⭐⭐006⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

KENAPA KAMI JUGA?

 

Myungsoo menarik semula selimutnya yang sudah melurut ke bawah. Namun tidak sampai seminit, selimutnya terlurut semula ke bawah. Ianya seakan-akan ditarik oleh seseorang.

Myungsoo membuka matanya dan memandang teman sebiliknya. Taehyung masih dikatilnya. Myungsoo menarik semula selimutnya sehingga ke dada dan merapati Taehyung. Matanya dipejam.

BAMM!! Tak masuk 5 minit dia memejam matanya seseorang membuka pintu biliknya dengan kasar.

"Cepat bangun dan turun bawah sekarang,"

 

*

 

Hujan mula turun membasahi bumi dan ketika itulah hampir semua penghuni rumah itu berada dalam ketakutan kerana asyik diganggu oleh lembaga hitam itu.

Taekwoon membuat keputusan supaya semua berkumpulkan di biliknya untuk mengelakkan gangguan dari lembaga itu dan dengan itu dia jugalah yang terpaksa ‘menjemput’ mereka ke biliknya.

Mereka semua duduk di bilik itu diam tanpa mengeluarkan sebarang kata mahupun bunyi. Sunyi. Hanya bunyi hujan menitis sahaja yang kedengaran. Namun semua itu tak bertahan lama.

“Mana Bomi? Tadi ada kat sini,” soal Taehyung memecahkan kesunyian. Mereka tidak menjawab dan hanya memandang satu sama lain.

“Betul ke tadi dia ada dengan kita?” soal Taekwoon dingin. Mereka semua menggeleng menandakan yang mereka tidak tahu.

“Uu- unnie ada dengan saya tadi,” ujar Naeun perlahan.

“Cari dia,” kata Taekwoon sebelum menapak keluar seorang diri. Mereka yang lain sekadar berbalas pandangan.

"Apa yang kita nak buat sekarang? Tak kan nak duduk saja kat sini?" Myungsoo menyoal. Jejaka itu melihat satu per satu sahabatnya.

“Taekwoon kata cari dia. So, kita tolonglah Taekwoon cari Bomi,” ujar Taehyung.

“Ya, lagipun Bomi tu kawan kita,” kata Jin. Yang lain sekadar mengangguk. Suara mereka seakan-akan pergi bersama Taekwoon sebentar tadi.

“Baiklah, keluar dan cari Taekwoon dulu tapi jangan berpecah,”

 

*

 

Pencarian Bomi pada malam itu bermula sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari bilik itu. Jin sebagai individu yang tertua telah dilantik secara tidak rasminya menjadi ketua pasukan pencarian dan dipaksa mengetuai percarian itu.

“Hyung, apa kata kita cari dekat dapur dulu,” cadang Jungkook. Memandangkan Jin berada dihadapan, d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu