⭐⭐003⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

Kali pertama

 

Jin mengeluarkan sardin dari peti sejuk dan memanaskannya sekejap supaya mudah disapu di atas roti. Dia mengambil roti dan menyapukan sedikit buttercup. Timun yang sudah dikupas, Taehyung potong. Begitu juga dengan tomato.

‘Macam tak complete aje,’ gumam Jin. Dia membuka peti sejuk dan mencari-cari benda yang dicari.

‘Ah! Nasib kau ada dalam peti sejuk ni,’ salad dikeluarkan dan dicuci. Jin memotong sikit salad itu supaya tidak terlalu besar. Susah pula nak makan kejap lagi.

Seperti yang diarahkan oleh Bomi, Jin memasukkan Tupperware berisi sandwich ke dalam bakul yang diperbuat daripada rotan. Cantik! Beberapa botol Coke dicapai bersama sembilan biji cawan dan memasukkannya ke dalam bakul. Begitu juga dengan snek dan strawberi.

Jin menggangkat bakul itu dan meletakkannya di tepi pintu keluar rumah tersebut. Bomi tiba dengan segulung tikar.

“Dah siap?” soal Bomi.

“Aku ngan Taehyung dah. Yang lain tak tahu,” jawab Jin dengan bahunya dijungkitkan. Taehyung hanya mengangguk.

“Kami semua dah siaplah! Dah ada kat luar pun!” jerit Jungkook dari luar. Jin dan Taehyung hanya memandang Bomi sambil tersengeh.

“Kau kunci pintu,” arah Bomi. Tangannya menghulur segugus kunci kepada Jin.

‘Dah la aku sediakan makanan, aku jugak kena kunci pintu,’

“Kaulah yang kunci pintu,” Jin meletakkan gugusan kunci itu di dalam poket baju Taehyung.

“Aku pulak. Kaulah,” kata Taehyung sambil mengambil gugusan kunci itu dan meletakkannya di atas tapak tangan Bomi.

“Kaulah,”

“Tak-tak. Kau yang kena kunci. Kami sediakan makanan, kau kunci pintu pun malas?” kata Jin kepada Bomi.

“Tak nak! Kaulah!”

“Aku? Kaulah!”

“Aku tak nak!”

"Aku pun tak nak,"

“Oppa, kalau cam ni kan bila kita nak gerak?” kata Krystal separa berbisik kepada abangnya. Taekwoon merengus kasar sebelum berjalan menuju ke budak bertiga itu.

“Sini kunci,” Taekwoon berkata dengan wajah yang ketat.

Mereka bertiga terdiam. Kunci di tangan Jin itu kini sudah berubah tangan. Taekwoon menggoyangkan tangan kanannya, gayanya seperti menghalau mereka bertiga keluar dan mereka akur. Tanpa banyak bicara, Taekwoon menutup pintu tanpa melihat ke dalam tetapi pintu itu tidak bergerak sama sekali.

‘Apa benda pulak ni. Tersangkut ke?’

Taekwoon memusingkan badannya supaya dapat berhadapan dengan pintu itu. Tombol pintu diperhatikannya. Lama.

"Rambut?" ada rambut yang tersimpul disitu. Jejaka itu menjenguk ke dalam. Seorang perempuan sedang berdiri di ruang tamu sambil tersenyum sinis dan rambut yang membelit tombol pintu itu ialah miliknya.

Taekwoon merenung perempuan itu tajam seperti bertanya padanya 'Apa masalah kau?'.

“Hyung, cepatlah. Nanti kita lambat,” suara Myungsoo membuatkan Taekwoon berpaling ke belakang dan merenungnya tajam. Myungsoo segera tunduk memandang tanah dek gerun dengan renungan hyungnya.

Taekwoon merengus kasar. BAMM! Pintu itu disentap kasar.

“Dah. Jom,”

 

*

 

 “Akhirnya, sampai jugak rumah. Penatnya!” Jungkook menghayun kakinya menuju ke sofa berdekatan yang berada di ruang tamu setelah berjaya menjadi orang pertama yang memasuki rumah. Baru saja matanya hendak dipejam, Jin menarik tangannya.

“Aku rindu bilik, jom naik,” kata Jin. Jungkook menggeleng.

“It’s you, not me. But, kenapa aku kena ikut sekali? Aku nak duduk kat sini. Plis... anybody help me,”

Jin langsung tidak mengendahkan kata-kata Jungkook terus mengheretnya masuk ke dalam bilik mereka.

“Saya pun nak naik bilik dulu. Nak bersihkan badan,” kata Bomi sambil melangkah menaiki tangga. Krystal berlari-lari anak mendekati Bomi.

“Unnie! Nak ikut,”

 

 

“Penakut rupanya Jin hyung tu,” kutuk Myungsoo. Tubuhnya direbahkan di atas sofa di ruang tamu yang bertentangan dengan televisyen. Alat kawalan jauh televisyen dicapai.

“Kau baru tahu ke?” soal Taehyung yang juga melabuhkan punggungnya di sebelahan sepupunya. Mereka berdua tersenyum.

“Woi! Kutuk aku ek! Aku dengar la!!” laung Jin dari biliknya. Taehyung dan Myungsoo memandang satu sama lain.

“Owh. Ingatkan tak dengar. Dah pekak,” ujar Taehyung selamba.

"Siap korang nanti,"

"Hyung! Lepaskan aku! Aku nak turun!"

"Kau duduk diam!"

"Pfftt... yang tu lawak," kata Taehyun separa berbisik lalu merampas alat kawalan jauh dari tangan jejaka yang berambut hitam pekat itu, Myungsoo.

“Tak ada cerita yang best pun. Aku nak keluar jap,” Myungsoo bangun dan terus melangkah keluar.

“Hmm... pergilah. Aku malas,” balas Taehyung. Myungsoo mengangguk tanpa memandang ke arah Taehyung. Kini Taehyung bersendirian di ruang tamu.

 

 

“Betul cakap Myungsoo. Semua cerita tak best. Bosan betul,” rungut Taehyung. Alat kawalan jauh yang tadi berada di tangan kini sudah mencium dinding dek dibaling oleh jejaka itu. Bengang barangkali.

DUMM!! Baru sahaja Taehyung ingin melelapkan matanya, sesuatu jatuh di dapur. T

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu