⭐⭐005⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

AMARAN!

 

Bilik kecil yang sempit itu kini gelap-gelita. Semua cermin dan tingkapnya tertutup dengan hamparan kertas dan surat khabar lama untuk cahaya masuk.

Seorang gadis duduk memeluk lutut di suatu penjuru bilik itu. Rambutnya kusut-masai dan matanya yang sembab kehitaman kerana berhari-hari tidak melelapkan mata. Wajahnya kelihatan begitu ketakutan. Tubuhnya terketar-ketar.

Mata gadis itu memandang liar ke arah pintu. Dia benar-benar takut. Takut ‘dia’ datang. Pada daun pintu itu kelihatan bekas parang menusuk beberapa bahagian. Tombol pintu kemik dan tidak berbentuk. Beberapa kepingan kayu dipaku bersilang, seolah-olah mahu pintu tertutup terus untuk memastikan ‘dia’ tidak dapat masuk.

Sejarul cahaya merebus masuk dari bawah daun pintu. Pantas gadis itu bangun lalu dicapai gulungan-gulungan surat khabar dan kertas sebelum menerpa semula ke pintu. Dengan tangan terketar-ketar kepanikan, gadis itu menutup bawah pintu dengan kertas-kertas tersebut.

Keadaan gelap-gelita dan senyap sunyi sekarang. Hanya helaan nafasnya yang turun naik dan degupan kuat jantungnya yang kedengaran ketika itu. Dadanya berdenyut kencang sehingga terasa menyesakkan. Fikirannya tidak keruan ketika dia terus berteleku di tempat yang sama. Matanya masih memandang tidak berkelip ke arah pintu, tidak berani dialihkan. Dia takut akan apa yang datang jika dia terleka. Takut akan apa yang akan muncul di depan matanya.

Jam berdetik, seiring dengan helaan nafasnya yang turun naik. Ketakutan semakin menguasai diri apabila telinganya menangkap bunyi seretan kaki di depan bilik. Entah apa yang mendorongnya, perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke tingkap. Penuh berwaspada, gadis itu menyelak hamparan kertas yang memutup cermin tingkapnya.

Ketika itu juga dia terpandang sepasang mata besar merenung tajam. Suara mengekeh mengiringi renungan tajam itu.

 

‘Air pasang pagi, surut pukul lima

Nyonya bangun pagi siram pokok bunga

Pokok bunga melur tanam tepi pantai

Itik bertelur, ayam mengeram…

Jaga-jagalah…

Aku akan datang…’

 

Nyanyian yang berulang-ulang dan mendayu-dayu bergema di dalam bilik itu. Gadis itu menutup telinganya rapat-rapat dengan kedua-dua belah tangannya. Tidak sanggup mendengar suara itu. Walaubagaimanapun, suara itu masih mengiang-ngiang di telinganya.

Sebaik nyanyian itu terhenti dan suasana kembali sunyi. Rasa seram sejuk menyelubungi kawasan sekeliling. Rasa sejuk yang menusuk sampai ke tulang.

SREET! SREET! SREET!

Kedengaran bunyi seretan kaki di atas lantai simen diiringi hilaian yang menerpa gegendang telinga. Suara nyaring itu mendayu-dayu itu lagi dan sekarang seolah-olah ‘dia’ sudah berada di dalam bilik itu.

Daun pintu yang terkunci rapat tiba-tiba terbuka.

Gadis itu tersentak. Matanya terbel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu