Imbasan minda

War between the clan

Seorang kanak-kanak perempuan melarikan diri daripada musuh yang sedang mengejarnya.Pakaian yang tersarung ditubuhnya agak kotor namun masih lagi terserlah kecantikan yang dimiliki oleh anak kecil itu.Selama kehidupannya,dia dilarang keluar daripada kediamannya namun anak kecil itu mengingkari perintah keluarganya dah kini dia harus menanggung akibat kedegilannya sendiri. 

 

images?q=tbn:ANd9GcRkm5tmzqUryhm2ixE7dAt

 

Dirinya telah pun berhasil keluar daripada kawasan hutan itu dan kini dia berada di kawasan tempat tinggal manusia. Deria tajamnya dapat menghidu bau yang begitu enak yang datangnya daripada manusia.Bau darah manusia yang segar membuatkan dirinya begitu dahaga.Kemudian anak kecil itu bertembung dengan sepasang suami isteri bersama bayi.Mereka sedang beristerehat di sebuah taman.Dirinya tidak dapat menahan nafsunya itu lalu taringnya muncul disebalik pinggir bibirnya.

 

Melihatkan pasangan suami isteri tersebut yang masih tidak menyedari akan kehadirannya.Perlahan dia menghampiri tanpa sebarang bunyi.Anak kecil semakin mendekati apabila suami wanita tersebut mendukung tinggi bayinya.Sejenak langkahnya terhenti.Anak matanya hanya memandang wajah bayi lelaki itu yang tersenyum ke arahnya.

 

images?q=tbn:ANd9GcR3c1oINY2rNv1i1r4D9ar

 

Melihatkan bayi itu, dia terkaku memandang bayi itu yang sedang tertawa membuatkan bibirnya tanpa disedari mengukir senyuman.Senyuman yang indah.Dia hanya memerhatikan pasangan suami isteri tersebut yang perlahan beredar dari kawasan taman itu. * Goodbye, baby....*

 

Dan semenjak dari hari itu,dirinya sentiasa memerhatikan bayi itu yang semakin hari semakin membesar.Kadang kala dia menyelinap masuk lalu mengusap lembut ubun-ubun rambut budak itu.Entah mengapa dirinya dapat menahan hawa nafsunya daripada menghisap darah budak lelaki itu. 

 

Melihatkan kanak-kanak lelaki itu yang sedang lena tertidur, hatinya berbunga bahagia. * Membesarlah kamu menjadi seorang pemuda yang  kacak dan menjadi pendamping hidupku selamanya.* Gumamnya sendirian sebelum dia beredar apabila mendengarkan derapan tapak kaki orang tua kanak-kanak lelaki itu.

 

Dirinya tersenyum melihatkan kanak lelaki itu membesar menjadi seorang anak lelaki yang menghormati orangtuanya, sentiasa mesra dengan orang yang lebih tua bahkan kanak lelaki itu seorang kanak-kanak yang pintar disekolah.Dia begitu bangga sekali dengan kanak-kanak lelaki itu yang bertahun diperhati olehnya selama ini.

 

 

Lapan belas tahun kemudian kanak-kanak itu membesar menjadi seorang pemuda yang begitu kacak bahkan menjadi salah seorang Kingka di sekolahnya.Dirinya sibuk memerhatikan pemuda itu di sekolahnya tanpa disedari oleh para pelajar.Dia melihatkan pemuda itu sedang sibuk bermain bola keranjang dengan teman-temannya namun kemudian dia dapat menghidu musuh tradisinya turut berada di situ.

 

" Witch" anak matanya memerah kegelapan apabila melihatkan seorang gadis sedang menuju ke arah pemuda yang dia cintai. Tangannya mencengkam sebatang pohon sehingga meninggalkan bekas apabila melihatkan kemesraan gadis itu dengan pemuda yang dia cintai.

 

" DIA MILIKKU DAN AKU AKAN PASTIKAN DIA BERADA DISAMPINGKU SELAMANYA!!"  wajahnya penuh dengan kemarahan lalu pergi dari kawasan itu apabila melihatkan gadis ahli sihir itu seolah mendengar suaranya.

 

 

 


 

Hatinya membentak melihatkan kemesraan diantara JaeJoong bersama buah hatinya yang sedang bersiar-siar di persekitaran HongDae.Hatinya membuak kebencian melihatkan JaeJoong mengucup bibir musuhnya itu dengan penuh kasih sayang.

 

* THAT KISS ONLY FOR ME AND YOU'RE MINE, JAEJOONG!!!!ONLY MINE!!!!*

 

"Saya boleh bantu kamu untuk mendapatkan lelaki itu" muncul seorang pemuda yang tidak dia kenali.

 

" SIAPA KAMU????" Dengan kasar suaranya bertanya. Dia langsung tidak dapat menghidu siapakah pemuda asing yang berani mengganggunya. Tidak takutkah pemuda itu jika tahu siapa dirinya yang sebenarnya.

 

" I know who you are, Your highness princess from the kingdom of Vampires, Princess Boa." anak mata Boa tajam memandang pemuda yang mengetahui akan asal usulnya. Dengan sepantas kilat dia mencuba untuk membunuh pemuda itu namun sekelip mata pemuda itu hilang seperti ditiup angin.

 

Kedengaran tawa sinis dari arah belakangnya namun pabila Boa berpaling, tubuhnya terangkat dari tanah malahan dirinya langsung tidak dapat bergerak seperti ada tangan ghaib yang sedang memegangnya. " Kamu tidak bisa mengalahkan aku dengan sifat kebencianmu malahan aku bertambah lebih berkuasa." ujarnya lagi.

 

Boa terjelepuk di atas tanah setelah hampir beberapa minit kemudian, dirinya terus bertanya siapakah diri pemuda itu yang sebenarnya. Pemuda itu langsung tidak menjawab pertanyaan gadis itu namun dia mencangkung supaya anak matanya bertembung dengan anak mata Boa.

 

Melihatkan wajah gadis itu yang terkaku, dirinya tersenyum sinis melihatkan perubahan kelakuan Boa. " Aku bisa membuatkan lelaki itu menjadi milikmu dengan satu syarat" dibibirnya terukir satu senyuman sinis apabila dengan begitu pantas Boa bertanya apakah syaratnya itu.

 

" Satu saat nanti baru akan aku beritahu.." tubuhnya menghilang tanpa sebarang bayang dan Boa hanya terduduk di situ...

 

 

 



 

KEBAHAGIAAN KALIAN BERDUA AKAN DIAKHIRI DENGAN KEMATIAN!!!!!

 

Boa melihat JaeJoong serta HyeGyo berpegangan tangan keluar dari sebuah gereja lama. Boa tersenyum sinis apabila wajah HyeGyo berubah melihat dirinya berada dihadapannya. 

 

" Who are you???" tanya JaeJoong pada Boa.

 

" I came to kill her..." beritahunya dan dengan sekelip mata Boa berdiri di hadapan HyeGyo lantas mencekiknya. JaeJoong terkejut dengan kehadiran wanita tersebut yang datang tanpa diundang malahan mencuba untuk mencederakan isteri yang baru dikahwini.

 

Boa melutut kesakitan apabila HyeGyo membaitkan satu rangkap sihir dan dia serta JaeJoong melarikan diri daripada genggamannya. " Who is she???" tanya JaeJoong pada isterinya apabila mereka berdua melarikan diri daripada Boa.

 

" Oppa" jerit HyeGyo apabila melihatkan satu bebola api yang menghampiri mereka dan dengan sepantas kilat dia menolak tubuh suaminya ke tepi namun bahunya yang tercedera. Darah mulai meleleh dari bahu gadis itu.

 

" HyeGyo, kwenchana???"" tanya JaeJoong. Melihatkan darah yang mengalir dari tubuh isterinya membuatkan dia takut.

 

" Oppa, kamu pergi dulu...Biar saya uruskan wanita itu. Kamu tunggu saya di tempat biasa. Disana mereka tidak dapat menghampiri kamu.." beritahu HyeGyo. JaeJoong menolak cadangan isterinya.

 

" No....kita berdua kena pergi bersama..Oppa khuatir kamu dan anak kita akan tercedera." beritahunya.

 

" Just go....kami berdua akan selamat dan tunggu kami..Ppalli." dengan hati yang berat, JaeJoong terpaksa melarikan diri meninggalkan HyeGyo sendirian. Anak mata Boa merah kehitaman apabila dirinya dapat menghidu bau darah daripada ahli sihir tersebut.

 

" Where is he???" tanya Boa apabila melihatkan ahli sihir tersebut keseorangan. 

 

" Kenapa? Langkah mayatku dahulu. Dia tidak bersalah." balas HyeGyo.

 

" Dengan senang hati, sorcerer.." dan perlawanan antara Boa serta wanita tersebut berlangsung tanpa ada hentinya. Keduanya sama kuat dan sama hebat. Boa melawan HyeGyo namun wanita tersebut begitu tangkas mengelak serangan bertubi-tubi yang dia serang. 

 

Dirinya tertipu dengan tipu helah ahli sihir tersebut. Dirinya sebenarnya telah berlawan dengan bayang wanita tersebut bukannya dengan jasad HyeGyo. Dia menjerit kemarahan kerana gagal untuk memusnahkan wanita itu.

 

" Tuan Puteri kalah dengan ahli sihir itu??" hati Boa membara apabila muncul pemuda sama yang menjanjikan bahawa dirinya akan memiliki JaeJoong tapi apa hasilnya. Lelaki yang dia cintai berkahwin dengan musuhnya.

 

DIA TIDAK RELA.....JAEJOONG HANYA MILIKNYA SEORANG. DAN DIA AKAN PASTIKAN HAL ITU TERJADI.

                   

 

JaeJoong gelisah menunggu kehadiran isterinya. Hampir beberapa jam bayang isterinya tidak kelihatan. Dia berharap tidak ada sesuatu yang buruk terjadi pada isteri serta anaknya. Dari kejauhan, dia melihat seorang wanita yang menghampiri. " HYEGYO!!!!!" jeritnya lantas dia memeluk tubuh isterinya.

 

Thank god she saved.....

 

 

" Please jangan buat keputusan seperti itu lagi." beritahunya lantas mengucup kedua belah pipi HyeGyo sebelum memeluk kemas isterinya.

 

 

Boa tersenyum lebar apabila dia berhasil mengabui anak mata JaeJoong. Dirinya tersenyum sinis kerana lelaki yang dia cintai kini berada didalam genggamannya. Seorang pemuda turut tersenyum sinis sebelum menghilang apabila dia berhasil membantu Boa.

 


 

Disebuah hutan terdapatnya sebuah danau yang begitu indah apatah lagi dengan adanya anak air terjun yang menjadikan danau itu begitu indah sekali. Kawasan tersebut tidak diketahui oleh manusia hatta makhluk-makhluk berdarah sejuk ataupun manusia serigala kerana danau tersebut telah pun dipagari dengan sihir oleh YongGuk membuatkan tiada sesiapa pun yang dapat melihat ataupun memasukinya melainkan hanya ahli sihir. 

 

images?q=tbn:ANd9GcT2Dbrik-M3rG8D4mZOLF8

 

Haneul sedang berdiri diatas sebiji batu besar sambil memejamkan kedua belah matanya sambil bibirnya terkumat kamit perlahan. Langsung tidak diendahkan tempias air terjun yang mengenai tubuhnya. Perlahan-lahan terbentuknya molekul-molekul air daripada danau itu.Dia kini sedang belajar untuk mengawal elemen air. Setiap ahli sihir mesti mahir mengawal keempat-empat elemen iaitu Tanah, Air, Angin serta Api. Dia hanya tinggal perlu menguasai elemen air.
 

Dirinya mencuba untuk mengawal elemen air tanpa dia sedari bahawa setiap elemen harus dihormati sehingga dia tidak sedari bahawa kawasan danau tersebut mulai mengalirkan pelbagai cahaya.

 images?q=tbn:ANd9GcTMK0dAZBZ9i6mo-noKA0u

 

YoungJae yang melihatkan perubahan air di danau tersebut, dia mulai bertindak cepat membisikkan sesuatu membuatkan HaNeul terpelanting akibat gelombang air yang begitu kuat. " Auchhhh" HaNeul mengerang kesakitan kerana tubuhnya terlempar jauh hampir mengenai sebiji batu yang besar namun dia dapat elakkan dengan mewujudkan gelombang udara dan dirinya perlahan-lahan mendarat ditanah.

 

" YAH, YOO YOUNGJAE!!!! JUGULLE!!!" marah HaNeul.

 

" Pleasee, noona tak apa-apakan. Lagipula siapa suruh noona tidak concentrate betul-betul. Semangat air marah sebab noona langsung tidak menghormatinya."  HaNeul hanya menjeling marah pada YoungJae." It's late, baik kita balik sekarang sebelum HimChan hyung histeria." ujarnya. Satu portal terbuka setelah  YoungJae selesai membaca satu sihir. Kedua mereka memasuki portal cahaya tersebut lalu tubuh mereka menghilang.

 

 

 

 

 

 


 

XingGirlLove says : sorry for a laaate update after all the heart breaker news..our main author currently having a mental breakdown and i'm here to filling her absence.so this chapter is telling how JaeJoong end up marrying Boa although he's not willing to.

 

HannahYeolS says : *cough* i'm here still alive -_-

                               But still...one of my bias is dating someone *sobs* (crying on the corner)

 

 

Random facts about oc name :

Song Ha Neul : Sky                                      

Shin Eun Byul : Star

If the name bring up together it means galaxies.And guess that i just figure this and make me missing Kris more.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha