⭐⭐001⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

Selamat datang

 

Taekwoon melangkah keluar dari perut van putih itu dengan wajah yang tiada riak (poker face). Matanya meliar ke sekitar kawasan rumah agam yang tesergam indah dihadapannya sambil berpeluk tubuh. Untuk kesekian alinya, dia mengeluh. Menyesal dengan keputusannya yang menerima cadangan sahabat-sahabatnya untuk bermalam di sini.

‘Rumah ni masih lagi cantik walaupun dah lama ditinggalkan,’ gumamnya sendirian.

“Ugh! Penatnya!” rungut Krystal setelah berjaya melangkah keluar dari van itu. Bahu kanannya ditumbuk perlahan; cuba untuk menghilangkan rasa sengal. Taekwoon hanya melihat gadis itu dengan pandangan kosong.

“Wah! Oppa, tempat ni coollah,” ujar gadis itu dengan senyum manis. Lengan Taekwoon diraihnya.

"Betul tak?" Taekwoon hanya tersenyum nipis.

‘Mian. Oppa harap kamu boleh terima apa yang pernah berlaku di sini dulu,’ 

“Hmm, pergi tolong diorang angkat barang,” Taekwoon meleraikan pautan tangan adiknya sebelum menepuk bahu gadis itu. Gadis itu hanya mengangguk. Taekwoon melangkah sendirian memasuki rumah agam itu sambil menjinjing bagasi miliknya.

 

*

 

“URGH!!! Penatnya!” Taehyung merebahkan tubuhnya ke atas katil. Matanya ditutup rapat. Niat di hati ingin menyambung semula tidurnya yang indah yang tadinya terganggu disebabkan oleh Jungkook melalak tak tentu pasal di dalam van.

“Penat? Kau asyik tidur aje, mana tak penat,” ujar Myungsoo sambil menutup pintu bilik. Beg pakaiannya diletakkan di hujung katil sebelum mengeluarkan kamera Nikon kesayangannya.

"Bisinglah," Taehyung menekup telinganya dengan bantal.

Taekwoon dari tadi hanya duduk dan termenung di birai katil. Hatinya berasa kurang senang berada di dalam rumah agam itu. Dia seperti dapat rasakan yang ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Hyung, aku nak keluar. Nak tengok sekitar rumah ni. Kau nak ikut?” bahunya ditepuk perlahan oleh Myungsoo. 

“Takpe. Kau pergilah sendiri,” Taekwoon menolak dengan baik.

“Okey,” Myungsoo mengatur langkahnya ke arah pintu bilik.

“Aku tak tidur sini. Aku tidur bilik lain,” kata-kata Taekwoon menghentikan Myungsoo dari menapak keluar dari bilik itu. Myungsoo menoleh ke belakang dan memandang jejaka itu dengan dahi yang berkerut.

“Kenapa?” 

“Saja,” hanya itu jawapan yang diberi kepada Myungsoo sebelum Taekwoon mengangkat bagasinya dan berjalan keluar bilik itu. Myungsoo hanya mampu melihat sahaja Taekwoon dan perengai peliknya.

"Hyung sentiasa pelik," bisik Myungsoo. Pandangannya dialihkan ke arah sepupunya, Taehyung, yang sedang tidur nyenyak di ata

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu