebaik sahaja dia memandang ke depan, aku terus menggigit bibirku. Malu.

 

"Entahlah Bibi. Lepas Twinkle lahir, aku rasa kau dah tak comel. Twinkle comel sangat,"

 

Aku mencebik. Aku dah tak comel? Macamlah dia comel sangat.

 

"Eleh, sebab Twinkle ikut muka kau kan? Saja la tu nak puji diri sendiri. Monyet. Dah la nama Twinkle pun ikut nama kau je,"

 

"Haruslah. Aku yang bersusah payah menghasilkan Twinkle. Mesti la kena ikut nama aku," Baekhyun kemudian ketawa geli hati. Menghasilkan? Uh, okay.

 

 

"Pasal aku macam tak layan kau tu, kan masa tu Hyeri ada. Takkanlah aku nak layan kau lebih-lebih depan dia,"

 

"Kenapa pulak tak boleh lebih-lebih depan dia?" tanyaku. Berbulu betul aku bila dengar nama Hyeri.

 

"Bibi, aku tahu kau cemburu. Tapi janganlah obvious sangat. Tak boleh la lebih-lebih depan dia, kalau dia suka aku macam mana? Aku kan sweet, risaulah kalau dia tergoda,"

 

"Hyeri cantik.."

 

Dengar tak bunyi sesuatu retak? Itu bunyi hati aku.

 

"Kau pulak comel. Aku suka perempuan comel tapi aku tak suka perempuan cantik. Kalau aku jumpa perempuan lain yang comel, aku tetap akan pilih kau. Sebab daripada kecik, aku cuma nampak kau je. Walaupun masa kecik muka kau menangis sangatlah buruk, aku tetap suka kau. Bila aku cakap aku suka, maknanya aku memang suka,"

 

Aku..tak tahu nak balas apa. Baekhyun jarang bercakap mengenai perasaan, jadi aku menjadi sangat tersentuh. Walaupun dia sempat kutuk muka menangis aku buruk, setiap ayat yang dia tuturkan sangat bermakna.

 

 

"Bi, cepatlah."

 

"Uh, okay," aku mencapai beg tanganku lalu mengikuti langkah Baekhyun. Kami akan pergi makan malam di restoran hotel ini. Hari-hari sebelumnya, kami makan diluar. Untuk hari terakhir ini, Baekhyun memilih untuk makan malam di restoran hotel. 

 

Aku agak kagum apabila memasuki ruangan restoran yang luas itu. Kebanyakan pelanggan memakai pakaian yang elegan dan kelihatan seperti datang atas urusan bisnes.

 

"Yes? May I help you?" tanya seorang pelayan lelaki yang berlesung pipit itu. Baekhyun berdehem perlahan apabila aku asyik memandang wajah pelayan itu. Aku mengalihkan pandangan lalu tersengih ke arah Baekhyun.

 

Selepas memilih beberapa jenis menu, pelayan tersebut beredar dari meja bulat yang kami duduki.

 

"Bibi, aku ada tercongok kat depan kau ni. Jangan nak menggatal sangat," Baekhyun memberi amaran sambil memegang garfu, berlagak seperti dia hendak mencucuk mataku dengan garfu tersebut. Aku tersengih lagi.

 

Selepas selesai menjamu selera, aku bersandar kekenyangan. Baekhyun masih meneruskan suapanya. Aku agak hairan kerana Baekhyun sangat kuat makan sedangkan tubuhnya tidaklah sebesar mana. Sasa pun tidak.

 

"Baek, aku nak pergi toilet kejap," kataku. Baekhyun mengangguk sambil terus mengunyah makanan di dalam mulutnya. Aku bangun lalu terus berlalu ke tandas.

 

Selesai urusan di tandas, aku kembali ke ruangan itu. Aku hairan kerana Baekhyun tiada di tempatnya tadi. Dia pergi tandas jugak ke? Aku kembali duduk lalu mengambil beg tanganku yang berada di atas kerusi. Ish Baek ni, boleh dia tinggal beg tangan aku macam tu je.

 

Tiba-tiba, ruangan itu berubah gelap. Blackout? Suasana mula riuh-rendah apabila para pelanggan bertanyakan apa yang sedang terjadi. Aku terkaku di tempat dudukku kerana aku agak takut apabila berada dalam keadaan gelap.

 

"Mic test..Hana two three.." aku berpaling ke arah bunyi itu datang. Kelihatan seorang lelaki berada di atas suatu pentas kecil di dalam restoran itu dan duduk di depan sebuah piano. Sebuah lampu spot light menyuluh ke arahnya. Seluruh ruangan itu gelap kecuali di kawasa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...