⭐⭐017⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

KALIAN MILIK AKU!

 

Sinaran matahari mula merobos masuk ke bilik bacaan melalui tingkap-tingkap yang ada. Jam sudah menunjukkan jam 7.30 pagi. Namun, perempuan itu masih tidak berhenti membuat masalah. Bilik itu sunyi. Hanya kedengaran bunyi kicauan burung-burung yang melalui kawasan itu sahaja.

Sekali lagi mereka telah melangkah masuk ke bilik bacaan itu dan kali ini Yuri telah mengunci pintu masuk bilik itu. Mereka semua hanya memandang antara satu sama lain tanpa suara.

Mereka sudah buntu. Rupanya mencari jalan keluar dari rumah itu lebih susah dari apa yang mereka jangka. Semuanya menjadi lebih teruk apabila ada antara mereka yang cedera. Naeun mula menangis sambil memeluk lutut.

 “Sekarang, apa kita nak buat? Tak kan kita nak duduk sini dan hanya menunggu kita semua dibunuh?” katanya dengan nada yang perlahan.

“Naeun, janganlah macam ni,” Bomi cuba menenangkan Naeun. Tangannya mengusap lembut bahu Naeun.

“Saya dengar semuanya. Perempuan itu nak bunuh kita! Kita semua!! Dan semua ni tak kan berlaku kalau kita tak ke rumah ni!!” Naeun menepis tangan Bomi yang memegang bahunya dan berdiri.

“Korang nak ke mati dekat sini!?”

“DIAM!!!” jerkah Taekwoon.

Naeun tersentak.

“Jj- jadi … apa kita nak buat?” soal gadis itu sebelum mengundur beberapa langkah ke belakang dan jatuh terduduk. Bomi menghampiri Naeun dan menenangkannya sekali lagi.

“Aku… aku tak tahu,” Taekwoon menggeleng.

“Kita kena cari kunci tu,” kata Taehyung yang kini sudah boleh berdiri tanpa bantuan. Keadaan dia badannya sudah semakin baik akan tetapi, kaki kanannya masih sakit.

“Nak cari kunci apa pula kali ni?” soal Myungsoo yang berdiri tidak jauh dari Taehyung. Tangannya disilangkan ke dadanya.

“Aa… aku tak tahu. Tapi aku pasti aku ada nampak satu lagi kunci dalam rumah ni,”

“De- dekat ma- mana?” soal Naeun sambil menahan sedu.

“Aku tak ingat dekat mana,” Taehyung memegang kepalanya. Matanya dipejam rapat. Cuba untuk mengingati di mana dan bila dia ternampak kunci itu.

“Tu mungkin kunci untuk buka pagar depan?” kata Jin. Mereka semua memandang Jin dengan riak muka yang keliru.

“Macam mana kau tahu?” pantas Yuri menyoal. Dia kelihatan sangat cemas. Mungkin kerana ibunya yang sedang cuba membunuh mereka semua. Tombol pintu dipegang erat.

“Bertenang, Yuri,” ujar Bomi lembut.

“Apa? Aku kata mungkin,”

“Dan kau rasa dekat mana kita nak carinya?”

 

*

 

“Tepi,” Krystal menolak Jungkook dan cuba untuk bangun sendiri.

“Biar aku tolong kau,” Jungkook cuba membantu Krystal. Namun, Krystal menepis tangan Jungkook.

“Tak perlu. Aku boleh lakukan sendiri,” katanya dengan nada yang dingin. Krystal berdiri

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu