⭐⭐021⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

PENGAKHIRAN

 

Sekali lagi mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk entah kali yang ke berapa dan kali ini Myungsoo tidak bersama mereka. Sekejap sahaja waktu siang berlalu kini, hari sudah senja.

Taekwon duduk di atas sofa sambil menyilang kaki. Tangannya mengurut perlahan kepalanya. Otaknya serabut memikirkan tindakan selanjutnya yang perlu diambil untuk menggelakkan lebih lagi kematian. Dia sudah tidak mahu melihat sahabatnya mati di depan matanya. Dia tak sanggup. Mereka tak bersalah tapi mengapa mereka yang dihukum?

Dan jawapan untuk itu ialah ya, dia sememangnya tak akan nampak sahabatnya mati depan matanya kerana mereka dah... MATI!

 

 

Suasana yang tadinya tenang kini tegang. Perempuan itu telah kembali untuk teruskan permainannya yang kini tinggal tidak ramai lagi untuk dinyahaktifkan.

Mereka semua sememangnya tidak menyangka yang perempuan itu akan muncul pada waktu sebegini dan itu sememangnya memberi impak yang besar kepada mereka. Mereka ketakutan.

Tingkap-tingkap yang tertutup tiba-tiba terbuka dan mula melambai-lambai dek ditiup angin kencang. Dedaun kering memasuki rumah melalui tingkap-tingkap yang terbuka dan lampu juga mula berkelip-kelip.

Taekwoon sudah berdiri, begitu juga dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Semuanya hanya mampu menyiapkan mental dan fizikal mereka untuk berhadapan dengan perempuan itu ketika ini. Mereka tahu yang perempuan itu akan muncul di bila-bila dan mana-mana sahaja.

Seperti yang diagak, perempuan itu muncul di atas dinding dalam keadaan merangkak. Rambut kusutnya menutupi keseluruhan wajahnya yang menyebabkan keadaan sekarang lebih menyeramkan.

Gadis-gadis mula berpelukan sesama sendiri manakala jejaka-jejaka, mula mengepal buku lima masing-masing; mencari semula keberanian yang telah menghilang.

"Apa kau nak lagi!? Tak puas bunuh kawan aku!?" jerkah Taekwoon.

Perempuan itu hanya mengilai mendengar jerkahan 'ala-ala bapok' Taekwoon itu. Dia sedikit pun tak gentar dengan Taekwon. Apalah sangat jejaka itu boleh buat? Jerkah sana sini bolehlah. Bunuhnya? Sama sekali tak mungkin.

"Kenapa kau ketawa? Jawablah!" Taekwoon melihat perempuan itu dengan pandangan membunuh. Perempuan itu tersenyum sinis.

'Aku tak ada jawapan untuk semua soalan kau tapi, mereka semua ada,' 

"Jawablah. Kau memang tak guna!" tempik Taekwoon. Dia tidak dapat mendengar kata-kata perempuan itu.

Perempuan itu tersenyum sinis seketika kemudian menghilang dan muncul kembali di hadapan Krystal.

'Dia lebih tak guna dari aku sebab dia ada dalam badan orang lain,' hampir berlubang dahi Krystal kerana ditunjal oleh perempuan tak guna itu.

"Kau yang tak guna," balas Krystal kasar. Gadis itu menapak ke hadapan iaitu menjauhi sahabat-sahabat perempuannya sedikit sebelum meludah di wajah perempuan itu berharap agar perempuan itu naik angin dan mengambil tindakan seterusnya.

Namun, perempuan itu tidak pula menyerang Krystal akibat perbuatannya sebaliknya terbang tinggi dan menghilang.

Dan juga pada ketika itulah Taekwoon baru teringatkan tentang telefon.

'Kenapalah aku tak teringat langsung pasal telefon?'

"Hey, korang. Fon korang ada kan? Cuba call sesiapa dan minta tolong,"

Mereka semua mengangguk dan mula mencari telefon pintar masing-masing. Taekwon juga mula meraba-raba mencari kemanakah perginya telefon pintar miliknya.

"Telefon aku tak ada talianlah. Ah, tak guna betullah," rungut Yuri. Gadis berdiri dan mula mencari talian di sekitar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu