⭐⭐019⭐⭐

Don't Be Scared
Please Subscribe to read the full chapter

 

AKAN KU  CARI PENGGANTIKU

 

“TAK GUNA!!!” jeritnya lalu merangkak menghampiri mereka dengan sangat pantas. Mereka semua terdiam dan menoleh ke arah perempuan itu.

 Leher Taehyung dicakar menyebabkan darah tidak henti keluar dari luka itu.

“Ah!” Taehyung mengaduh.

“Apa yang kau nak lagi!?” Jungkook menapak ke hadapan dengan wajah yang bengis. Perempuan itu hanya menyeringai sebelum menghilang.

“Kk- ke mana dia pergi?” soal Yuri sambil melihat sahabat-sahabatnya satu per satu.

Belum sempat Jungkook menjawab, tiba-tiba mata gadis itu terbeliak. Seolah-olah terkejut dan ketakutan melihat sesuatu.

Gadis itu itu perlahan-lahan bangun dan berundur, menjauhi Myungsoo yang berdiri tidak jauh darinya. Badannya terketar-ketar.

“Pp- perem… puan tt- tu,” katanya perlahan. Matanya tidak lepas memandang Myungsoo.

Mereka pelik melihat reaksi Yuri turut memandang Myungsoo. Mata mereka juga terbeliak.

Perempuan itu muncul di sebelah Myungsoo, badannya bermandi darah. Perempuan itu meletakan kepalanya ke bahu jejaka itu sebelum menyeringai memandang Yuri seolah-olah gembira dapat bertemu semula dengan anaknya. Seringai yang mengerikan mempamerkan gigi-gigi kecilnya yang kuning.

“Kenapa? Takut melihat ibumu, anakku?” soalnya sinis. Yuri mengeleng. Tangannya menekup telinga.

“Diam! Kau bukan omma aku! Omma aku masih hidup! Ya, dia masih hidup…”

Perempuan itu merangkak meninggalkan Myungsoo yang sudah jatuh melutut dan mendekati anaknya, Yuri.

Mata mereka semakin membulat melihat cecair merah pekat mula mengalir membasahi baju Myungsoo. Pasti perempuan itu yang menikam Myungsoo dari belakang. 

“Kk- kena… pa?” soalnya sebelum jatuh menghempas lantai. Darahnya mula membanjiri lantai ruang makan itu.

“Mm- Myungsoo,” Naeun menekup wajahnya. Kesal kerana tidak mampu berbuat apa-apa. 

“Kau memang tak guna!” Krystal menerpa ke arah perempuan itu yang sedang menindih Yuri. Lantas tubuh perempuan itu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Yeah! Ff ni dah nak sampai ke penghujungnya!

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 25: Wow!! Rupanya dorang dh mati tapi xsedar.. Lahai., senang je nk bunuh pompuan tu., asal taekwoon xbuat dari awal.. DAEBAK authornim ツ
ShyRedBeans
#2
Chapter 23: Omgg macam mana perempuan tu boleh bunuh diorang? T.T tiba2 teringat cerita 'Karak' bila baca cuz kawan-kawan dia tk sedar yg diorg dah mati huhu