⭐⭐018⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

TAK PUAS LAGI?

 

“Krystal!” Bomi meluru ke arah Krystal dan memeluknya dengan erat.

“Syukurlah kamu tak apa-apa,” ujar Bomi. Belakang badan Krystal digosok perlahan. Jungkook hanya memandang mereka berdua dengan pandangan kosong. Krystal memandang juga Jungkook dengan pandangan kosong.

“Kamu okeykan? Unnie risau sangat dekat kamu tahu tak. Perempuan tu pergi mana? Macam mana kamu halau dia?” soal Bomi bertubi-tubi. Namun, Krystal tidak berkata walau sepatah pun.

“Krystal?”

“Sudahlah tu. Kesian dia. Aku tengok tak bernafas dah budak tu,” tegur Jin. Jejaka itu berjalan menghampiri sofa dan melabuhkan punggungnya.

“Biarlah!” Bomi meleraikan pelukan dan memandang Jin tidak puas hati.

“Dan satu lagi, kau memang tak nampak or buat-buat buta?” soal Jin agak kasar. Tangannya disilangkan ke dada manakala keningnya dijungkitkan.

“Maksud kau?”

“Maksud aku? Betulkan balik ayat kau tu,”

“Uh?”

“Apa maksud kau yang dia tak apa-apa? Badan dia dipenuhi kesan calar, tangan kanannya dibasahi darah, leher dia juga luka teruk. Tu yang kau kata tak apa-apa?”

“Suka hati akulah. Krystal, jom ikut unnie. Unnie nak cuci luka tu,” kata Bomi lembut. Gadis itu mengangguk perlahan.

Jungkook melihat Krystal sehingga susuk tubuh gadis itu hilang di sebalik pintu. Jejaka itu mengeluh perlahan sebelum meraup mukanya.

“Kau okey?” soal Myungsoo. Jungkook menggeleng perlahan. Taehyung yang dipapah olehnya diletakkan bersebelah dengan sleeping Jin sebelum mendekati Jungkook.

“Uh? Kau nangis ek?” soal Myungsoo sambil tersenyum. Jungkook menggeleng laju.

“Tak adalah,”

“Betul ke?” Jungkook menggeleng.

“Jom teman aku cari makan. Aku laparlah,” ajak Myungsoo. Jungkook mengangguk dan mereka berdua berjalan ke dapur bersama-sama meninggalkan yang lain di ruang tamu.

“Urm… Nak ikut,” Naeun yang turut berasa lapar membuntuti Jungkook dan Myungsoo ke dapur.

Yuri masih tidak jemu memandang lantai. Kakinya menguis-nguis lantai. Mungkin gadis itu masih rasa bersalah tentang ommanya.

Jin pula sudah terlena di atas sofa manakala Taehyung membelek kakinya. Seluarnya diselak hingga betis dan menampakan luka yang besar dan lebam yang banyak pada kakinya. Tak hairanlah dia tidak boleh berjalan atau berdiri lama kerana kakinya juga cedera teruk.

Taekwoon merenung tajam ke arah pintu bilik yang dimasuki oleh Krystal dan Bomi. Dia seolah-oleh tahu yang dalam tubuh adiknya itu bukan Krystal tetapi orang lain. Jessica.

Walaupun dia tidak tahu keben

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu