•♦..15..♦•

Cinta Monyet
Please Subscribe to read the full chapter

 

" B-baek.. " Hampir luruh jantungku apabila aku sedar yang Baekhyun berada di depanku. Kalau ikutkan hati, aku nak sangat peluk dia. Aku rindu dia. Tapi jangan harap aku akan buat macam tu. Orang lain tak tahu tentang perkahwinan kami. Layak ke hubungan kami ni dipanggil perkahwinan?

 

" Awak kenal kawan saya? " Tanya adik kepada majikanku. Aku menggelengkan kepalaku.

 

" Tak. Beg saya tertinggal kat luar " dalihku. Beg dengan Baek sama ke bunyinya? Gasaklah.

 

" Nama awak? Lama dah ke awak kerja kat sini? "

 

" Lee Yoobi. Saya baru je kerja kat sini beberapa bulan "

 

Baekhyun langsung tak nampak teruja bila nampak aku. Dasar jantan tak guna. Kenapa la aku boleh terjumpa dia kat sini? Jangan cakap kami ada jodoh, aku tak boleh terima.

 

Baekhyun hanya mendiamkan diri tetapi anak matanya liar memerhatikanku. Pandangannya jatuh pada kawasan perutku kemudian dia mengeluh. Apa kes dia ni?

 

" Baek, jom la sambung makan " ajak Byunghun. Majikannya pernah menceritakan tentangnya kepadaku.

 

" Yoobi, tak nak makan sekali ke? " Baekhyun tiba-tiba bersuara. Aku dan dia saling bertatapan. Hati aku, hati aku sakit bila teringat apa yang dia dah buat. Dia abaikan aku, dia pergi dengan perempuan lain.

 

 

" Byunghun, saya pergi tengok Byungchan dulu " aku meminta diri. Aku tidak mahu bercakap dengan Baekhyun. Aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan dia dan biarlah hubungan kami selamanya macam ni.

 

" Okay. Yah Kyeong, jom la " Byunghun menarik bahu Baekhyun untuk mengikutinya ke dapur. Aku menghiraukan mereka lalu terus naik ke bilik Byungchan.

 

Byungchan sedang tidur dengan nyenyaknya. Bibir comelnya sedikit terbuka dengan mata yang tertutup rapat. Aku teringin untuk ada anak yang sihat sebegini. Aku mengeluh perlahan. Air mata yang bertakung di mataku perlahan-lahan gugur.

 

 

Anak aku. Aku berjaya melahirkan dia tetapi dia lahir tidak cukup bulan dan meninggal dunia selepas beberapa hari. Aku tak tahu nak salahkan siapa. Aku rasa macam nak salahkan semua orang. Aku nak salahkan omma, aku nak salahkan ahjussi.

 

Lepas aku kena pukul dengan ahjussi, aku dimasukkan dalam hospital. Aku mengalami pendarahan. Doctor cakap aku sebaiknya gugurkan kandungan tu sebab walaupun aku berjaya lahirkan anak tu, peluangnya untuk teruskan hidup sangat tipis. Aku berdegil, aku tetap nak simpan kandungan aku.

 

Aku tak sampai hati nak gugurkan darah daging aku sendiri. Kalau Tuhan nak ambil nyawa dia sekalipun, biarlah lepas aku berusaha untuk selamatkan nyawanya. Lepas anak aku meninggal, aku pun keluar daripada rumah omma. Aku sayangkan omma aku tapi aku rasa macam orang bodoh. Bodoh sebab aku sayangkan dia walhal dia sedikit pun tak peduli pasal aku. Aku tak tahu apa perasaan aku tentang omma aku. Antara benci dan dendam..entahlah.

 

 

Baekhyun pulak. Dia punca semua yang terjadi. Dia yang memulakan perkahwinan ni, dia yang menyebabkan aku mengandung dan dia meninggalkan aku. Kalau dia ada, aku takkan terfikir untuk balik ke rumah ahjussi. Kalau aku dibuang kolej kerana mengandung sekalipun, aku masih bergantung harap padanya kalau dia tak tinggalkan aku. Tapi sekarang kita tengah cakap pasal Byun Baekhyun. Dia mana la ambil tahu perasaan orang. Dia cuma tahu pentingkan diri sendiri. Pedulikan aku? Jangan mimpi la.

 


 

 

 

Waktu makan malam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
Mintak maaf sangat - sangat sebab dah bagi harapan palsu :") Lily akan unhide balik semua chapters. Sorryyyy. Tiba tiba rasa sayang nak tulis balik walaupun betapa cheesy and cringy cite ni ahahahaha

Comments

You must be logged in to comment
Markielee #1
Gigih aku cari cite ni balik walaupun tak ingat tajuk. Dulu baca nk time darjah 6 do sekarang dah 21 😭
blackdress_
#2
Cerita ni legend sia.
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 49: Lamanya tak bukak fanfic punya akaun nasib ingat lagi cara nak login... Yes finally lily dah bukak balik story fanfic nie rindu nak baca balik.... Nak bercheesy sikit
kimchinana #4
Come back here after reading Seoulmate
chanelangel #5
Congrats in the feature!
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: rindu baekubi~T.T
erasyazana_kookie
#7
Chapter 1: Author~~bila bole baca lagi ff ni... Rindunya nk bca skli lagi ><
KimFaSooBaek
#8
Chapter 1: Haha owh my god gilalah dua org ni....wah seronoknya skrg dpt baca drpd mula seiring dgn writer...