⭐⭐016⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

KAU BETUL, AKU YANG SALAH

 

Mereka semua terdiam dan perlahan-lahan menoleh ke belakang. Perempuan itu merangkak secara songsang mendekati mereka. Matanya yang merah menjadi perhatian mereka.

Terkejut? Ya, sudah tentu mereka terkejut. Takut juga tetapi mereka tetap tidak bergerak walaupun seinci. Kaki mereka seperti terkunci di situ. Mata mereka terpaku pada mata merah perempuan itu. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatian mereka.

“Apa kau nak!?” jerit Krystal. Gadis itu berlari dan berdiri betul-betul di hadapan perempuan itu; menghalang perempuan itu dari mendekati kawan-kawannya.

Perempuan itu tidak menjawab sebaliknya dia turut menghilangkan dirinya sama seperti yang Jessica lakukan. Hanya bunyi hilaian yang kedengaran. Lama kelamaan, bunyi hilaian itu semakin kuat.

“Jawablah!!!” Krystal menggengam tangannya membiarkan bunyi hilaian yang menyakitkan itu menyapa telinganya.

“Kenapa kau nak tahu?” bunyi hilaian terhenti dan perempuan itu bertanya.

“Aa- aku…”

Perempuan itu muncul di hadapan Krystal. Keningnya dijungkitkan. Wajahnya dirapatkan dengan wajah gadis itu. Matanya merenung tajam ke dalam anak mata Krystal.

“Kau tak layak untuk hidup,” bisik perempuan itu di telinga gadis itu.

Lengan Krystal dicengkam dan cecair merah mula mengalir keluar.

“La- lari!!!” jerit Krystal. Taekwoon hanya mampu melihat adiknya di cederakan oleh perempuan berjubah putih itu kerana badannya masih lemah.

“La- lari! Lari cepat!” mendengar jeritan Krystal, mahu tak mahu mereka harus lari. Tiada pilihan lain.

Myungsoo menarik Taekwoon untuk mengikut mereka melarikan diri. Taekwoon melangkah dengan langkah yang amat berat meninggalkan adiknya.

“Ahh!!!” Krystal menjerit lebih kuat apabila lehernya digigit. Namun, perempuan itu tidak pula menghisap darah yang mengalir tetapi membiarkan sahaja darah gadis itu membasahi ruang tamu.

Apabila gadis itu jatuh melutut, barulah perempuan itu melepaskan leher Krystal dan menyeringai.

“Apa kau buat pada dia!!??” hanya suara Jessica yang kedengaran namun figuranya tidak kelihatan. Perempuan itu dicampak ke dinding.

“Kau tak guna, Jess!!! Aku akan pas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu