Remember Me

War between the clan

 

Tangannya terus melingkar di pinggang gadis yang berada di hadapannya; menahan tubuh EunByul daripada terjatuh. Rambut panjang gadis itu, mengenai wajahnya dan bau manis lavender dan bunga melati menusuk ke rongga hidungnya.

 

Her scents too intoxicated

 

Pandangan matanya dapat melihat raut wajah EunByul dengan lebih dekat. Raut wajahnya yang berbentuk bujur; alis matanya yang melentik serta matanya yang bundar. Kelihatan sedikit merah di pipi EunByul; mungkin disebabkan posisi mereka berdua kini.

 

KyungSoo benar-benar ingin masa itu berhenti namun bunyi loceng yang baru sahaja berdering terus membuatkan dia tersedar. EunByul terus meminta maaf serta mengucapkan terima kasih dengan nada suara yang perlahan sebelum berjalan  berlari dengan laju.

 

Cute

_______________________________________________________________


HaNeul yang sedang duduk sendirian di ruang tamu sambil membaca buku tentang pelindung manusia ataupun dikenali sebagai malaikat. Tentang kewujudan serta tugas mereka.

 

Tidak dia ketahui bahawa ada 1 aura kejahatan yang sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum sinis lalu tangannya mencekik HaNeul dari belakang. Bagaikan ada tangan yang sedang mencekiknya membuatkan dirinya menjerit kesakitan, jeritannya begitu nyaring sekali.  

 

Tiada satu pun yang keluar dari bibir HaNeul ketika dia mengerekot kesakitan, YoungJae yang sedang melihatkan HaNeul sepertinya didalam kesusahan segera ingin menghampiri apabila bagaikan ada satu gelombang menghalang dirinya untuk menghampiri.

 

" Noona!!!" jerit YoungJae membuatkan ahli BAP segera keluar dan kemudian ada cahaya putih seolah-olah sedang merangkul tubuh HaNeul sebelum gadis itu rebah di sofa. YongGuk segera menghampiri gadis itu; mencuba untuk menyedarkan gadis itu.

 

" Apa yang terjadi kepada HaNeul?" tanya HimChan setelah YongGuk membaringkan gadis di katil.Tiada sesiapa pun yang dapat menjawab pertanyaan HimChan. Yang pasti ada seseorang yang dapat melepasi sihir yang dibina oleh mereka; dan yang pasti seseorang itu bukannya calang-calang manusia.

 

" HaNeul noona sedang membaca buku ini?"  JongUp  memegang sebuah buku; buku yang berada di ruang tamu.
___________________________________________________________

 

Dirinya yang sedang menikmati makanan yang disediakan oleh WooHyun, terus memegang batang lehernya. Kesakitan itu benar-benar menyakitkan - terasa ada tangan ghaib yang sedang mencekik dirinya.

 

Seolah-olah dapat merasakan bahawa ajalnya telah tiba; SungGyu menjerit kesakitan apabila kesakitan itu semakin teruk. Peluh mulai membasahi dahinya. WooHyun yang berada disebelahnya terasa kaget melihatkan keadaan dirinya.

 

Suara WooHyun benar-benar cemas namun dia langsung tidak mendengarkan suara temannya itu; namun yang dia kini sedang fikirkan adalah tentang gadis itu. Lantas dia rebah apabila kesakitan itu beransur menghilang.

 

Pabila dia sedar, dirinya berada di kamarnya dan dia melihatkan masa yang telah berubah menjadi malam. SungGyu segera membersihkan dirinya; mencuba untuk mengingat kembali. 

 

Is she okay? What happened to her

 

SungGyu baru sahaja ingin keluar dari kamarnya apabila melihatkan DongWoo serta WooHyun. Wajah mereka kelihatannya lega melihatkan dirinya. " Hyung, kamu baik-baik sahaja bukan" tanya DongWoo.

 

WooHyun segera memberikan segelas cawan berwarna merah; dia terus meneguk air  tersebut. " Saya tak apa-apa?" beritahunya, tidak ingin mengkhuatiri mereka berdua. Dia mengukirkan senyuman.

______________________________________________________________

 

EunByul sedang melalui kawasan yang sama untuk dia pulang ke rumah apabila dia dapat mendengar bunyi tapak kaki tidak jauh dari dirinya.Semenjak kebelakangan ini; entah mengapa dia merasa dirinya diperhatikan oleh seseorang.

 

MyungSoo melihat ada makhluk berdarah sejuk  ingin menghampiri gadis itu, dirinya dengan begitu tangkas sekali menggunakan kuasanya lantas membuatkan makhluk tersebut terhenti dan sebelum EunByul sempat berpusing ke belakang; dia dengan tangkas sekali menjauhkan  makhluk tersebut dengan mencekiknya.

 

" Putera MyungSoo" terkejut makhluk itu apabila melihatkan wajah pemuda yang berada di hadapannya. Anak mata MyungSoo semakin menghitam dan mahkluk yang berada digenggaman menjerit kesakitan namun suaranya bagaikan tersangkut di kerongkongnya.

 

Dan Makhluk tersebut terus hilang di pandangan matanya setelah dia membunuh mahluk tersebut. Does mother already know about her?

 

Kerisauan mulai menerjah dimindanya; EunByul harus sentiasa di perhatikan, gumamnya sebelum dia menuju ke mansionnya dan bertanyakan sepada ketuanya sebelum dia melakukan keputusan tergopoh-gapah.

____________________________________________________

 

Cermin yang dipandang oleh seorang pemuda terus berkecai apabila melihatkan rancangan tidak berhasil. Rancangan yang dibuat olehnya hancur gara-gara pemuda yang baru sahaja dia lihat.

 

No matter what, she will die.I will make sure that happen including destroying him who protecting her.

______________________________________________________________

 

Didalam mimpinya, dirinya berjalan dan terus berjalan. Dia bagaikan berada dilabiringan; mencuba untuk mencari jalan keluar namun yang dia ketemui sentiasa jalan mati. Dia melihatkan seperti ada bayangan putih; lalu dikejarnya.

 

Entah mengapa dia merasa merasa takut dengan bayangan itu, malahan dirinya merasakan bahawa dia pasti akan selamat. Kemudian ada tangan mencapai bahunya; susuk tubuh seorang pemuda yang tersenyum kearahnya namun mengapa dirinya tidak dapat melihat wajah lelaki itu bagaikan jaraknya dengan lelaki tersebut tidak terlalu jauh.

 

Kemudian ada sesuatu yang aneh terjadi kepadanya apabila tubuhnya bagaikan menghilang; sedetik kemudian dia berada disebuah rumah agam. Rumah tersebut terlalu besar lebih besar dari tempat yang dia tinggal.

 

Tubuhnya terus memasuki rumah tersebut; bahkan hiasan rumah tersebut menunjukkan terlalu mewah walaupun gaya rumah itu ringkas. Nafasnya tersangkut dikerongkong apabila melihatkan seseorang yang berada di hadapannya.

 

Benar-benar membuatkan dia terkejut; kerana dihadapannya ialah dirinya sendiri. Apatah lagi melihatkan siapa yang berada disekitarnya.

 

This is soo crazy, when did I meet them.

 

HaNeul mencuba untuk mengingat kembali kota memorinya. Apakah in merupakan memorinya yang terhapus; memori ketika dia hilang. 

 

They're vampire.

 

Melihatkan apa yang berlaku dihadapannya ternyata membuatkan dia tergamam. Memori yang dia mengingat kembali benar-benar menyakitkan; apabila melihatkan MyungSoo yang meletakkan tangan didahinya.

_______________________________________________________________________

 

Bunyi loceng kedengaran dan tidak sampai 10 minit kemudian para pelajar mulai membanjiri untuk keluar dari kawasan perkarangan sekolah. Pelajar lelaki yang ingin pulang melihat ada seorang gadis yang sedang diluar perkarangan sekolah.

 

"HaNeul unnie?" EunByul menghentikan langkahnya apabila seseorang yang dikenali menjadi perhatian pelajar kerana tidak pernah melihat gadis itu.

 

" EunByul-ah" raut wajah HaNeul kelihatan gembira apabila orang yang dia tunggu akhirnya keluar; kemudian dipergelangan tangannya mulai mengeluarkan warna merah dan jingga. Vampire and warewolves also in this school, gumamnya sendiri. Ditangan kirinya, terdapat 1  gelang pemberian YongGuk sebelum dia pergi.

 

Flashback


Kehidupan HaNeul seperti biasa, berlatih mempelajari seni mempertahankan diri bersama JongUp dan Zelo. Walaupun dirinya kepenatan namun dia mengetahui bahawa latihan hanya dengan berlatih keras barulah akan membuahkan hasil yang lebih baik. 

Bahkan dirinya semakin mahir dengan sihir; sehingga dipuji oleh YoungJae.Cuma dirinya masih sedang berusaha memperbaiki dirinya dengan menggunakan senjata.Dirinya menggunakan busur.

DaeHyun yang membuat busur tersebut lalu diberikan kepadanya. Dia diberitahu bahawa busur tersebut dibuat dengan kulit rusa dan tali busur itu, diselaputi dengan akar pokok yang telah hidup beratus tahun membuatkan tali tersebut tidak akan pernah putus.

 YoungJae juga telah menyihir busur tersebut membuatkan busur itu bisa menjadi kecil dan menjadi lebih senang untuk dia bawa kemana-mana. Mudah untuk dia apabila bertembung dengan mahkluk jahat yang  mungkin akan muncul bila-bila masa.

Kemudian seminggu kemudian, dirinya diberikan tugasan oleh Messager; dan dirinya harus pergi sendiri tanpa di temani oleh YongGuk. Pada awalan YongGuk tidak menyetujui keputusan dari pihak atasan namun dia terpaksa menerima keputusan itu.

HaNeul telah pun mengemaskan pakaian yang akan dia bawa ke Seoul untuk beberapa hari. YongGuk yang berada diluar menunggu gadis itu keluar. Dia benar-benar tidak memahami apa yang membuatkan Messager yang  menyuruh HaNeul pergi sendirian.

Melihatkan gadis tersebut telah pun keluar, tangannya terus mengeluarkan sesutu dipoket bajunya lantas disarungkan dipergelangan tangan HaNeul." Gelang ini dapat membezakan manusia dan juga mahkluk yang lain." beritahu YongGuk.

Warna merah untuk makhluk berdarah sejuk, warna jingga untuk manusia serigala; warna hitam untuk syaitan dan warna putih untuk malaikat pelindung, ujarnya lagi untuk membezakan warna.

Malah hanya HaNeul yang bisa melihat sekiranya gelang itu bercahaya secara tiba-tiba kerana dimata manusia biasa gelang tersebut hanya merupakan sebagai perhiasan ditangan. HaNeul tersenyum kerana YongGuk bersusah payah untuk untuk mendapatkan gelang tersebut untuknya.

Dia memeluk tubuh lelaki itu; sebagai tanda penghargaan. HaNeul terus melepaskan pelukan itu sebelum beredar dan dirinya terus hilang menuju ke Seoul. Dia harus belajar untuk berdikari supaya tidak akan membuatkan ahli BAP risau tentang dirinya.

Tetapi sebelum dia memulakan tugasnya, HaNeul harus mencari EunByul yang berada diSeoul kerana gadis itu sebenarnya didalam  perangkap kejahatan dan dia harus menyelamatkan gadis itu.

End of Flashback

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha