⭐⭐009⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

KENAPA AKU DISINI?

 

Taekwoon mencapai kayu yang berada di kirinya lalu dihayunkan ke arah perempuan itu.

"AHHH!!"

Perempuan itu menjerit kesakitan apabila kayu itu bertemu dengan kepalanya. Wajah Taekwoon dipandang bengis dengan matanya yang merah.

Taekwoon yang sememangnya geram dengan perempuan itu sekali lagi menghayunkan kayu itu ke kepalanya. Mata perempuan itu mula mengalirkan air mata darah.

"AHHH!!!" sekali lagi perempuan itu menjerit kesakitan. Mata perempuan itu tidak lepas dari memandang Taekwoon dan jejaka itu hanya tersenyum sinis.

"Hihihi..." berkerut dahi Taekwoon, Myungsoo, Jin dan Taehyung yang berada di situ tatkala perempuan itu mula mengilai.

Seketika kemudian, perempuan itu menghilangkan diri. Mereka berempat hanya memandang sesama sendiri.

"Mana dia pergi?" soal Myungsoo kehairanan. Masing-masing hanya mampu menjungkit bahu.

"Aku akan kembali..." tiba-tiba suaranya kedengaran. Walaupun bunyinya seakan-akan berbisik, namun mereka dapat mendengarnya dengan jelas.

Taekwoon bimbang. Bimbang yang perempuan itu akan kotakan apa yang dia katakan yang dia akan kembali. Wajah sahabat-sahabatnya ditenung bersilih ganti.

Sedang Taekwoon melayan dunianya sendiri, Jin mendekati Jungkook masih terbaring dengan leher yang dibasahi darah.

“Jungkook! Kau tak apa-apa?” soalnya.

“Hh- Hyung. Darah,” Jungkook menunjukkan tangannya yang dipenuhi darah kepada Jin.

Jejaka itu mengangguk lalu memapahnya bersama Taehyung ke ruang tamu.

“Jungkook!” setibanya di ruang tamu, Bomi yang sudah terjaga terus mendapatkan Jungkook yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Noona, ss- sakit,” adu Jungkook.

Bomi mengangguk. Gadis itu mengarahkan Jin dan Taehyung membaringkan Jungkook dihadapannya. Kepala Jungkook dipangkunya.

"Kau tolong tanya Taekwoon mana first aid,"

“Taekwoon, kau tahu dekat mana first aid?” soal Jin.

Taekwoon mengangguk sebelum berjalan ke dapur sendirian. Tidak lama kemudian, jejaka itu kembali ke ruang tamu dengan membawa semangkuk air, kain dan first aid.

Barang-barang itu kemudiannya bertukar tangan dan Bomi mula mencuci luka Jungkook.

Melihat keadaan yang sudah kembali tenang, Taekwoon melabuhkan punggungnya di sisi Krystal, Naeun dan Yuri yang sudah terlelap di atas sofa.

 

*

 

Sinaran matahari yang menyilaukan membuatkan Taekwoon terpaksa membuka matanya. Jam di tangannya dikerling, jam 7 pagi.

“Korang boleh naik atas bersihkan diri tapi pastikan berteman," ujar Taekwoon sambil memisat matanya. Jin, Taehyung dan Jungkook memandang Taekwoon dan mengangguk. Hanya mereka bertiga sahaja yang tidak dapat melelapkan mata manakala yang lain mengikut jejak langkah Taekwoon.

"Dan aku rasa better korang bawak semua barang turun. Letak dekat dalam bilik tetamu,” sambungnya lagi.

“Benda tu tak kacau ke?” soal Jungkook. Taekwoon hanya menggeleng.

“Yang tu aku tak tahu tapi jangan ke tempat gelap atau

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu