Serious Complication about you and me

War between the clan

 

 

SungGyu berjalan tanpa arah, mendengarkan apa yang sebenarnya baru berlaku di sekolah temannya membuatkan entah mengapa hatinya berbelah bagi. Dia benar-benar sedikit terkejut dengan kehadiran HaNeul secara mendadak namun pabila MyungSoo memberitahu tentang sikap gadis tersebut, kemungkinan HaNeul  telah mengetahui identiti sebenar dirinya dan sahabatnya.Namun bagaimana mungkin, gadis itu dapat mengetahuinya. 

Angin meniup dengan perlahan dan langkahnya terus berhenti apabila menghidu sesuatu, bau yang dia amat kenali -  aroma bunga ros beserta bunga matahari. She's here, dan kakinya terus sahaja melangkah mencari gadis tersebut dengan hanya menggunakan deria baunya. Langkahnya terhenti apabila melihatkan seseorang yang dia kenali sedang duduk di sebuah kafe sambil menikmati americano ais beserta sepotong kek tiramisu. Melihatkan gadis itu, bibirnya terus terukir sebuah senyuman.

Suasana kafe tersebut tidak terlalu sibuk namun yang pasti kelihatan hampir penuh dengan pelanggan.HaNeul  lantas duduk berdekatan dengan cermin. Dirinya  amat menyukai rasa kek tiramisu yang dipesan oleh dirinya, kegebuan serta strukturnya yang mengandungi kopi serta dengan kepadatan krimnya. Sedang dia menghirup minumannya, gelangnya menghasilkan warna merah. Segera anak matanya meliar mencari melihatkan sekiranya makhluk tersebut sebenarnya turut berada di kafe tersebut.

Dan HaNeul melihat SungGyu yang sedang memandangnya dari seberang jalan dengan satu pandangan yang benar-benar membingungkan - kelihatannya pemuda itu sedang tersenyum kearahnya. Segera HaNeul membayar lantas keluar dan melihat SungGyu tiada ditempat yang dia berdiri sebentar tadi.

Gelang yang berada di pergelangan tangannya juga tidak mengeluarkan cahaya merah. He's really a vampire, gumamnya. HaNeul terus beredar dari kawasan tersebut dan dia harus mulai membuat rancangan untuk tugasan yang telah diberikan olehnya, tanpa dia sedari bahawa SungGyu sebenarnya mengekorinya dari jauh.

SungGyu menganggak bahawa memori HaNeul telah kembali. Walaubagaimanapun, dia sebenarnya tertanya bagaimana mungkin kuasa MyungSoo bisa terungkai.Apakah mungkin disebabkan kejadian beberapa hari lalu dimana dia pengsan secara tiba-tiba.

 



EunByul terjaga dari tidurnya, mimpinya terasa benar membuatkan dia ketakutan. Peluh membasahi tubuhnya, mengingatkan kembali mimpinya seolah-olah mimpi itu benar-benar sedang terjadi. Dan dia amat takut sekiranya mimpi yang dia baru alami akan menjadi kenyataan.

Melihatkan jam di dinding menunjukkan ke arah 2.00 pagi, segera EunByul mencuci mukanya lalu menuruni anak tangga dengan perlahan supaya tidak mengejutkan orang tuanya. Tangannya mencapai segelas cawan lalu dibukanya peti sejuk, mencapai sekotak susu. Gelas yang kosong di isi dengan susu lalu EunByul meneguk susu tersebut agar dapat menghilangkan rasa dahaga.

Setelah dia membersihkan gelas kotor, EunByul menuju ke kamarnya untuk tidur semula. " Sleep EunByul...Anggap sahaja mimpi yang kamu mimpi sebentar tadi cuma mimpi buruk."  dan dia menutup matanya mencuba untuk melelapkan mata. Kemudian ada cahaya putih muncul berada di dahinya, seolah-olah cahaya itu ingin menghapuskan mimpi buruk gadis itu lalu membuatkan dia bermimpi indah.

 



MyungSoo melihatkan EunByul yang sedang khusyuk menulis apa yang sedang ditulis dipapan putih. Malam tadi dia memerhatikan rumah gadis itu apabila melihatkan KyungSoo yang diserang oleh seseorang yang dia kenali. Apatah lagi dengan kemunculan HaNeul yang muncul mengejut di luar sekolah mereka.

Mendengarkan pemikiran gadis itu, membuatkan dia amat terkejut kerana bagaimana bisa HaNeul dapat mengingati kembali memori yang telah dia padamkan. Apatah lagi melihatkan tindakan HaNeul yang benar-benar protektif terhadap gadis di sebelahnya." Kim MyungSoo! CAN YOU TELL ME THE ANSWER AT THE BOARD?" suara En. Lim yang garang apabila melihatkan pelajarnya yang kelihatan seperti termenung jauh.

" Jawapannya, X=12 manakala Y= -3." wajah En. Lim berubah melihatkan MyungSoo dapat memberikan jawapan dengan tepat walaupun tidak menumpukan perhatian.Dia mendengus walaupun tidak berpuas hati. Wajah MyungSoo kosong namun apabila mendengarkan pemikiran En. Lim: hatinya tersenyum sinis.

Para pelajar perempuan yang berada di dalam kelas menjerit perlahan mendengarkan suara MyungSoo memberikan jawaban yang betul.En. Lim berdehem seolah-olah mencuba menahan rasa amarahnya. Segera MyungSoo duduk lantas matanya meliar di luar perkarangan sekolah apabila melihatkan seseorang yang dia kenali berada di luar pagar. Dan pandangan mata yang sedang memandangnya dengan benci dari luar pagar sekolah.

Does you remember?

Will you kill me and my friends?

Does you think I will harmed EunByul?


" I will do anything to destroy all vampires and protect EunByul" MyungSoo membaca gerakan bibir HaNeul sebelum beredar dari sekolah. Matanya terkejut mendengarkan kata-kata dari gadis itu.

 



HaNeul mengikut jejak terakhir yang dia dapati apabila munculnya seseorang yang menyerangnya secara tiba-tiba. Mujur dengan refleksi yang cepat dia dapat menangkis serangan mengejut itu. Bertalu-talu dirinya menahan serangan daripada makhluk hitam itu namun sayangnya dia tidak dapat menggunakan sebarang sihir kerana mahkluk tersebut sentiasa bergerak dengan pantas serta tidak memberi peluang untuknya menyerang.

Makhluk yang kini dia serang bertarung dihadapannya di kenali, sebagai Makiri. Makhluk inilah yang telah memakan mangsanya beberapa hari yang lalu. Dia seharusnya memburu makhluk ini beberapa hari yang lalu namun HaNeul sibuk dengan EunByul membuatkan dia terlupa akan tugasnya untuk seketika.

Tubuhnya terhumban apabila ditendang oleh makhluk Makiri membuatkan busurnya terlepas daripada tangannya; dia mencuba untuk mencapai apabila tubuhnya di terkam membuatkan makhluk tersebut menyeringai ke arahnya. Namun kakinya dengan pantas sekali menendang makhluk tersebut.

" Paradas" jeritnya. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera apabila tangannya berhasil mencapai busurnya; makhluk tersebut mencuba untuk meloloskan diri apabila melihatkan anak panah muncul dari dari busur HaNeul."Fuego" anak panah HaNeul mengeluarkan cahaya merah apabila anak panah tersebut mengenai tepat kearah dada kiri Makiri.

Makhluk tersebut menjerit kesakitan apabila api mulai menjilat tubuhnya dan sekejap sahaja tubuh makhluk Makiri musnah sehingga menjadi debu. HaNeul berjalan pulang tanpa menyedari seseorang sedang mengekorinya, malahan gelangnya turut bersinar namun dia benar-benar kelelahan apatah lagi dengan serangan yang mengenainya sebentar tadi membuatkan tenaganya semakin menghilang dan yang pasti dia pasti akan rebah di situ jua.

Dia ingin menggunakan sihirnya supaya dapat pulang kerumah dengan lebih cepat, namun disebabkan HaNeul tidak berhenti menggunakan kuasa sihirnya, tubuhnya tidak dapat bertahan apabila tompok-tompok mulai kelihatan, tubuhnya terhuyung-hayang mencuba untuk berpegang pada sebatang pokok.

Dia kemudiannya rebah namun seseorang sempat memegang tubuhnya daripada mencecah tanah. Tubuhnya dicempung oleh seseorang.Seharusnya dia memaksa tubuhnya supaya bangun namun tubuhnya terlalu lemah, matanya terkatup rapat namun yang pasti dia amat mengenali suara lelaki itu.

" Sleep HaNeul...." lembut sahaja suara pemuda itu kepadanya.

 



" Why young witch attack you?" tanya JoonMyun apabila melihatkan KyungSo yang sedang minum sup hangat pemberian mak cik HyoYeon. KyungSoo menceritakan tentang kejadian yang dia lalui beberapa hari lalu. Di sebabkan kejadian itu, KyungSoo terpaksa tidak menghadiri sekolah selama beberapa hari. JoonMyun juga tidak menghadiri sekolah semata-mata menemaninya.

Dan betapa amat dia membenci hal tersebut; kerana dia tidak dapat menemui EunByul di sekolah memandangkan ada sihir yang sedang melindungi kawasan rumah gadis itu. Dia benar-benar sedang berfikir mengapa seorang ahli sihir sanggup melakukan hal sedemikian.

" Hyung, saya melihatkan perempuan yang hyung sebutkan itu sebenarnya bersahabat dengan EunByul. Mungkin perempuan itu menyangka bahawa kita akan melakukan hal yang tidak baik terhadap EunByul." entah dari mana munculnya JongIn, dan melihatkan pemakaiannya sepertinya dia baru sahaja pulang dari sekolah.

JoonMyun dan KyungSoo sambil berpandangan satu sama lain apabila mendengarkan kata-kata JongIn." Dan lagi satu, sepertinya seseorang sedang mengekori perempuan itu." beritahunya lagi sebelum dia beredar sambil membawa sekotak jus oren dari peti sejuk. Siapakah gadis yang menyerangnya; benarkah EunByul bersahabat dengan gadis itu dan apakah EunByul mengetahui rahsianya?

Seandainya EunByul mengetahui identiti sebenar mereka, adakah gadis itu juga mengetahui pertalian diantara dia dengan KyungSoo. Dan adakah EunByul akan dapat menerima dia? 

 


 

HaNeul terjaga apabila cahaya matahari mengenai wajahnya. Dia melihatkan ada jaket hitam sedang membaluti tubuhnya; dirinya bersandar disebuah pohon. Mendengarkan bunyi ranting kayu yang patah, dengan pantas tangannya mencapai senjatanya.HaNeul melihatkan seseorang yang dia kenali sedang memegang botol air.

" Awak mesti kehausan." ujar SungGyu. Suara pemuda yang berada dihadapannya merupakan suara yang dia dengar didalam mimpinya, Makhluk berdarah sejuk. Namun memandangkan HaNeul telah pun mengetahui siapakah diri lelaki itu; HaNeul tidak bergerak.Tangan gadis itu memegang busurnya dengan begitu cengkam.

 " Saya tidak akan mengapa-apakan awak. Yakinlah" lembut sahaja suara SungGyu. Dia mengeluh apabila melihatkan gadis di hadapannya tidak bergerak. SungGyu meletakkan botol tersebut lalu berundur 10 langkah.

Memandangkan HaNeul yang masih tidak berapa yakin dengan SungGyu."Leviate" air mineral tersebut bergerak sendiri dan berada di tangan HaNeul. Segera dia menghilangkan rasa dahaganya; terasa dingin air yang diteguk olehnya.


" Kenapa awak disini?" tanya HaNeul sambil anak matanya memandang tajam ke arah pemuda yang berada di hadapannya.SungGyu langsung tidak bersuara hanya memandang raut wajah gadis itu.Sikap gadis itu benar-benar dingin, tidak seperti mana kali terakhir pertemuan mereka ditaman tema.


How i wish you never know who am I, bisiknya didalam hati sebelum dia beredar meninggalkan gadis itu ditengah hutan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha