⭐⭐011⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

BAGAIMANA HENDAK TERUSKAN HIDUP INI?

 

Sinaran matahari yang terik tidak menghalang Jin dan Taehyung mencari Naeun di sekitar kawasan halaman rumah. Lalang-lalang di kawasan itu tidaklah tinggi sehingga menenggelamkan mereka tetapi ianya tetap kelihatan menyeramkan.

Jin berjalan sendirian ke pagar meninggalkan Taehyung di belakang.

“Apa ni!?” beberapa minit berlalu dan tiba-tiba suara Jin menerjah ke telinga Taehyung.

“Kenapa ni?” Taehyung berjalan mendekati sahabatnya.

Jin tidak berkata apa-apa, sebaliknya menyunding ke arah pagar. Taehyung melihat ke arah yang ditunding Jin.

“Bermangga?” Jin mengangguk. Dahi Taehyung berkerut. Seingat dia, sewaktu mereka sampai di sini tempoh hari pagar itu tidak bermangga.

Jin membelek mangga yang berkarat itu. Nampak seperti ianya sudah lama dikunci dan lansung tidak boleh dibuka. Taehyung tidak menyentuh mangga itu sebaliknya mengundur perlahan-lahan.

Dia dapat rasakan yang mereka sedang diperhatikan. Matanya meliar ke seluruh kawasan halaman rumah.

“Jin,” panggil Taehyung perlahan. Jin menoleh ke arah Taehyung.

“Kenapa?” soalnya.

“Tu,” Taehyung menyunding sebatang pokok. Pokok besar yang boleh dikategorikan sebagai aneh dan seram. Mereka saling berbalas pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk mendekati pokok itu.

Tiba-tiba, angin bertiup kencang. Langit yang cerah berubah mendung menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja.

“Apa yang berlaku?” soal Taehyung. Jin menjungkit bahu.

“Aku tak tahu dan aku rasa tak sedap hati. Jom masuk,” ujarnya. Taehyung mengangguk. Mereka berpusing ke arah rumah serentak. Namun, mereka tidak melangkah ke hadapan.

Apa yang menghalang jalan mereka ialah perempuan berjubah putih. Wajahnya begitu hodoh dengan kulit yang pucat manakala bibirnya merah menyala. Matanya juga merah. Urat-urat darah tumbul pada lehernya yang lebam kehitaman. Jubah putihnya dibasahi darah.

Mereka berdua tidak berganjak dari tempat mereka berdiri dan perempuan itu mula menggilai.

Perempuan itu berjalan perlahan-lahan menghampiri Taehyung. Wajah tampan jejaka itu ditenungnya.

“Kk- kau nak apa?” soal Taehyung perlahan namun masih boleh didengari oleh perempuan itu.

Perempuan itu tidak berkata apa-apa dan hanya tersenyum sinis. Perut Taehyung perlahan-lahan ditusuk dengan kukunya yang tajam dan panjang.

“Ahh…” perempuan itu mengeluarkan kukunya dari perut Taehyung dan menyebabkan Taehyung melutut di atas tanah.

Perempuan itu meninggalkan Taehyung dan merenung Jin tajam. Senyuman sinis dari bibirnya tidak pernah lekang.

Jin tidak berkutik. Jejaka itu hanya membatu di tempat dia berdiri ketika itu dan matanya tidak lepas memandang Taehyung yang sedang mengerang kesakitan di atas tanah.

Jarak perempuan itu hanya beberapa jengkal daripada wajah Jin. Tangan buruknya membelai lembut wajah jejaka itu dan tangannya berhenti di leher Jin.

 “Hyung!” jerit Jungkook dari muka pintu. Perempuan itu tersenyum sinis sebelum menghilang.

 

 

Pada masa yang sama

“Jessi…” gadis kecil itu tersenyum. Dia perlahan-lahan turun dari almari itu dan mendekati abangnya.

Taekwoon melutut dihadapan kanak-kanak perempuan itu. Ingin sekali dia menyentuh wajah pucat budak kecil itu dan mengusapnya perlahan. Air mata mula gugur dari tubir mata Taekwoon.

Budak kecil menggeleng dan cuba menyeka air mata abangnya sebelum memeluk jejaka itu. Namun semua itu sia-sia kerana mereka kini tidak lagi boleh bersentuhan.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu