Cinta abadi

War between the clan

 

"Aku dimana ni?"

 

Bukankah dirinya sedang terlena dikatilnya sebentar tadi??

 

Apabila dia membuka kelopak matanya,dia berada disatu tempat asing.Yang pasti,dia tidak pernah datang kesini.Dia terus berjalan dikawasan gersang sehingga dia tiba dikawasan danau perbukitan.Tanah perbukitan tersebut diselimuti oleh daun-daun kering yang berguguran.

 

Saat kakinya melangkah angin sejuk terasa mengipas kuat tubuh badan.Dengan berpeluk tubuh dia melangkah kehadapan dengan perasaan ingin tahu.Tempat apakah ini?Bagai ada sesuatu yang sedang memanggilnya dari arah angin yang bertentangan.Dan sejurus itu dia mendengar satu suara deraman.

 

Angin yang bertiup kuat sebentar tadi beransur perlahan.Matanya melihat pemandangan sekeliling.Ajaibnya........pohon-pohonan rimbun yang sebentar tadi menghujankan dedaun kering mulai menguntumkan bunga-bungaan yang mekar.Matahari yang mulai ingin membenam makin menggelapkan suasana.Dan dalam kesamaran itu munculnya seekor serigala yang perlahan-lahan menghampiri seseorang yang mendatanginya.

 

Dalam situasi begitu seharusnya dia melarikan diri.Tapi langkahnya seakan terkunci!Terpana melihatkan serigala yang bersaiz gergasi itu tadi mulai berubah bentuk.Dan apa yang lebih mengejutkan kini berdiri seorang pemuda yang wajahnya masih samar kelihatan.....

 

"Welcome home,my MATE"

 


 

Tersentak dirinya lalu terduduk dikatil.Bagai baru saja berlari,tubuhnya dibasahi peluh.'Mimpi apakah ini?'

 

Masih keliru dia mula mengingati butir mimpi itu kembali.

 

"Wolves...ME,MATE???".Mata EunByul membesar sebelum menggeleng kepalanya berkali-kali.

 

Baginya kisah seperti mimpinya itu tadi tidak realistik sama sekali.Ianya bagai kisah fantasi yang tidak wujud dialam realiti.Tapi apabila difikirkannya kembali,pelbagai kejadian yang aneh menimpanya baru-baru ini.Juga tentang dirinya yang seperti diselamatkan oleh kawanan serigala.Tapi betulkah ianya terjadi?Kerana perkara itu juga dirasakannya bagai mimpi...

 

Malangnya EunByul tidak dapat mengamati wajah pemuda jelmaan serigala didalam mimpinya itu tadi.Dalam keresahan itu dirinya sempat memikirkan bagaimana sekiranya pemuda itu turut wujud didunia realiti?

 


 

Angin dingin bertiup masuk,membuatkan langsir terbuai laju ditingkap bilik.JongIn yang sedang berbaring dikatil bingkas bangun menuju kebirai tingkap yang sedia terbuka.Dari sinaran bulan yang memancar,satu bayangan yang hanya jelas dipandangan matanya makin kelihatan.

 

"JongIn...." Suara halus yang mendayu kedengaran.Bisikan itu didengari saat seorang gadis mula mendekatinya.Akhirnya,dia mula dapat melihat wajah orang yang mendatanginya itu dengan jelas.Darah yang mengalir ditubuhnya mula mengalir dengan laju sekali.Perasaan ghairah dan rasa ingin memeluk tubuh gadis yang begitu dirinduinya mulai membuak.

 

"JongIn..." Suara itu kedengaran perlahan namun jelas sekali dipendengarannya.Tangan gadis itu mengusap lembut pipi JongIn.Sepasang mata JongIn mula berubah kepada warna keemasaan.Dan perasaan ini begitu nyata sekali.

 

"I love you.." Pipinya terasa dikucup lembut sebelum semuanya hilang dipandangan mata.

 


 

Malam ini...Bulan purnama tersergam indah dilangit angkasa.Kebiasaannya bintang-bintang yang lebih bersinar namun pada ketika ini bulan gerhana tersebut ternyata lebih menyerlah.Fenomena ini merupakan salah satu ciptaan terindah dimuka bumi.

 

Pada waktu-waktu begini pula merupakan waktu yang agak sukar bagi golongan manusia serigala.Bagaimana tidak,waktu begini mereka tidak tahu bagaimana untuk mengawal perasaan dan tingkah laku dari melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya.Al-maklumlah...waktu begini hormon-hormon seksual mereka begitu tinggi sekali.Ehemmm......

 

"Heat time,brother?" Seloroh ChanYeol yang melihatkan KyungSoo yang baru saja tiba dirumah.Waktu itu dia dan yang lainnya hanya mengenakan seluar track.Badannya pula tidak mengenakan sebarang pakaian.

 

Kebiasaannya pada waktu-waktu begini mereka yang sedang berdarah panas menghabiskan masa didalam hutan dengan menjalani aktiviti mereka bagi melepasi 'heat time' yang sedang dilalui mereka kini.

 

Wajah KyungSoo semakin memerah menahan geram akan usikan ChanYeol itu sebelum meluru masuk kebiliknya.Darah mula mengalir laju diseluruh tubuhnya.Dan dia tidak tahu apa yang bakal terjadi sekiranya dia tidak mengunci diri didalam bilik.Tadi juga hampir-hampir dia tidak dapat mengawal diri.Dan sekiranya itu berlaku dia tidak tahu bagaimana harus dia berhadapan.

 

JoonMyun memandang ChanYeol seolah memarahi usikannya sebentar tadi.Dia memahami,KyungSoo sudah tidak seperti mereka,yang belum bertemu pasangan.Namun dia memahami sekali situasi KyungSoo tika ini.

 

"Kali terakhir saya lihat,Kyung memeluk Channie dan menganggapnya seperti mangsa" BaekHyun bersuara sebelum menjungkit kedua bahunya mengingatkan sewaktu sebelum KyungSoo keluar rumah sebentar tadi.

 

"Eww--!!" SeHun tiba-tiba bersuara dengan wajah yang bersahaja.(As usual from our sassy maknae XD)

 

"Maknae...for this time being,we.are.BYUNTAE" JoonMyun bersuara apabila mendengarkan ayat yang keluar daripada mulut SeHun.

 

Langkah JongIn yang tergesa menuruni anak tangga menarik perhatian mereka.JoonMyun menyedari ada air jernih yang masih ada ditubir mata JongIn sebelum kelibatnya mulai menghilang disebalik pintu.

 

'I'm better lock myself up,hyung..Before something bad might happen' JoonMyun sebagai alpha dipuak mereka mendengari kata KyungSoo dari mindanya.

 

Dari jendela bilik,KyungSoo melihat bulan purnama.Cahaya terang diatas awan tersebut menarik sepenuh perhatiannya dari terus-terusan merenung kearah gerhana bulan tersebut.Semerta badannya terasa kehangatan yang luar biasa manakala darah yang mengalir ditubuhnya bagaikan angin yang berputar bergerak laju menusuri nadi dan urat.

 

Dari situ dia melihat tubuh JongIn yang berlari kearah hutan.Sambil pakaian yang mulai terlucut dari tubuh badannya,perlahan-lahan juga berlaku perubahan bentuk pada dirinya.Seekor serigala berwarna hitam mula kelihatan.Lalu berlari laju meredah kepekatan malam.

 


 

"JongIn-ah..kamu yakin tiada binatang buas bakal muncul tiba-tiba?".JongIn hanya tersenyum kecil sebelum memegang erat tangan buah hatinya."Bagaimana pula dengan harimau,ular juga??".Suara paniknya menimbulkan rasa lucu pada diri JongIn.Pertama kali dia membawa YoonJi,gadis kesukaannya melihat dunia kehidupannya.

 

"Jangan risau.Jika ada pun hanya saya binatang buas disini".Fakta yang dikatakan oleh JongIn.Pertama kali juga YoonJi menjejakkan kaki ketempat sebegini,Dan hanya beberapa hari yang lalu,buat pertama kali juga dia mengetahui dan melihat bentuk dan rupa JongIn yang sebenar.

 

Apabila dia diberitahu bahawa dirinya merupakan pendamping hidup lelaki itu,dirinya menerima JongIn dengan sepenuh hati.Kerana sesungguhnya dia juga telah lama menaruh hati pada JongIn.

 

JongIn membawa YoonJi duduk disatu dahan yang teguh.Gadis itu bersandar didada bidang milik JongIn sambil mendengar irama degupan jantung milik lelaki itu.Melihatkan cahaya bulan purnama yang terlihat indah,YoonJi berpaling menatap wajah JongIn yang melihatkan matanya bersinar keemasan.Perlahan,jarak diantara wajah mereka semakin rapat.Disitu perasaan dan hati mereka menjadi satu.

 

YoonJi sentiasa takut menjejakkan kaki ditempat sebegini semenjak kecil.Ianya gelap dan menakutkan.Tetapi apabila berada disamping JongIn,dia berasa tenang dan selamat.

 

Ditempat yang sama,JongIn kini berada.Yang berlainan kini dirinya hanya bersendirian disitu.Air jernih dibiarkan sahaja mengalir dari tubir matanya sambil mengenang kenangan lalu.Kali terakhir dia memeluk tubuh kaku itu masih segar dalam ingatannya.Saat terakhir YoonJi ditemui mati dan ianya angkara makhluk berdarah dingin.

 

Sehingga kini JongIn masih terikat dengan cinta lamanya.Ianya cinta abadi,dan selamanya dirinya begitu dan tiada siapa bakal mengganti tempat YoonJi didalam hatinya.Kerana bagi manusia serigala,apabila sekali mereka menemui pendamping hidup,hati dan jiwa mereka terikat buat selamanya.

 

Pada setiap kali bulan mengambang.JongIn mengalami kesukaran.Rintihan seorang manusia serigala mulai kedengaran.

 


 

SungGyu baru saja tiba di mansion milik mereka setelah bersiar-siar sebentar tadi.Setelah kejadian tempoh hari,mindanya seolah-olah tidak terlepas dari membayangkan gadis yang dicederakannya waktu itu.Oleh kerana fikiran yang bercelaru SungGyu tidak betah hanya mengunci dirinya didalam bilik.Bagi spesies makhluk berdarah dingin sepertinya seharusnya mengelak dari menunjukkan diri dari terkena sinaran matahari.Tapi setelah bumi semakin dimamah usia dan spesies mereka telah bertahun-tahun lamanya berada dimuka bumi,permasalahan itu tidak lagi menjadi halangan bagi puak mereka.

 

Kebanyakan makhluk berdarah sejuk ini telah hidup sejak ratusan abad yang lalu.Terdapat juga golongan manusia yang dilahirkan semula menjadi spesies mereka.Wajah mereka tidak bakal dimamah usia.Dan bagi MyungSoo pula,tumbesarannya beranjak seperti biasa oleh kerana ayahnya JaeJoong yang dahulunya merupakan seorang manusia.Namun setelah dirinya menganjak keusia dewasa,wajahnya juga tidak bakal dimamah usia.

 

SungGyu mendekati teman-temannya setelah mendengarkan suasana riuh diruang utama.SungJong sedang melarikan telefon bimbit milik MyungSoo sambil dikejar oleh pemiliknya.

 

"Yah!!that was'nt mine you know".SungGyu melabuhkan punggung disebelah WooHyun yang masih tergelak besar sambil menepuk paha.DongWoo dan HoYa pula menepuk tangan satu sama lain apabila meihatkan MyungSoo mula memprotes apabila mereka mengenakannya.

 

"WooHyun hyung.Itu kerja kamu kan?".Tanya SungYeol.Apabila WooHyun mengiyakan dia juga ikut turut tertawa.

 

Pada mulanya SungGyu hanya memerhati sambil sesekali tertawa kecil tapi apabila mendengarkan perkataan 'Yadong' tawanya terus bergema.Ternyata mereka menemui klip 'ehem-ehem' tersebut ditelefon bimbit milik MyungSoo.Tahulah dia bahawa ianya koleksi berharga milik WooHyun.

 

Tersenyum dia melihatkan MyungSoo yang berjaya mendapatkan telefon bimbitnya semula.MyungSoo begitu rapat sekali dengan mereka walaupun hakikat jarak usia mereka yang berpuluh tahunnya.

 

Tiba-tiba ada angin kuat menghembus mereka sepintas lalu.MyungSoo tidak jadi duduk disebelah SungYeol lalu berdiri semula."Ahbuji??" Terkejut sekali apabila dia melihatkan bapanya mendatangi mereka.

 

"SungGyu..I heard you sick...." Hanya mendengarkan itu sudah cukup mematikan senyum yang ingin meniti dibibir MyungSoo.

 


 

Entah mengapa dia menemukan dirinya menjejakkan kaki ditaman tempoh hari.Mungkin saja tempat ini bisa menenangkan hatinya.Dan mungkin saja ditempat ini dia bisa mendapatkan kasih yang diharapkan walau secebis cuma?

 

Dia menyangkakan kedatangan bapanya tadi ingin menemui dirinya namun ternyata telahannya salah sama sekali.Bapanya tidak memandangnya sama sekali malahan lebih menyayangi SungGyu daripada dirinya yang merupakan anak kandungnya.MyungSoo seperti tenggelam dengan fikirannya sendiri.

 

Dengan wajah yang masih muram EunByul mengayuh basikalnya secara perlahan.Dia masih lagi kecewa apabila tidak berjaya mendapatkan buku yang lama dicarinya,Apabila melalui sebuah taman,dia perasan ada seseorang dikenalinya sedang duduk disebuah bangku.

 

"Kim MyungSoo" dia menganguk kepalanya beberapa kali apabila mengecam pemuda tersebut."Betullah mamat ni.." Gumamnya sendiri sambil memikirkan apa yang dibuat lelaki itu berada dikawasan seperti ini?

 

Mulanya dia tidak menghiraukan dan ingin berlalu saja.Tapi dia mula berubah fikiran apabila melihatkan lelaki itu yang masih tidak berganjak duduk seperti batu.Tidak salah sekiranya sekadar ingin menegur bukan? EunByul mula berdehem apabila melihatkan MyungSoo seperti tidak perasankan kedatangannya.

 

MyungSoo tidak terkejut apabila melihatkan EunByul disitu.Kerana pertama kali juga dia melihat EunByul ditempat ini jadi MyungSoo memikirkan bahawa gadis itu tinggal berdekatan sini,Tapi yang mengejutkannya apabila EunByul yang tiba-tiba duduk disebelahnya tanpa dipelawa.

 

"Jadi,apa yang membuatkan awak duduk disini dan bermenung sendirian?" EunByul bersuara melihatkan MyungSoo yang masih tidak menghiraukannya.Tiba-tiba tangannya mengipas angin lalu dihadapan wajah MyungSoo."Rasanya tak ada gadis halimunan yang sedang bercakap disebelah awak ni kan?" Kedengaran MyungSoo mendengus.

 

Eunbyul mengeluh sebelum bangun."Okay-okay.Baik saya per--" Tangannya tiba-tiba diraih.

 

"Stay" 

 

"Fine,If you not going to tell yours i'm better telling mine" EunByul akur.

 

Pada mulanya MyungSoo masih dengan pandangan kosongnya apabila EunByul tidak berhenti menceritakan tentang buku yang lama ingin dibelinya masih tidak ditemukannya.Puaslah dia mencari dikedai buku ke satu kedai buku yang.Dia juga telah search secara online namun hasilnya tetap sama.Dengan melihatkan wajah muncungnya yang masih bersungguh-sungguh bercerita,lama-kelamaan menimbulkan tawa kecil dibibir MyungSoo.

 


 

Ada satu tarikan yang amat kuat sekali apabila kakinya berhenti dihadapan satu kedai.Bau yang amat dia kenali sekali.Dan bagai ada satu magnet yang sedang menariknya,laju saja kakinya melangkah masuk kedalam kedai tersebut.

 

Maka benar sekali dugaannya.

 

Gadis itu memang berada disana.

 

Darah yang mengalir diurat nadinya benar-benar menarik perhatian.

 

Bau yang amat sekali digemarinya.

 

Jari jemari runcingnya begitu ligat menyentuh rak-rak buku tersebut,EunByul dilihat sedang mencari buku.

 

"Buku apa yang sedang kamu cari?"

 

EunByul terkejut melihatkan pemuda yang sedang tersenyum dihadapannya."SungYeol-sshi?" Dia terpegun akan kedatangan SungYeol yang merupakan teman sekelasnya.

 

Setelah EunByul memberitahu buku apa yang sedang dicarinya,SungYeol mempelawa untuk membantunya mencari buku tersebut,"Excuse me sir,is there any The Host book by Stephenie Mayer here?" Tanya SungYeol kepada pekerja dikedai buku tersebut setelah tidak berhasil menemukannya.

 

Malangnya pekerja kedai buku tersebut memberitahu bahawa buku tersebut telah habis dijual.

 

"Tak apalah kalau begitu.." EunByul bersuara perlahan,SungYeol melihat wajah EunByul yang mula memuncung,Mereka berdua beransur keluar dari kedai tersebut,

 

"Bagaimana kalau kita lunch bersama?"Ajak SungYeol cuba menceriakan suasana.

 


 

"So,what so good about that 'The Host' book hmm?" Tanya SungYeol sewaktu mereka menikmati makanan tengahari bersama.

 

EunByul menceritakan bahawa dia merupakan peminat penulis buku tersebut,Karya penulis tersebut sentiasa penuh dengan jalan cerita fantasi kerana dirinya sendiri sentiasa berimaginasi yang tinggi walau ada ketikanya dia sendiri tahu perkara sebegitu tidak wujud sama sekali.

 

Jadi dengan wajah yang ceria dirinya bercerita tentang buku tersebut yang telah lama dicarinya sehinggalah ke sinopsis yang menceritakan tentang isi kandungan buku tersebut.Namun tidak menyangka bahawa SungYeol tekun mendengarnya.Dia suka melihat EunByul yang sedang rancak bercerita.

 

"And have you heard about twilight saga series?" SungYeol hanya menggeleng tanda menjawab soalannya."Story tu mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang hidup dikalangan vampire dan werewolves" Dengan meniru mimik muka dan isyarat tangan EunByul bercerita.Hampir tesedak Sungyeol yang sedang minum.

 

"Dan semua series dia saya ada.." Beritahu EunByul lagi dengan bangga.

 

SungYeol memikirkan bagaimanakah penulis tersebut menggambarkan tentang kehidupan makhluk berdarah sejuk sepertinya.*You dan't have any idea about who i am EunByul-ah* Hati SungYeol berkata-kata.

 


 

Hampir seharian pada hari ini EunByul menghabiskan masanya bersama SungYeol.Walaupun masih terkilan kerana masih tidak berhasil mendapatkan buku tersebut,tapi tidak mengapa kerana dirinya yang ditemani oleh SungYeol sepanjang hari,

 

Tidak menyangka selama mereka berada disatu kelas yang sama,baru hari ini mereka bertegur sapa.Tadinya pun SungYeol mengatakan bahawa dirinya ada hal yang harus dia uruskan jadi mereka mula masing-masing pulang.

 

Pada waktu itu keluarga Shin sedang membuat persiapan untuk menutup kedai roti mereka apabila En.Shin memasuki dapur.

 

"EunByul-ah..ada seorang pemuda tunggu kamu diluar".Kata-kata ayahnya membuatkan dia terhenti dari membersihkan meja.EunByul memandang wajah ayahnya ingin bertanya apabila leher jinjang milik Pn.Shin mula terjenguk-jenguk memandang diluar.

 

Pn.Shin sudah tersenyum memandang wajah suaminya."Tinggi,kacak orangnya..."

 

EunByul yang sudah tidak mahu mempedulikan usikan orang tuanya lalu segera kehadapan apabila ternya SungYeol orangnya.SungYeol tersenyum melihat EunByul apabila tangannya masih cuba menyembunyikan sesuatu dibelakang.Perlahan dia menghulurkan sebuah buku yang disembunyikannya tadi.Ternyata ianya buku yang dicari-cari oleh EunByul.

 

"SungYeol-shi...kumao" EunByul sudah tersenyum gembira.Ternyata hal yang dimaksudkan olehnya sebentar tadi demi saja mencari buku yang dicarinya.Dirinya masih tersenyum membelek buku tersebut apabila namanya disebut perlahan.Suara SungYeol hampir tidak kedengaran.

 

"Hujung minggu ni awak free x?" Dengan debaran SungYeol menanti jawapan yang bakal diungkap oleh gadis kesukaannya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha