⭐⭐020⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

NAK LARI KE MANA?

 

'Ini semua tak mungkin! Kau tak mungkin tahu!' jerit perempuan itu. Matanya merenung tajam wajah Krystal dan gadis itu membalas renungannya.

'Aku akan bunuh jugak kau dengan apa cara sekali pun,' ujarnya sebelum menghilangkan dirinya.

Krystal mengepal jemarinya. Air mata mula gugur membasahi pipinya. Pandangan matanya kini jatuh pada tubuh kaku Myungsoo.

Perlahan-lahan gadis itu berjalan menghampiri tubuh jejaka itu. Mereka yang lain masih lagi berdiri statik di tempat mereka berdiri. Namun, air mata mereka turun turun membasahi pipi mereka sama seperti Krystal.

 

 

“Sekarang apa kita nak buat?” soal Naeun perlahan. Sahabat-sahabatnya termasuklah Taekwoon tidak menjawab soalan itu dan hanya berdiam diri. Mereka semua masih lagi terkejut dan bersedih dengan kematian Myungsoo.

Mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja tubuh Myungsoo yang ditutup dengan sehelai kain putih yang diberi oleh Taekwoon sebentar tadi. Namun warna putih itu tidak berkekalan dan berubah kepada warna merah kerana menyerap darah yang berada di sekeliling tubuh itu.

Taekwoon meraup wajahnya.

‘Dia musnahkan rancangan aku dan bunuh Myungsoo. Sekarang apa aku nak buat?’

“AHH!!! Aku dah tak tahan. Kau hentikan semua ni!” jeritan Yuri membuatkan semua memandangnya. Tangannya menekup telinga.

“Yy- Yuri, bb- bawa bertenang,” Bomi cuba menenangkan Yuri tetapi usahanya sia-sia. Yuri berlari ke tingkat atas sendirian meninggalkan sahabatnya di ruangan itu.

 

*

 

Angin bersiul dan awan hitam menutupi cahaya matahari yang meronta-ronta untuk memancar di bumi ini. Titisan hujan membasahi tanah. Bunyi guruh berdentum menjadi muzik latar. Semuanya suram seolah-olah turut meratapi pemergian jejaka itu, Myungsoo.

Yuri merenung ke luar jendela. Air matanya turut turun seiringan dengan hujan. Berada sendirian di dalam bilik itu sememangnya bukan satu idea yang baik. Tetapi, hanya ketika dia berada di situ, bunyi bisikan itu berhenti membisik di telinganya.

‘Kenapa semua ni terjadi?’ gadis itu mengeluh perlahan. Tangannya meraup wajahnya.

‘Bila semua ni akan berhenti?’ badannya dipusing menghadap ke bahagian dalam dengan mata y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu