⭐⭐EXTRA⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

KENYATAAN?

 

Flashback

Aku menapak ke belakang perlahan-lahan; berharap agar perempuan itu tidak perasan yang aku ingin melarikan diri. Dan nampaknya ianya berjaya. Perempuan itu langsung tdak mengendahkan aku. Aku tersenyum untuk seketika dan terus melangkah. Namun langkah aku terhenti apabila kakiku terpijak sesuatu. Sesuatu yang lembut tetapi sejuk.

Dan apabila aku berpaling ke belakang, sesuatu yang lembut dan sejuk itu ialah mayat. Mayat diri aku sendiri yang dipenuhi kesan cakaran di seluruh badan dengan mata yang terbeliak. Aku tercengang. Otakku ligat mentafsir keadaan sekarang.

Kini, aku faham kenapa perempuan itu sudah tidak mengendahkan aku lagi Ianya kerana aku sebenarnya dah MATI. Air mataku gugur menghempas ke lantai. Aku jatuh terduduk menghadap mayat aku yang berada di hadapan pintu; di mana tempat aku menegur perempuan itu dan baru aku sedar ketika itulah aku sudah mati. - NAEUN [Chapter 2]

 

Flashback

Puas aku berlari dan mencari tapi aku masih berada di dalam bilik ini juga. Tempat yang sama. Tiada apa yang berubah. Kenapa? Kenapa aku tak jumpai jalan keluar? Aku sudah penat. Penat berlari dari semua masalah ini.

Mata aku meliar ke sekitar bilik untuk cuba mencari jawapan untuk misteri ini. Dan soalan itu terjawab apabila aku ternampak sekujur tubuh yang bersandar di belakang pintu bilik ini. Matanya terbeliak, seolah-olah terkejut melihat sesuatu yang mengerikan dan menakutkan. Tak lupa juga tangan kanannya yang hampir putus.

Sekarang, aku tahu yang aku tak akan dapat keluar dari bilik ini kerana mayat itu adalah aku. Dan kini aku terperangkap di dalam bilik ini untuk selama-lamanya. Aku dah MATI! Mati pada malam aku dan Jungkook melihat lembaga hitam di depan pintu bilik kami - JIN [Chapter 5]

 

Flashback

Aku terkejut apabila perempuan itu tiba-tiba sahaja muncul betul-betul di hadapan muka aku menyebabkan hidung kami bersentuhan. Perempuan itu merapati aku sehinga aku terjatuh di atas sofa. Dia kemudiannya tersenyum sinis sebelum menghilang begitu sahaja.

Aku tak faham apa yang dia nak tapi aku tetap lega kerana perempuan itu sudah pergi. Keselamatan aku lebih terjamin sekarang. Namun, kelegaan aku tidak lama selepas melihat sahabat-sahabat aku mula berlari ke sana ke mari seperti melarikan diri dari sesuatu.

“Hey korang. Kenapa korang lari?” soalku. Tapi tiada seorang pun yang mendengar.

Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Kenapa diorang macam tak perasan langsung aku dekat sini?

Nait aku untuk bangun terbantut apabila sesuatu jatuh menghampap badanku. Sesuatu yang mempunyai lembut dan berrambut. Aku mengalihkan rambutnya yang mula jatuh menutupi wajahku dah cuba melihat apa yang menghempap badanku.

And guess what… Apa yang aku nampak sekarang betul-betul membuatkan aku rasa ingin menje

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu