Extra VI

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

Baebae Loves BibiYoobi's POV

 

 

 

"Baek.." tanganku yang sejuk mula memegang lengannya yang duduk di sebelah kananku di dalam pesawat itu. Ini kali pertama aku menaiki kapal terbang, jadi aku berasa agak pening. Dahiku berkerut-kerut menahan sakit di bahagian kepalaku. Terasa berdenyut-denyut.

 

"Bi, okay tak?" Baekhyun menarik kepalaku supaya bersandar di bahunya lalu tangan kirinya memeluk bahuku. Tangan kanannya pula memicit kepalaku, cuba mengurangkan kepeningan yang aku alami. Aku memejamkan mata. Namun kemudian, aku terasa seperti perutku berpusing-pusing.

 

"Baek.."

 

"Hmm?"

 

"Nak muntah-" aku mula muntah angin. Badanku rasa tidak selesa dan kalau boleh, aku ingin pesawat ini mendarat sekarang juga. Aku menjarakkan diri dari Baekhyun untuk menegakkan badanku. Rambutku melindungi kawasan mukaku, oleh itu, Baekhyun menolak rambutku ke belakang.

 

"Kan aku dah suruh makan ubat tadi?" bebel Baekhyun sambil mengusap belakangku, sebuah beg plastik sudah berada di tangannya, bimbang jika aku muntah. Aku mencebik, aku juga menyesal tidak makan ubat melawan motion sickness seperti yang Baekhyun sarankan sebelum kami menaiki pesawat. Aku mencapai plastik di tangan Baekhyun lalu aku meletakkannya di depan mulutku. Namun, aku hanya muntah angin. Dan ianya sangat menyakitkan. Aku bernafas dengan kuat.

 

"Baek..nak balik.." rengekku perlahan sambil memandang wajahnya. Baekhyun tersenyum lalu mengusap kepalaku. Tidak dapat tidak, aku menangis. Bukan menangis kerana sedih, aku menangis untuk mengurangkan kesakitan. Aku selalu menangis apabila aku demam atau sakit kepala kerana dengan itu, aku akan berasa lega dan terus tertidur.

 

"Kenapa nangis pulak? Bi, dah nak sampai dah ni," katanya lembut. Aku mengangguk tetapi masih menangis. Dia memandangku dengan kening yang berkerut. "Baek, nanti sampai kau picit badan aku ek?" Kataku sambil menyapu pipiku yang basah dengan belakang tangan. Baekhyun ketawa kecil.

 

"Yalah, nanti aku picitkan. Dah tak payah nangis," dia mencubit pipiku perlahan. Aku mengukirkan lesung pipitku ke arahnya.

 

 

 

"Ibu, saya Siti Nurbaya dari Surabaya. Saya dengar ibu memerlukan urutan. Di mana ya saya harus  mula? Di sini?" Tangan Baekhyun selamat mendarat di atas dadaku.

 

"Baek!!!" Aku menjerit kuat. Baekhyun ketawa lalu melarikan tangannya. Dia sedang duduk di birai katil dengan aku yang terbongkang sepenuhnya memenuhi ruang katil.

 

"Baek, aku tak nak kawan dengan kau selama lima hari,"rajukku lalu terus membelakangkannya. Perangai miang dia daripada dulu tak habis-habis.

 

"Habis tu aku nak kawan dengan siapa?"

 

"Aku tak peduli. Kau pergi kawan dengan dinding," kataku lalu melindungi tubuhku sehingga ke kepala dengan selimut.

 

"Hi, aku Baebae. Nama kau?" Suara Baekhyun kedengaran. Apa yang syaiton ni tengah buat?

 

Aku menarik selimut itu sehingga ke paras hidung lalu berpusing untuk melihatnya. Baekhyun sedang menghulurkan tangannya ke arah dinding. Baekhyun menggigit bibirnya perlahan lalu menarik kembali tangannya.

 

"Bibi, dinding ni bisu la.." Dah tak waras agaknya nampyeon aku ni. Kemudian, Baekhyun berlari riang ke arah slide door lalu melekapkan mukanya pada pintu lut sinar itu.

 

"Bibibibibibibi! Baebae nampak pantai!!!" Baekhyun sengaja mengada-ngada untuk menarik perhatian aku. Rasa mabukku sudah lama berkuranganan.

 

Aku melihat ke luar pintu sambil berbaring di atas katil. Bilik hotel kami menghadap pantai. Cantik. Baekhyun masih terlekat seperti cicak pada pintu itu walaupun aku tidak menghiraukannya. Aku memerhatikan bahagian belakang tubuh Baekhyun.  Belakang t-shirtnya yang berwarna putih itu kelihatan berkedut sedikit. Kebanyakan bajunya berwarna hitam dan putih. Katanya, 'Putih itu suci. Hitam itu bergaya'

 

"Bibibbibiibibibi!! Ada ramai awek pakai bikini! Fuyooooo besarnya..."

 

"Hah, pergilah join dorang. Pergi! Dasar byuntae. Baek gila!" Laungku lalu merengus geram. Baekhyun berpusing melihat wajahku. Dia kelihatan seperti terkedu.

 

"Bibi....Bibi cakap Baebae gila?"

 

"Bibi cakap..Baebae yang naif dan berhati

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...