Girl Scouts Summer Camp
Description
Kita selalu baca cerita tentang si gadis dalam kelompok jejaka-jejaka handsome dan menyamar menjadi seorang lelaki, seperti drama To The Beautiful You. Tapi, pernakah korang terfikir macam mana sekiranya si jejaka pula terperangkap dalam kalangan gadis-gadis?
PROLOG
Perlahan-lahan tangan si ketua memegang cawan polsterin yang menjadi perhatian semua remaja di meja itu.
“Harap sangat bukan aku yang kena,” gumamnya perlahan.
“Baiklah. Aku bukak ni,” ujarnya sambil memandang wajah sahabat-sahabatnya yang mula berubah pucat.
“Slow-slow hyung,” si kepala ungu menarik baju si ketua.
“Aku tahulah! Shuut, aku nak concentrate ni, ” si kepala ungu mengaduh apabila tangannya diketuk.
“Sapalah yang cadang main game ni?” rungut si ketua. Perlahan-lahan tangannya mengalihkan cawan yang menekup 3 biji dadu yang akan menentukan antara hidup dan mati maruah seorang lelaki.
Hanya sebiji dadu yang berada di atas meja manakala 2 biji lagi jatuh mencium lantai. Dan dadu itu menunjukkan nombor…
2
“OMO!” mereka hanya memandang dadu itu sekilas dan menerpa ke arah dadu-dadu yang jatuh ke lantai meninggalkan si pemegang kad bernombor 2.
“TIDAAAKK!! Kenapa nombor aku,” dengan pipinya yang kembung dipenuhi pau, pemegang kad pertama menjeriti. Dadu yang pertama diangkat menghadap wajahnya.
“Kenapa? Kenapa? Kenapa kau keluar malam ni. Kenapa tak haritu? Waktu aku nak kau, kau busy memanjang. Kau d…”
Sementara itu, dadu kedua jatuh ke lantai menunjukkan simbol ‘+’. Masing-masing memandang sesama sendiri. Tekak mereka terasa perit.
Dadu yang terakhir jatuh ke bawah menuruni tangga dan masih tidak berhenti berputar. Mereka semua sudah tidak mengendahkan dadu yang sebelumnya kerana mangsa kedua dan ketiga akan ditentukan dengan dadu yang terakhir.
Mereka terus mengikut dadu yang berputar itu ke tingkat bawah dan akhirnya ia berhenti berputar. Dan nombor yang terpapar padanya ialah…
7
“WAHHHHH!!!” jerit mereka yang terselamat serentak seperti memenangi loteri. Bukan main girang lagi melompat. Dua pemain yang tidak bernasib baik berpelukan sambil menangisi kekalahan mereka.
“TIDAKKKKK!”
“Teima kasih sebab dah selamatkan aku, hyung,” bahu jejaka genit itu ditepuk si kepala ungu.
2 kalau di’+’ dengan 7 akan dapat 9.
“Kenapa last-last kena dekat aku juga?” si cantik merengus dengan wajah duck-face.
Ini bermakna pemegang kad 2,7 dan 9 akan mengadapi denda yang terakhir.
“Byee guys. See three of you after summer camp,” ketiga-tiga pemegang kad yang tidak bernasib baik memandang sesama sendiri.
“Opsss… lupa pulak. It is Girl Scouts Summer Camp,”
“TIDAAAKKKK!”
CHARACTERS
SI KEMBUNG
SI GENIT
SI CANTIK
PENTAGON MEMBER AND OTHER will coming soon.
Foreword
Hi, readers! Harap korang akan suka cerita ni.
-starlight_miss-
Comments