Pertemuan diantara mereka

War between the clan

Diwaktu pagi…biasa diwaktu beginilah kelihatannya begitu ramai manusia yang keluar daripada rumah untuk memulakan hari masing-masing.Dari para pekerja yang ingin menuju kepejabat dimana tempat mereka bekerja bagi mencari rezeki seharian,sehinggalah para pelajar yang ingin menuntut ilmu disekolah.Dan ketika itulah jalanraya disesaki oleh kenderaan pacuan empat roda juga dengan kenderaan-kenderaan awam,yang dipenuhi oleh penumpang.

 

Tidak terkecuali dengan kehidupan seorang gadis ini yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi.Pada cuti hujung minggu,dia ingin membantu keluarganya yang mempunyai sebuah kedai roti.Sesampainya  dia dihadapan kedai tersebut,gadis itu memberhentikan basikal yang ditunggangnya.Ketika kakinya melangkah kedalam para pelanggan didapati memenuhi kedai roti tersebut seperti biasanya.

 

“Omma,appa~” Suara riang gadis tersebut memenuhi ruang dapur demi saja melihatkan kedua ibubapanya yang sedang bertengkar kecil.Keadaan dapur agak berselerakan dengan adanya tepung-tepung yang bertaburan dilantai.

 

“Morning dear” Pn.Shin memandang anaknya sekilas sebelum berhadapan semula dengan En.Shin yang sedang memuncung kecil.Wajahnya yang kelihatan muda dari usia sebenar terlihat gelisah.”Abang terlupa lagi untuk beli bahan-bahan tu” Leter Pn.Shin lagi.

 

Gadis tersebut memandang kedua ibubapanya.Keadaan kedai yang sentiasa dipenuhi pelanggan membuatkan mereka harus menyediakan bekalan roti yang mencukupi.Kedai roti tersebut merupakan hanya satu punca rezeki mereka yang datangnya dari keluarga sederhana.

 

“Tak apalah.Biar saya saja yang pergi beli bahan-bahan tersebut” Kata gadis itu sekalian menarik perhatian pasangan Shin tersebut.Gadis tersebut mengangguk perlahan sebelum menghulurkan tangannya.”Nah,just give me the list then”

 

Wajah En.Shin langsung terlihat ceria sebelum meluru keanak gadisnya.”Aigoo..thank God that we had you,EunByul-ah”

 


                                                                              

 

KELIRU…

 

Seorang pemuda seakan tidak tahu apakah yang harus dilakukan olehnya dengan apa yang baru saja diketahuinya sebentar tadi.Kenyataan yang baru sahaja didengari membuatkan fikirannya begitu bercelaru malahan perasaan marah yang telah lama terpendam seakan makin membuak.Hakikat tersebut secara tidak sengaja memberikannya rasa sakit yang teramat sangat.

 

Membawa langkah kaki dengan laju,secara tidak sengaja langkahnya berhenti disebuah taman dikawasan perumahan.Memandangkan waktu yang masih pagi,taman tersebut tidak dikunjungi.Pemuda tersebut terus duduk disebuah bangku.

 

Pandangan matanya begitu tajam.Tubuh badannya yang diselubungi dengan kesejukan seperti tidak dapat mengalahkan api kemarahan yang sedang dirasainya.Batu yang berada digenggamannya menjadi mangsa amarah apabila ianya langsung lebur sehingga menjadi debu.

 

WAE??!! Jeritan bergema dihati.

 

                                                                             


 

 

“Hyung,rasanya saya nampak noona pergi kearah sana” Ujar seorang pemuda yang lebih tinggi.Dalam kemengahan mereka berlari meredah hutan belukar.

 

“Kalaulah YongGuk hyung tahu habislah kita nanti” Temannya pula berkata.Suaranya jelas kedengaran gusar.Kelam kabut mereka mempercepatkan langkah.

 

Gadis yang dikejar mereka menoleh kebelakang.Apabila melihatkan tiada sebarang kesan bahawa dua pemuda tersebut mengejarnya,senyuman sinis spontan meniti dipinggir bibir gadis itu.Langkahnya terhenti seketika bagi melepaskan penat.Temengah-mengah akibat berlari sebentar tadi.

 

“Noona…HaNeul noona” Terdengar suara tersebut semakin mendekati.

 

“Oh !” Kelam kabut dia bangun lalu berlari sekuat mungkin sehinggalah langkahnya melalui penghujung hutan yang menemukannya  dengan jalanraya.

 

Pemandangan kini begitu asing sekali baginya.Melihatkan dengan apa yang berada dihadapannya,semerta wajahnya berubah ceria.Rasa kagum dengan apa yang baru saja dilihatnya.

 

”JongUp,Zelo-ah,mian..Kalau noona tak buat begini,pasti noona takkan pernah lihat tempat yang indah macam ni” Ujarnya berjalan riang menuju kearah dunia yang baru ditemuinya.

 

                                                                                       


 

MyungSoo mengeluh nafas berat.Hampir beberapa jam dia berada ditaman tersebut.Permasalahan tersebut begitu sekali menghimpit fikirannya sehinggakan dia terlupa akan urusannya yang lain.Dengan berat dia mula bangun daripada bangku tersebut,sambil memikirkan bagaimana pula untuk dia berhadapan dengan ibubapanya sebentar nanti.

 

Deria bau MyungSoo secara tiba-tiba begitu kuat saat dia berjalan.Dengan mata yang membesar,pemandangannya terarah dipersimpangan seperti akan ada sesuatu yang bakal muncul dari situ.Jangkaan itu memang benar apabila muncul seorang gadis yang sedang mengayuh basikal menarik perhatiannya.

 

 

Matanya seakan tidak mahu berganjak apabila melihatkan satu cahaya yang amat terang datang dari gadis itu.Saat itu seolah ada sesuatu yang mengalir deras diseluruh tubuh dinginnya.Langkah MyungSoo terhenti.Memerhatikan kayuhan gadis itu yang ingin keluar daripada kawasan tersebut.Entah bagaimana kemudiannya terlanggar sesuatu.MyungSoo melihatkan basikal yang dikayuhnya hilang kawalan.Sepantas kilat MyungSoo menghampiri.

 

“Auch..” Gadis itu mengerang kesakitan apabila dirinya terjatuh.MyungSoo yang melihat ingin membantu apabila ada sesuatu yang menangkap rongga hidungnya.Langkahnya terundur kebelakang.

 

”Da—darah”

 

Matanya melihatkan gadis tersebut yang sedang membelek lututnya yang luka.Urat-urat mula muncul disebalik otot tubuhnya.MyungSoo menahan dari sesuatu menyelinap keluar dari balik bibirnya sambil langkah perlahan-lahan mengundur kebelakang dan menahan dirinya dari menyambar tubuh gadis tersebut.Tubuhnya kemudian terhentak kuat dengan sesuatu dibelakang.

 

HaNeul tersentak apabila secara tiba-tiba dirinya terlanggar sesuatu daripada belakang apabila sedang memerhati kawasan yang dilaluinya.Sejak dari tadi HaNeul berkeliaran dikawasan tersebut tidak tahu kemana arah yang ingin dituju setelah dirinya terlepas jejak oleh Zelo dan JongUp  yang mengejarnya.

 

Dengan berpaling,dia segera meminta maaf apabila mendapati  yang baru dilanggarnya merupakan seorang pemuda.Saat mereka bertentang mata,HaNeul seperti dapat merasakan sesuatu yang kuat mengalir dipersekitarannya.Dia terkesima.MyungSoo tanpa berkata apa dengan kelam kabut beredar daripada situ dengan wajah yang sedia pucat.

 

HaNeul jadi bingung akan gelagat pemuda tersebut sehinggalah dia terlihat seorang gadis yang sedang membelek kakinya yang luka.Dia menjadi lupa seketika tentang gelagat aneh pemuda tadi lalu bergegas menuju kearah gadis tersebut.

 

Melihatkan gadis comel itu yang sedang meniup luka dilututnya membuatkan dirinya merasa kasihan.Segera dia menunduk lalu membantu.Saat mereka bertentang mata,HaNeul tersenyum kearahnya.

 

“Bagaimana kamu boleh tejatuh?mari,saya bantu..” HaNeul segera membelek luka tersebut.Gadis itu yang sedang kesakitan tidak pula bersangka buruk apabila munculnya gadis asing yang tiba-tiba membantunya.Malah dia melihatkan HaNeul yang mula menarik bajunya lalu dengan kain tersebut dia mula membalut luka dilutut gadis itu.

 

“Kamsahamnida unnie..” Gadis itu berkata lalu perlahan-lahan bangun sambil dibantu oleh HaNeul.Gadis itu melihatkan barang-barang yang dibelinya sebentar tadi terjatuh daripada bakul basikalnya.”Omo..saya terlupa tentang omma dikedai”  Omelnya sendirian sambil memungut barang-barang tersebut.

 

“Unnie..sekali lagi terima kasih kerana membantu” Gadis itu menunduk kearah HaNeul setelah mengangkat basikalya semula.”Oh iya..Nama saya Shin EunByul.Gembira bertemu dengan unnie..” Gadis itu tersenyum.

 

“Song HaNeul..” Balas HaNeul.”Hati-hati ye” Kata terakhirnya sebelum gadis itu mengayuh basikalnya perlahan.

 

HaNeul masih lagi tersenyum setelah pemergian EunByul.Pertama kali dia melarikan diri dan keluar daripada rumah agam yang didudukinya.Dan tiada siapa pun yang tahu akan kewujudan tempat itu.Baru saja dia tiba disini,dia telah terserempak dengan dua insan.

 

Teringat semula dia akan pemuda kacak yang ditemuinya sebentar tadi.Sikapnya kelihatan benar-benar aneh.Dan bagaikan ada suatu perasaan dalam dirinya ingin mengetahui lebih lagi tentang pemuda itu.HaNeul tersenyum sendiri kerana puas setelah dapat mencuri keluar dari rumah agam tersebut.Matanya masih ingin melihat lagi dunia yang belum pernah diterokainya.Baru saja dia ingin berganjak,tiba-tiba ada satu tangan yang menyentuh bahunya.

 

“I got you..” HaNeul terkaku disitu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Taeyeon_ssJH
#1
Daebak!!!!
KUROBARAHIME
#2
Chapter 17: AWWW,YONGGUK MEMANG SWEET!
THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: FINALLY AN UPDATE!
KUROBARAHIME
#4
Chapter 15: SIAPA PEMUDA TU?
KUROBARAHIME
#5
Chapter 13: B.A.P OPPAS DON'T BE SAD!
KUROBARAHIME
#6
Chapter 12: THANKS FOR THE UPDATE!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 11: MAKHLUK BAWAH TANAH TU SYAITAN KE?
LovelyPurple96
#8
Chapter 11: jalan cter yg penuh misteri dan membuatkan sye berdebarr-debar utk membaca
bab yg sterusnya...
update soon.....
kirah99
#9
Chapter 10: klw boleh, tolong update cpat2 sbab saya sudah x sbar mau baca chapter 11.. haha