Extra III

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ubi is a Monster! Baekhyun's POV

 

 

 

Aku mengerang perlahan sambil menggeliat apabila kereta yang aku pandu sampai ke destinasi. Rumahku syurgaku! Wifeuku bidadariku! Heol~

 

Aku mematikan enjin keretaku lalu beredar memasuki rumahku. Lampu di ruang tamu masih terpasang tetapi tiada sesiapa di ruangan tersebut. Bibi dah tidur ke? Ish, mestilah dah tidur. Dah pukul berapa ni. Jam di dinding aku pandang sekilas. Satu keluhan aku lepaskan. Macam ni la nasib badan. Kerja bagai nak rak lepas tu balik lewat. Bila balik, dapat tengok air liur basi Bibi je. Sadisnya kisah hidup aku.

 

Apabila sampai di tangga, aku terfikir sama ada aku hendak pergi ke dapur atau terus ke bilik. Nak makan ke tak nak? Aku sejak pagi tadi tak makan sebab tak sempat. Nak makan ke tak nak ek? Tak apa la, esoklah aku makan. Baik aku naik tengok Bibi dulu. Aku terus memanjat anak tangga dengan laju dan teruja. Bibi, Baebae dah balik! Puih, macam mana la aku boleh reka nama Baebae tu. Memalukan! Nasib baik Bibi cakap nama Baebae tu comel.

 

Oh my bini!

 

Nama pun Yoobi, dia memang tidur buas walaupun dah jadi wanita mengandung. Selimutnya sudah terlondeh sehingga ke lutut dan rambutnya kalah hantu kak Limah. Tapi tak tau kenapa, dia tetap nampak cantik kat mata aku. Aku tersenyum lalu menghampirinya yang sedang lena itu. Nasib baik dia tidur kali ni tak keluar air liur basi. Kebiasaannya memang akan keluar. Aku ketawa kecil.

 

 

" Yah! Cukup-cukup la tidur tu "

 

 " Yah! Kau boleh tak jangan kacau aku Baekhyun? " Yoobi menggeliat kecil dengan mata yang masih terpejam.

 

 " Kau ingat kau siapa? Sleeping beauty? Dah bangun! Kau ingat appa aku nak tunggu kau ke? " Aku menarik selimut yang menutupi tubuhnya.

 

Sleeping beauty? Nak jadi prince! Nak jadi prince! Sleeping beauty la sangat. Sleeping y ada la.

 

Bibi merengus lalu bangun untuk duduk di birai katil. Sat beg plastik aku campakkan ke atas ribanya. Pantadia berpaling ke arah aku.

 

" Apa ni? "

 

" Bra "

 

" Yah! " Dia baling beg plastik itu ke atas lantai. Pipinya mula merah kerana malu.

 

" Itu baju la,  budak senget. Takkan kau nak pakai baju semalam tu lagi? Aku tahu kau tidur keluar air liur basi "

 

" Mana ada! Aku tidur tak keluar air liur basi pun " dia menafikan.

 

" Habis tu kat pipi kau tu apa? "

 

" Mana ada! Kau ni mengarut la! " Tangannya meraba pipinya. Matanya membulat apabila dia menyetuh kesan air liur basi pada pipinya. Comel la dia ni!

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...