Rahsia ataupun Kebenaran

War between the clan

 

 

KyungSoo menunjukkan perasaan tidak puas hati apabila mengetahui bahawa EunByul dan SungYeol semalam keluar bersama di taman tema. Betapa membara hatinya mengetahui hal tersebut. Dia benar-benar tidak berpuas hati. 

Seharusnya masa EunByul hanya untuk dirinya kerana gadis tersebut merupakan pendampingnya bahkan dia tidak mempercayai bahawa makhluk berdarah sejuk itu tidak akan melakukan hal yang tidak sepatutnya kepada gadis itu.

 

HaNeul duduk ditempat yang selalu dia duduk. Sudah beberapa hari mereka semua pulang, entah mengapa dirinya tidak dapat melupakan bayangan pemuda itu. L, nama pemuda itu. Mengapa dirinya sering mengingati lelaki itu sedangkan dia hanya pernah menemui pemuda itu dua kali sahaja.

Just imagine, twice only.....

But why????

Still I remember his face


Apakah perasaan yang dia alami sekarang sebenarnya perasaan kasih terhadap seorang lelaki. 


Mustahil. 


Tidak mungkin itu terjadi. 

Terlalu awal untuk dia berfikiran sedemikian. HaNeul hanya mengeleng kepala lantas mengeluh perlahan.

"Apa yang kamu keluhkan itu?" suara YongGuk semakin menghampiri lalu melabuhkan punggungnya disebelah HaNeul." Apa kamu rindukan suasana diSeoul?" tebak lelaki itu.HaNeul hanya membisu sahaja tidak membalas pertanyaan lelaki yang duduk disebelahnya.

" Oppa, apakah mereka semua menyedari bahawa dunia yang mereka tinggal sebenarnya terdapat pelbagai kejahatan di luar sana?" YongGuk hanya tersenyum mendengarkan kata-kata gadis bersebelahannya.

"Kenapa kamu bertanya sedemikian? Tahukah kamu kadangkala kejahatan telah lama berada didalam hati setiap manusia, cuma kadangkala ada yang berhasil menghapuskan kejahatan dihati mereka dan ada juga yang gagal."beritahu pemuda itu dengan yakin.

" Dan mereka yang gagal menghapuskan kejahatan mereka selalunya diracuni oleh Demon, yang selalu ingin menghancurkan manusia." ujarnya lagi."Tentu juga ada malaikat pelindung yang sentiasa membantu manusia yang sentiasa ditimpa musibah." beritahunya lagi.

' Malaikat pelindung' mendengarkan kata tersebut entah mengapa hatinya terasa sejuk sekali. Terasa ada seseorang yang sentiasa menjadi pelindung dirinya. Memandang wajah lelaki yang berada disebelahnya, HaNeul yakin bahawa YongGuk akan selalu menjadi malaikat pelindungnya.

 

Bulan mengambang menyinari kepekatan malam dinihari, namun manusia kadang kala tidak menyedari bahawa kepekatan malam itu telah pun di cemari dengan kejahatan. Kejahatan yang sentiasa mencari manusia yang lemah lantas menjadi sesuatu makhluk yang jahat.

Dan malam itu berlakunya lagi pembunuhan yang akan terjadi.Seorang lelaki yang berusia pertengahan 40-an dengan berpakaian sut, menangisi nasibnya yang malang.

Dirinya ingin membunuh diri dengan mengantung diri di sebatang pohon yang tinggi berdekatan dengan hutan. Baru sahaja dirinya ingin menjatuhkan kerusi yang sedang dia berdiri, dirinya melihatkan ada satu cahaya dan kedengaran suara sang kanak-kanak.

Melihatkan cahaya itu, segera dirinya mencari cahaya tersebut. Perlahan kakinya meredah hutan dan apabila dia semakin hampir, ada beberapa kanak-kanak sedang bermain di luar halaman. Tidak merasa takut ketika bermain di situ.

'Ada rumah tradisional di hutan ini, malahan satu keluarga tinggal di situ. Tidak takutkah mereka dan bisakah mereka tinggal di rumah itu walaupun sekarang ini zaman telah berubah.'

Seorang kanak perempuan melihat ada seorang pak cik sedang memandang mereka lantas dia memanggil atuknya yang sedang duduk beristerehat. " Kenapa kamu berada disitu? Marilah ke sini?" ujar lelaki tua itu sambil melambai, menyuruh lelaki itu masuk ke rumahnya.

Lelaki itu segera mengorak langkah tidak menyedari bahawa dirinya telah menempah maut di dunia kejahatan. Tanpa menyedari bahawa kejahatan akan memakan dirinya.



MyungSoo hanya mengorak langkah berjalan tanpa mempedulikan apa yang sebenarnya sedang di katakan oleh hyungnya. "Yah Kim MyungSoo!!!!" jerit WooHyun apabila melihatkan MyungSoo langsung tidak mempedulikan dirinya.

MyungSoo menuju ke arah bertentangan daripada menuju ke Mansion, dia benar-benar tidak dapat menerima penyataan apa yang telah SungGyu ceritakan kepada dirinya. Untuk dia mendengar kisah yang sebenarnya. Agak perit untuk dia menerima kebenaran.

Dia benar-benar benci akan kehidupannya yang penuh dengan kepalsuan. Apakah hidup dia tidak akan ada kebahagiaan langsung.Mengapa apabila dirinya mulai mendapat sinar bahagia, kemudian akan ada derita yang menimpanya.

Dirinya benar-benar akan membenci cerita sebenar yang diberitahu oleh hyungnya, apakah perasaan ayahnya sekiranya mengetahui cerita sebenarnya. Apakah akan semakin membenci dirinya dan ibunya pasti akan mencari jalan untuk menghapuskan EunByul sekiranya mengetahui tentang gadis itu,

Andwae, I cannot let them know about it.

Never

"Kim MyungSoo?" suara yang benar dia kenali." Apa yang kamu buat dekat sini sendirian?" Di taman inilah, pertemuan pertama antara dia dengan EunByul. Melihatkan gadis yang berada dihadapannya membuatkan dia ingin sahaja mendakap gadis itu dan menangis dibahunya.


Mencurahkan segala kedukaan yang berada di hatinya
 

Mengapa takdir benar-benar tidak menyebelahiku


Melihatkan MyungSoo yang langsung tidak menjawab pertanyaannya, EunByul mengeluh perlahan.Tidak tahu bagaimana untuk membuatkan pemuda yang berada di hadapannya bersuara.Sememangnya dia mengetahui bahawa MyungSoo sukar untuk mendengarkan suaranya, malahan disekolah jarang sekali bersuara.

" Apakah orang tua kamu melayani kamu dengan baik?"  EunByul terkebil-kebil matanya apabila mendengarkan suara MyungSoo." Adakah orang tua kamu mengasihi kamu dan sentiasa berada di samping kamu ketika kamu sakit ataupun menangis." 

Sedikit tidak mengerti mengapa tiba-tiba MyungSoo bertanya sedemikian kepada dirinya. Pabila dia melihat raut wajah pemuda itu yang kelihatan begitu sugul, EunByul beranggapan bahawa mungkin MyungSoo mempunyai masalah dengan orang tuanya.

"Kamu tahu kadang kala omma pasti akan memarahiku sekiranya saya melakukan kesalahan namun saya menyedari mengapa omma akan memarahiku kerana dia tidak ingin saya melakukan hal sedemikian lagi. Saya yakin orang tua kamu juga begitu"

" Kita sebagai anak seharusnya mengerti, mengapa orang tua kita kadang kala memarahi kita. Mereka hanya ingin kita gembira." beritahu EunByul lagi.

If only you know that how complicated of my family. My father, who hate my mother and his son. Of course he will hate me, because my mother do something that changing his life forever. 

Mereka berdua hanya duduk langsung tidak berbicara dan melihat matahari yang mulai terbenam, malam pula semakin menghampiri. EunByul hanya tersenyum kearah pemuda disebelahnya. Melihatkan EunByul yang ingin beredar, MyungSoo turut mengikutinya dari belakang.

"  Kamu nak hantar saya pulang? "melihatkan MyungSoo yang berhenti apabila dia turut berhenti berjalan. Dia melihat tangan lelaki itu yang menyuruhnya terus berjalan. Pabila dia hampir tiba di perkarangan rumahnya, MyungSoo terus berjalan ke arah yang berlainan,

" Kumao MyungSoo-yah...and good night" beritahu EunByul perlahan, menyangkakan lelaki itu langsung  tidak mendengarnya.

" Good Night to you too, EunByul-ah..." MyungSoo berhenti apabila mendengarkan ucapan gadis itu dan dia terus mengorak langkah apabila  mendengar pintu pagar rumah  EunByul tertutup.

 


 

HaNeul melihat bulan mengambang bersinar-sinar menerangi kepekatan malam. Dia melihat YongGuk yang sibuk berlatih di perkarangan rumah agam. HimChan yang sedang membawa minuman tersengih melihatkan gadis itu yang sedang mengelamun lantas disergahnya gadis itu.

" Bwohae?" HaNeul terkejut apabila mendengar suara HimChan dari belakang." Ohh, uri HaNeul sedang melihat buah hatinya rupanya..." melihatkan pipi gadis itu yang kemerahan, mindanya mulai ada rancangan.

" HaNeul-ah, boleh tak kamu bagi minuman ini kepada YongGuk? Oppa ada benda kena buat dekat dapur." Segera dia memberi minuman tersebut kepada HaNeul tanpa sempat gadis itu berbicara apa-apa. Dia menghembus nafas kuat melihatkan HimChan yang meninggalkan dirinya sendirian lantas mengorak langkah menuju keberadaan YongGuk.

" Oppa...."  YongGuk segera berpaling apabila mendengarkan suara HaNeul. Melihatkan gadis itu, terukir senyuman di bibirnya.Dia berhentikan latihannya lalu menuju ke arah gadis itu." For me?" HaNeul mengangguk kepalanya sambil tersenyum.

Perlahan YongGuk menyisip minumannya sambil anak matanya melirik ke arah gadis yang berada di depannya.  Melihatkan lirik mata pemuda itu yang tidak berhenti memandang ke arahnya, HaNeul menggigit bawah bibirnya. Merasa malu dengan pandangan mata YongGuk yang memandang dengan penuh cinta.

Dan tiba-tiba entah mengapa ada satu bayangan kabur yang menerpa di mindanya. Untuk seketika dia memejam matanya lantas memicit kepalanya mencuba untuk mengurangkan rasa kesakitan itu. YongGuk yang melihatkan gadis yang berada di hadapannya kelihatan sedikit pucat segera bertanya apakah HaNeul okey.

" Kwenchana oppa, sebenarnya saya..." mendengarkan pertanyaan HaNeul, YongGuk hanya mendiamkan diri. Tiada suara keluar dari bibir lelaki itu. Hanya kedengaran bunyi cengkerik serta deruan angin. Melihatkan pemuda itu berdiam diri, dia hanya mengeluh perlahan menyedari reaksi YongGuk.

" It's okay, oppa. I understands..." beritahunya sambil mengukir senyuman namun dia menyedari bahawa YongGuk hanya tersenyum hambar.JongUp muncul di saat suasana sedikit kekok, tidak menyedari langsung akan suasana tersebut.

" Hyung...Noona....Nampaknya ada tugas baru lagi." beritahunya kepada mereka berdua. Mereka bertiga lantas menuju ke Mansion dan melihat yang lain telah pun berada di ruang tamu. Messager yang telah lama berkhidmat segera menghulurkan surat kepada YongGuk setelah dia tiba.

Demon giving comforts and happiness
Before they devours human
Demons called Saega

" Dan tugasan ini untuk HaNeul serta YongGuk" beritahu Messager itu, sebelum dia menghilang kembali ke tempat asalnya.YongGuk dan HaNeul saling berpandangan apabila mendengar apa yang baru sahaja di katakan oleh Messager tersebut.

 


 

Where am I right now? 

Berada ditempat asing namun seolah-olah dia mengenali tempat itu

Who calling me?

Sepertinya mengenali suara itu, tetapi siapakah dia?

Why? 

Suaranya benar-benar membuatkan diriku tertanya-tanya

And why his voice totally drawned me? 

Seolah-olah tubuhku berjalan mencari pemilik suara tersebut

Who are you actually?

Dia melihat ada bentuk tubuh lelaki yang menghampirinya, tetapi ada cahaya yang terang membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas raut wajah lelaki tersebut


EunByul lantas terjaga apabila bunyi loceng berdering dengan nyaring sekali." What a strange dream?" gumamnya sendiri setelah menekan butang pada locengnya. Dirinya terus membersihkan diri dan terus bersiap-siap ke sekolah. EunByul mencuba untuk mengingati kembali mimpinya, namun entah mengapa mimpinya semakin terasa kabur dimindanya. Dan dia melupai mimpi tersebut akhirnya.

 

 

 

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha