Cinta Pertama Part 2

War between the clan

 Mata JaeJoong terbuka dan melihatkan HyeGyo yang sedang lena tidur di dalam pangkuannya. Tersenyum dia apabila melihatkan raut wajah HyeGyo yang seperti anak kecil ketika tidur. Perlahan dia mengucup lembut dahi gadis itu membuatkannya dia mulai terjaga daripada tidurnya. HyeGyo yang lena dibuai mimpi terjaga apabila cahaya mengenai sedikit wajahnya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihatkan wajah JaeJoong yang sedang tersenyum ke arahnya.

 

Dia mulai menutup mukanya dengan selimut kerana terasa malu akibat perkara malam tadi. JaeJoong tertawa kecil lalu menarik perlahan selimut tersebut. " Don't be shy.." beritahunya dengan lembut dicuping HyeGyo lalu mengucupnya. " Are you regret it??" tanyanya dan gadis itu hanya mengeleng. " Good, because last night was a perfect moment for me..." beritahu JaeJoong dengan ikhlas.

 

Flashback

 

Hujan itu turun seolah tiada hentinya, tidak berhenti membasahi bumi. " Look like I have to stay here tonight.." beritahu JaeJoong. HyeGyo segera menyediakan selimut serta bantal untuk lelaki tersebut. Di letakkan selimut dan bantal tersebut pada sebuah sofa di biliknya.

 

" Selamat malam, my love..." beritahu JaeJoong setelah berbaring pada katil buatan.

 

" Selamat malam Jae oppa..." kedengaran dengkuran kecil lelaki tersebut. Matanya mulai ingin terpejam apabila kedengaran bunyi guruh membuatkan dia terjaga. Satu perkara yang paling dia takuti iaitu bunyi guruh dan kilat.Tubuhnya terasa kaku dan anak matanya mulai bergenang dengan air mata.

 

JaeJoong tersedar dari tidurnya apabila sekali lagi bunyi kilat berdentum di kaki langit. " HyeGyo, kwenchana???" tanyanya dan gadis tersebut langsung tidak menjawab pertanyaannya. JaeJoong segera menghampiri katil HyeGyo dan melihatkan terdapat sedikit air  mata di pipi HyeGyo.

 

Segera dia memeluk tubuh kekasihnya sambil mengungkapkan kata-kata supaya dapat menenangkan HyeGyo. " Jangan takut, oppa akan menemani kamu.." beritahunya lantas kedua tangannya menutup kedua cuping telinga HyeGyo supaya gadis tersebut tidak takut.Dikucupnya air mata HyeHyo

 

She must be totally scared.....

 

Jarak wajah mereka terlalu dekat dan JaeJoong dapat merasakan nafas gadis tersebut mengenai pipinya membuatkan jiwa lelakinya bergelora apatah lagi dengan hanya mereka berdua berada di dalam bilik tersebut. Dia juga manusia biasa, kadang kala berkali-kali JaeJoong menahan dirinya apabila berduaan dengan  HyeGyo ketika mereka berdua bersendirian. Dia cuba untuk menyingkir perasaan tersebut. Perlahan-lahan bibirnya bertamu dengan bibir HyeGyo.

 

Dirinya seolah tidak dapat mengawal perasaannya, apatah lagi dengan tindakan HyeGyo yang semakin mendekatkan tubuhnya pada dirinya. JaeJoong memandang ke arah HyeGyo yang tersenyum ke arahnya lantas gadis itu mengucup bibirnya .  Malam itu  mereka berdua telah bersatu atas nama cinta...

 

                     


 

HyeGyo memasuki pintu gereja perlahan-lahan. Rambutnya dibiarkan terlerai dan beralun serta di hiasi dengan bunga-bungaan. Dia memakai gaun pengantin sehingga ke paras lutut dan tampak ringkas namun terserlah kecantikannya. Anak matanya tidak lepas daripada memandang ke arah JaeJoong yang melemparkan senyuman ke arahnya.

 

images?q=tbn:ANd9GcTI5gdv55nthY6ScZNzi-L   images?q=tbn:ANd9GcRbd10X-hDKhK3SKINsyxw

JaeJoong memakai sut berwarna putih menampakkan dirinya begitu segak sekali. Dia tidak menyangka bahawa lelaki tersebut sanggup bertanggungjawab terhadap kandungannya. Ya, kejadian pada malam tersebut, HyeGyo mendapati dirinya telah hamil anak JaeJoong.

 

Orangtuanya amat mengesali tindakannya kerana menconteng arang ke muka mereka dan mengusirnya keluar dari rumah. Dan kini dia bakal disatukan dengan pemuda yang dia cintai namun tanpa kehadiran orang tuanya. Di hadapan paderi, mereka berdua melafazkan ikrar masing-masing sebelum sah menjadi suami isteri.

 

JaeJoong mengucup bibir HyeGyo yang telah sah menjadi isterinya  dengan penuh kasih sayang setelah dia menyarungkan cincin pada jari HyeGyo.  JaeJoong berjanji bahawa dia akan  berusaha untuk memberi kesenangan pada HyeGyo serta anak yang berada di dalam kandungannya.

 

 

Mereka berdua berpegangan tangan setelah keluar daripada gereja tersebut. HyeGyo tiba-tiba dapat merasakan ada sesuatu yang yang sepertinya akan terjadi dan ternyata dugaannya benar sekali apabila kemunculan seorang wanita. Dan dia menyedari siapakah wanita tersebut.

 

Vampire......

 

" Who are you???" tanya JaeJoong.

 

" I came to kill her..." beritahunya dan dengan sekelip mata wanita tersebut berdiri di hadapan HyeGyo lantas mencekiknya. JaeJoong terkejut dengan kehadiran wanita tersebut yang datang tanpa diundang malahan mencuba untuk mencederakan isteri yang baru dikahwini.

 

HyeGyo membaitkan satu rangkap sihir membuatkan wanita tersebut melutut kesakitan dan dia serta JaeJoong melarikan diri daripada wanita tersebut. " Who is she???" tanya JaeJoong.

 

" Oppa" jeritnya apabila melihatkan satu bebola api yang menghampiri mereka. HyeGyo menolak tubuh suaminya ke tepi namun bahunya yang tercedera. Darah meleleh dari bahu gadis itu.

 

" HyeGyo, kwenchana???"" tanya JaeJoong. Maelihatkan darah yang mengalir dari tubuh HyeGyo membuatkan dia takut.

 

" Oppa, kamu pergi dulu...Biar saya uruskan mereka. Kamu tunggu saya di tempat biasa. Disana mereka tidak dapat menghampiri kamu.." beritahu HyeGyo. JaeJoong menolak cadangan isterinya.

 

" No....kita berdua kena pergi bersama..Oppa khuatir kamu dan anak kita akan tercedera." beritahunya.

 

" Just go....kami berdua akan selamat dan tunggu kami..Ppalli." dengan hati yang berat, JaeJoong terpaksa melarikan diri meninggalkan HyeGyo sendirian melawan Makhluk berdarah sejuk tersebut.  HyeGyo mengungkapkan sihir supaya makhluk tersebut tidak dapat menghampiri suaminya.

 

" Where is he???" tanya wanita itu apabila melihatkan HyeGyo sendirian.

 

" Kenapa? Langkah mayatku dahulu. Dia tidak bersalah."

 

" Dengan senang hati, sorcerer.." dan perlawanan antara HyeGyo serta wanita tersebut berlangsung tanpa ada hentinya. Keduanya sama kuat dan sama hebat. Dengan ketangkasan HyeGyo dapat mengelak serangan bertubi-tubi namun dia membawa satu nyawa malahan tubuhnya semakin agak lemah.

 

Dia harus mencari taktik bagaimana untuk melepaskan diri daripada makhluk tersebut. 

 

 

                   

 

JaeJoong gelisah menunggu kehadiran isterinya. Hampir beberapa jam bayang isterinya tidak kelihatan. Dia berharap tidak ada sesuatu yang buruk terjadi pada isteri serta anaknya. Dari kejauhan, dia melihat seorang wanita yang menghampiri. " HYEGYO!!!!!" jeritnya lantas dia memeluk tubuh isterinya.

 

Thank god she saved.....

 

 

" Please jangan buat keputusan seperti itu lagi." beritahunya lantas mengucup kedua belah pipi HyeGyo sebelum memeluk kemas isterinya.

 

 

Namun tanpa dia sedari wanita tersebut tersenyum dan tidak menyedari bahawa wanita yang dia sedang dakap kini bukannya isterinya tetapi makhluk berdarah sejuk... 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha