⭐⭐012⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

KENAPA DIA JUGA?

 

Hari sudah senja namun, hujan masih tidak henti membasahi bumi. Para penghuni rumah itu berkumpul di ruang tamu dengan wajah yang masam mencuka.

Fikiran mereka berserabut. Serabut memikirkan cara untuk keluar dari rumah itu dan satu-satunya cara untuk keluar dari rumah itu ialah dengan mencari kunci untuk membuka mangga itu. Tapi, bagaimana? Hendak ke tandas pun sudah susah. Inikan hendak mencari kunci untuk membuka mangga itu.

“Cari kunci tu,” semua memandang Taekwoon yang bersuara. Wajah mereka semakin masam dan kelat seakan-akan mengatakan yang mereka tidak setuju dengan kata-kata Taekwoon.

Kilat dentum-berdentum diluar seperti tidak setuju juga dengan keputusan Taekwoon.

“Hari semakin gelap, semakin bahaya. Tak kanlah kita nak cari juga?” ujar Jin. Mereka semua mengangguk mengiakan kata-kata jejaka itu. Taekwoon menggeleng.

“Tak ada pilihan,” katanya dan kali ini tiada siapa yang berani membantah. Sunyi. Hanya bunyi siulan angin dan hujan di luar menjadi peneman. Mereka semua tunduk menghadap lantai.

“Bergerak dalam satu kumpulan lepas makan,” arah Taekwoon. Mahu tak mahu, mereka terpaksa akur dengan arahan Taekwoon kerena mereka sememangnya sudah tak ada pilihan lain.

 

*

 

Usai makan, mereka bersembilan mula ‘menjelajahi’ rumah itu dan aktiviti itu semestinya diketuai oleh Taekwoon kerana dia adalah satu-satunya manusia yang tahu selok-belok di rumah itu.

Mereka menggeledah setiap bilik dan ruang di rumah itu. Namun, kunci itu tetap tidak dijumpai.

Dan sekarang mereka berjalan menuju ke tempat terakhir mereka. Tempat yang paling sukar untuk mencari. Tetapi, itu adalah harapan terakhir mereka dan mungkin mereka akan menjumpai sesuatu di sana.

Mereka bernasib baik kerana bekalan elektrik tidak terputus pada malam ini. Ini memudahkan kerja mereka. Dengan diketuai oleh Taekwoon, mereka bersama-sama masuk dan mencari di dalam bilik bacaan.

Satu per satu muka surat buku diselak. Rak demi rak dan itu sememangnya kerja yang memenatkan.

“Penatlah macam ni. Sampai bila kita nak cari?” Myungsoo merungut. Buku ditangannya diletakkan kembali ke tempat asalnya.

“Cara ini sajalah harapan kita. Kau buat ajelah. Jangan banyak merungut. Mungkin kita akan jumpa sesuatu di sini,” ujar Jin.

Myungsoo tidak mengendahkan kata-kata jejaka itu sebaliknya berjalan menghampiri rak yang agak tersorok di dalam bilik itu. Ada sesuatu pada rak itu yang menarik perhatiannya.

Myungsoo memerhatikan rak buku itu dari atas sehingga bawah. Rak itu sememangnya agak pelik. Salah satu sebabnya ialah kerana warna rak itu berlainan sedikit dari yang lain dan ianya juga rendah.

“Taehyung, sini kejap,”

“Kenapa?” soal Taehyung sambil berjalan mendekati Myungsoo.

“Tu,” Myungsoo menyunding ke atas, di mana letaknya lambang kunci diukir.

Taehyung mendongak dan melihat ke arah yang ditunjukan oleh Myungsoo.

“Kunci?” soal Taehyung. Myungsoo mengangguk.

Taehyung melihat rak-rak yang berada di sekelilingnya. Warnanya sama dan tidak mempunyai ukiran kunci seperti yang mereka jumpai sekarang.

“Hyung, tolong bawakan tangga tu ke sini,” pinta Taehyung. Jin terus menolak tangga yang berada di sebelahnya kepada Taehyung.

“Kau nak buat apa?” soal Jin. Taehyung tidak menjawab sebaliknya terus memanjat tangga itu sehingga ke ukiran kunci itu.

“Apa yang dia buat?” Jin menyoal Myungsoo pula.

Myungsoo juga tidak menjawab soalan yang diajukan Jin dan hanya menyunding ke atas. Jin memandang ke arah yang ditunding Myungsoo. Matanya dikecilkan supaya dapat melihat dengan lebih jelas.

Taehyung menyentuh permukaan ukiran. Ianya aneh. Terasa seperti ada sesuatu disebalik ukiran itu. Jejaka itu mendekatkan telinganya ke permukaan ukiran sebelum mengetuknya.

"Ada sesuatu di belakang ukiran ni. Tapi, macam mana nak buka?" Taehyung mengumam sendirian dan menggaru kepalanya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu