⭐⭐007⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

MASIH MENCARI?

 

“Urgh… bagus. Sekarang ni aku kena cari dan kumpulkan budak-budak tu lagi sekali,” keluh Taekwoon.

"Tapi budak ni macam mana? Tak kan nak tinggal dia sendirian dekat sini?" gumam jejaka itu. Matanya memandang Bomi yang masih tidak sedarkan diri.

“Takpe. Kau pergilah. Aku jaga dia,” ujar Taehyung yang datang dari dapur. Malas nak difikirkan bagaimana Taehyung boleh berada di situ, Taekwoon mengangguk dan melangkah pergi.

“Kau jangan ke mana-mana. Duduk aje dekat sini,” pesannya.

 

*

 

Taekwoon menapak ke tingkat atas dengan yakin tanpa membawa sebarang alatan. Lampu suluh pun tidak dibawanya. Mungkin kerana dia sudah tahu selok belok rumah ini kerana itulah dia kelihatan amat yakin dengan dirinya.

Jejaka itu memeriksa dari bilik ke bilik dan akhirnya menemui Naeun bersama Jin di dalam bilik air biliknya. Hanya mereka berdua. Tiada yang lain.

Jadi Taekwoon membuat keputusan untuk menghantar mereka berdua dahulu ke ruang tamu dan barulah pergi mencari sahabat-sahabatnya yang lain.

Mereka bertiga berjalan dalam satu barisan menuju ke ruang tamu.

“Taekwoon,” panggil Jin. Taekwoon berpaling ke belakang apabila namanya dipanggil. Namun kakinya masih melangkah ke depan.

“Apa?” balasnya dingin.

“Kka- kau tahu kenapa benda tu kacau kita semua?” soal Jin.

“Kenapa kau nak tahu?” soal Taekwoon semula. Soalan dibalas soalan.

“Tt- tak apalah,”

 

*

 

Mereka bertiga tiba di ruang tamu dengan selamat. Jin dan Naeun terus mendekati dua manusia yang sememangnya sudah berada di situ sejak tadi, Taehyung dan Bomi.

“Korang duduk sini,” mereka bertiga termakus Taehyung mengangguk serentak apabila mendengar arahan Taekwoon.

Melihat anggukan mereka, Taekwoon mula melangkah ke tingkat atas namun langkahnya tiba-tiba terhenti. Taekwoon berpaling ke belakang dan berpesan pada Jin.

“Awasi mereka,”

 

*

 

 

‘Manalah budak-budak ni menyorok,’  Taekwoon mengerling jam tangannya. Tepat jam 3.45 pagi.

Taekwoon melangkah masuk ke bilik bacaan. Keadaan yang gelap sememangnya menyukarkan kerjanya.

Sedang Taekwoon leka memerhatikan kawasan sekeliling, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tangisan. Bunyi tangisan yang amat fimiliar di telinganya dan ianya datang dari bawah meja.

‘Krystal,’ getusnya. Taekwoon mula berjalan ke arah meja itu dan seketika kemudian, dia berhenti. Dia perlu memastikan dahulu tangisan itu benar-benar milik adiknya atau bukan. 'Yup, that's her,'

“Krys, oppa ni. Keluarlah,” panggilnya. Pada masa yang sama, tangisan itu berhenti.

“Oo- oppa?” suara Krystal serak basah kedengaran.

“Yup. Keluarlah,” pujuknya. Krystal merangkak keluar dari meja besar yang berada tengah-tengah bilik itu.

“Oo- Oppa dekat mana? Kk- Krys tak nampak apa-apa. Semuanya gelap,” kata Krystal. Tangannya terkapai-kapai di udara.

“Oppa dekat depan piano,” Taekwoon berjalan perlahan-lahan ke arrah piano yang berada tidak jauh darinya.

“Tapi Krys tak tahu dekat mana piano tu,”

“Come on Krys. This is our old house,”

"Ermm... Tt- tunggu sekejap," Krystal berdiri tegak dan memejam matanya untuk seketika. Cuba untuk mengingati di mana letaknya piano dan seketika kemudian, gadis itu membuka matanya semula. Pipinya sudah dibasahi dengan air mata.

“Kk… Krys tak ingat,” kata gadis itu dalam tangisnya.

“Tak apalah. Krys berdiri dekat situ,” Taekwoon mula menapak ke depan. Berjalan menuju ke tempat adiknya sedang berdiri.

Dia masih ingat lagi bilik itu. Ya, dia ingat semuanya. Setiap barang, perabot, susun serta atur kerusi dan meja di dalam bilik itu. Semuanya sama. Mas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu