⭐⭐002⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

Siapa dia?

 

“Jadi malam ni, apa yang kita nak buat?” soal Yuri dengan penuh semangat. Namun soalannya disambut dengan bunyi cengkerik, krik... krik... Tiada seorang pun yang menjawab soalannya.

Rancangan yang ditonton mereka sudah sampai di penghujung rancangan dan televisyen juga sudah ditutup tetapi mata mereka masih lagi melekat pada skrin rata televisyen itu.

"Apa nak jadi korang ni?" rungut Yuri dengan mulut muncung.

"Kejaplah! Orang tengah fikir ni,"

.

.

.

.

.

.

"Lamanya korang fikir,"

“HAH!" Jungkook menergah dengan wajah yang sungguh riak mengmpan semua yang berada di situ memandangnya.

"Wey... terkezut tau," 

"Apa kata kita bertukar-tukar cerita tentang hantu. Aku tahu korang mesti ada banyak ceritakan?” Jungkook memberi tahu ideanya. Anak matanya melirik ke arah Jin.

Jin menjongkitkan bahunya. “Aku on je. Korang amacam?” 

Oleh kerana ingin mengelakkan berita 9 remaja mati kebosanan masuk berita malam esok, mereka bersetuju untuk menyertai aktiviti itu kecuali Bomi yang sudah terlelap di atas sofa.

 

 

“Pada satu malam yang sunyi lagi indah dan dingin. Malam yang disirami cahaya bulan yang terang-benderang seterang disuluh spotlight. Suasana yang sunyi dihiasi oleh bunyi indah cengkerik pada malam itu telah dikotori oleh jeritan seorang pondan.

Bunyi itu datang dari arah timur laut iaitu dari sebuah rumah lama yang di diami oleh seorang nenek muda yang poyo lagi kerepot. Jadi aku, Kim Taehyung yang hensem lagi kiut miut riut kut kut kut, dengan pantasnya berlari dengan kelajuan kereta F1 yang sedang meluncur laju di atas sungai yang beku di kutub mana entah menuju ke rumah tersebut. Pintu rumah yang tersegam seram itu terbuka dengan luasnya. Hurm… sebenarnya pintu itu dah hilang. Kena makan ngan anai-anai tak silap aku,” Taehyung sang pencerita yang pertama berhenti seketika untuk mengambil nafas.

Mendengar Taehyung memulakan cerita karutnya, remaja-remaja itu hanya mampu menggeleng. Nak tak nak, mereka harus mendengar cerita Taehyung atau dia akan menangis. Dalam ramai-ramai itu, hanya seorang sahaja yang berminat mendengar cerita Taehyung dengan penuh bersemangat, Jeon Jungkook.

“Then? Then? Apa yang kau buat?” gesa Jungkook.

“Kejaplah. Aku nak ambik nafas ni,”

“Cepatlah,”

“Okey! Kemudian, dengan penuh berhati-hatinya aku melangkah masuk dengan megahnya bagai seorang model yang tidak diiktiraf dunia. Aku berjalan menuju ke dapur iaitu dari arah jeritan itu datang. Aku tercengang apabila melihat seorang nenek sedang duduk mencangkung sambil menangis dekat depan peti sejuk yang diimpot dari Afrika.

Tiba-tiba, dia memalingkan mukanya ke arah aku. Kalau kiut tak apa jugak, ni hodoh nak mati! Mulut dia penuhi dengan darah. Apple dekat tangan dia pun penuh dengan darah. Tambahan lagi, untuk pengetahuan korang, dekat apple tu ada beberapa batang gigi yang terlekat dekat situ.

Dan tidak semena-mena, dia membaling apple itu dan berdiri. Then, dia mula berjalan ke arah aku. Apa lagi, aku menjeritlah dengan kiut plus ayu,” cerita Taehyung terhenti lagi.

“Lagi-lagi-lagi,”

“Pastu, nenek tu tegur aku dalam loghat utara ‘Oi, ang pasai pa?’. Mau tak terkejut beruk aku dibuatnya. Dia semakin dekat dengan aku. Semua bulu kat badan aku dah mula meremang terutama bulu roma. Tiba-tiba, nenek tu jatuh tersungkur dek kain dia terlekat pada pintu peti sejuk. Nenek tu mengaduh kesakitan kemudian lenyap di awangan. Ha... okey. Tu ayat hiperbola. Back tu the story.

Aku pun ambil kesempatan itu untuk cabut lari sebelum nenek tu comeback dan akhirnya, aku berjaya balik dengan selamat. So, begitulah ceritanya,”

“Rumah tu rumah siapa sebenarnya?” tanya Krystal sambi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu