•♦..10..♦•

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

" Yoobi-ah "

 

 

 

" Kenapa Minah? " Tanyaku apabila aku dipanggil olehnya. Dia sedang membawa sebuah kotak yang agak besar di tangannya.

 

 

 

" Awak boleh tolong bagi kotak ni kat Chen tak? Dia tengah tunggu kat bus stop depan FSK 1,5 "

 

 

 

" Okay. Kotak apa ni? " Aku mengambil kotak itu daripada tangannya. Berat!

 

 

 

" Barang-barang Joohee. Joohee tu ex-roommate saya. Terima kasih tau tolong. Saya ada hal penting ni. Annyeong  "

 

 

 

" Annyeong " aku melihat Minah yang menjauh. Kotak itu aku pegang kemas lalu aku memasuki perut lif untuk turun ke bawah.

 

 

 

Aku sepatutnya pergi ke cafe untuk minum petang bersama Kai. Mungkin Kai boleh tunggu, bukan lama pun setakat nak hantar kotak ni.

 

 

 

" Chen " kataku dan satu suara serentak. Aku berpaling ke arah suara tersebut. Baekhyun? Ekspresi muka Chen dan Baekhyun jelas menunjukkan yang mereka tidak menyangka aku akan berada di situ.

 

 

 

" Yoobi, apa kau buat kat sini? "

 

 

" Aku yang patut tanya, kenapa kau ada kat sini? Kotak Joohee ni, kau datang nak ambik kotak ni kan? " Aku sudah lama dapat rasakan yang ada sesuatu yang tidak kena. Muka Baekhyun berubah tegang.

 

 

 

" Telefon kau mana? Kau campak kat mana? " Tanya Baekhyun tiba-tiba. Aku mengetap bibir geram. Aku tanya dia, dia tanya aku balik!

 

 

" Kau jangan nak tukar topik. Kenapa kau datang sini, bodoh? " Aku baling kotak itu ke bawah. Lantaklah kalau ada barang yang pecah sekalipun.

 

 

 

" Yoobi! Pecah barang Joohee nanti " Chen pantas mengutip barang itu kembali. Pecah? Aku merampas kotak itu dan sekali lagi mencampakkan kotak itu ke atas tanah.

 

 

" Yoobi! Kau boleh jangan buat perangai macam budak-budak? "

 

 

Sakit. Hati aku sakit. Dia sepatutnya melutut dan minta maaf kerana meninggalkan aku di sini beberapa bulan yang lepas. Tetapi tidak, dia langsung tidak mempedulikan perasaan aku.

 

 

Orang lain yang sedang duduk di kawasan bus stop itu memandang kami dengan penuh hairan. Aku mengutip kotak itu lalu aku baling ke arah mereka-mereka yang memandang aku.

 

 

 

" Korang tengok apa? Korang ingat korang bagus sangat ke? " Aku mula terasa hendak menangis. Dadaku sebak.

 

 

 

" Yah Yoobi, kau dah gila ke? " Baekhyun menarik lenganku supaya menghadapnya. Aku memandangnya dengan mata yang berkaca. Anak mata Baekhyun membesar apabila melihat keadaanku.

 

 

 

 

" Oppa " Baekhyun segera melepaskan lenganku dan menjarakkan dirinya.

 

 

Jantungku terasa seperti berhenti berdenyut.

 

 

 

" Kenapa lama sangat? Chen, mana kotak saya? " Muncul Joohee di situ. Kemudian aku terpandang kad ID yang tergantung pada leher gadis itu. Sebiji sama seperti kad ID Baekhyun. Okay, aku dah faham.

 

 

Baekhyun tipu aku. Dia pindah bukan sebab sunbae halau. Dia pindah sebab nak sama-sama dengan Joohee, bukan sebab aku. Dulu masa masuk U ni pun, dia paksa aku ikut sebab nak sekali dengan Joohee. Tapi dia cakap dia tak ada apa-apa dengan Joohee. Dia tipu!

 

 

 

Dia buat aku macam orang bodoh. Dia pentingkan diri sendiri. Dasar jantan tak guna! Aku benci kau Baekhyun. Aku benci!

 

 

" Joohee, sorry " Chen mengutip kotak itu dan membukanya di depan Joohee. Kotak itu mengandungi bingkai-bingkai gambar yang sudah pecah, jelas sekali gara-gara aku. Hati aku pedih. Bukan kerana bingkai-bingkai yang pecah itu, tetapi kerana gambar-gambar yang terdapat dalam kotak tersebut. 

 

 

" Chen! Macam mana boleh pecah ni? " Kemudian aku tidak mempedulikan apa yang Joohee dan Chen sedang bualkan kerana aku sedang memandang tepat ke arah muka Baekhyun. Kenapa Baekhyun? Kenapa?

 

 

Aku menggigit bibirku, bimbang tangisanku mengeluarkan bunyi. Ya, aku sedang menangis. Jutaan syabas dan tahniah perlu aku ucapkan pada Baekhyun kerana berjaya menjadikan aku pelakon wanita terbaik untuk babak air mata.

 

 

Aku mendekatinya dengar bibir yang tersenyum. Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku. Kenapa aku sedih sangat? Aku dan Baekhyun bukannya bercinta.

 

 

Mungkin, mungkin sebab aku dah letakkan sepenuh kepercayaan aku pada dia. Mungkin sebab walaupun kami berkahwin bukan sebab cinta, aku tak pernah mengharapkan hubungan kami berakhir. Mungkin sebab aku dah terbiasa dengan Baekhyun so aku tak nak kehilangan dia. Mungkin.

 

 

Aku memeluk Baekhyun. Aku dapat rasakannya badannya membeku.

 

" Yoobi, orang tengok " Baekhyun menolak bahuku perlahan. Aku sekali lagi tersenyum. Chen dan Joohee masih lagi sibuk dengan barang-barang yang pecah itu.

 

 

Aku menanggalkan rantai di leherku perlahan-lahan. Rantai ini adalah pemberian Baekhyun untuk perkahwinan kami.

 

 

 

 

" Perempuan! Cepat la pilih " Baekhyun mula bosan kerana aku mengambil masa yang lama untuk memilih cincin. Aku menggigit kuk
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...