Idol?

Lets fall in love
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi tu, Myungri bangun lambat. Ni semua sebab JEON ARA. "alamak aku dah lambat ni. kelas anatomy dah la mula pukul 8.30 pagi. sekarang dah pukul 7.30 pagi. Ishhh menyesal aku ikut Ara malam tadi. " rungut Myungri sambil mengemas katilnya. Berdesup Myungri masuk bilik air untuk mandi. 

 

Lepas siap-siap, Myungri turun ke bawah. kelihatan Mr Kim dan Mrs Kim sedang bersarapan. 

 

"Good morning, appa! omma! " Myungri mencium pipi appa dan ommanya.

 

"Omma ingat nak gegar bilik awak tadi. Awak tahu kan jam dah pukul berapa sekarang? Malam tadi keluar dengan Ara pergi ke mana?" bebel Mrs Kim. Mr Kim yang sedang makan sandwich hanya membiarkan dua beranak tu bertekak. "Sorry omma. Ala ada lagi 1 jam 30 minit 40 saat. sempat lagi lah ma." laju je myungri menyuap sandwich ke mulutnya.

 

"awak tengoklah anak awak ni. boleh lagi dengan loyar buruk dia. lain yang kita tanya lain yang dia jawab. omma tanya ni malam tadi awak ke mana dengan Ara?" 

 

"nantilah myungri cerita eh omma. dah lambat ni. anyeong omma! appa!" myungri terus cium pipi omma dan appa nya dan dia terus berlari keluar untuk selamatkan diri. 

 

"hey budak ni nak larikan diri pulak. takpe nanti biar omma sendiri yang tanya Ara. awak ni pun satu Mr Kim. Awak boleh tengok je perangai anak awak tu eh? awak tahu tak dia balik rumah malam tadi pukul berapa? Pukul 2pagi tahu tak?! saya tak tahu lah nak cakap macam mana dengan anak awak tuh" bebel Mrs Kim sambil menuang air ke dalam cawan.

 

Mr Kim hanya mampu menggeleng sahaja. Bila bini dia dah membebel memang tak boleh berhenti dah. 

Fuhhh! laju jugak Myungri berlari ke bustop berdekatan. "nasib baik aku sempat larikan diri kalau tak mati lah aku kene bebel dengan omma. ni Ara punya pasal la nih. kalau aku tak ikut dia malam tadi takdelah aku bangun lambat hari ni," bebel Myungri sambil teringat kejadian malam tadi.

~~FLASHBACK~~

Malam tu, Myungri tengah mengulangkaji subjek anatomy sebab esok ada test tiba-tiba phone dia berbunyi. ada whatsapp masuk dari Ara.

Jeon Ara : Hoi Myungri, tengah buat apa? busy ke? ke tengah makan? atau tengah study? kau free tak? ala aku tanya nihhh....

                 Myungri : hah kau. ada apa? hishhh cuba send satu2 ni tak send msj dah macam machine gun. macam mana aku nak jawab -.-

Jeon Ara : Hehehe. Sorry beb.. excited  tuh yang send banyak-banyak. sebab kau ni kalau aku tak spam kau takkan baca kan? tahu sangat kau ni.

                 Myungri : eleh aku dengar msj banyak masuk lain tak bukan mmg kau lah sape lagi kan? hah ada apa kau whatsapp aku ni?

Jeon Ara : Hehehe. okay2 mcm ni. jom teman aku skodeng orang jom? boleh?

                 Myungri : APA?!!! KAU GILER KE HAPE? NAK SKODENG SAPE DOH?!! TAKNAK AHHH

Jeon Ara : Ala kalau taknak sekalipun takyah ahh CAPS LOCK. INGAT AKU TAK BOLEH CAPS LOCK? HAH? :P ala jom lah weii mustahak ni.                  jomlahhhhhh.. pleachhhhh T.T

                 Myungri : Yelah2. tunggu depan umah aku. kejap lagi aku keluar.

Jeon Ara : yeahhhh!! sayang kau.. muahhh :*

Myungri cepat-cepat mengemas bukunya dan terus mencapai purse dan phone nya. Myungri turun ke bawah dan melihat omma sedang menonton tv. Appa pula sedang menyiapkan kertas kerja.

 

"Omma, Myungri keluar kejap dengan Ara." jerit Myungri.

 

"Nak ke mana tuh? dah pukul 11. kedai semua dah tutup....." belum sempat Mrs Kim menghabiskan ayatnya, Myungri terus berlari ke luar pagar. kelihatan Ara sedang duduk dibangku panjang.

 

"Dah jom! sebelum omma aku tangkap kita berdua lebih baik kita cepat" Myungri terus menarik tangan Ara. Sampai Ara nak terjatuh dibuatnya.

 

Apabila sudah jauh dari rumah, Myungri mula memperlahankan langkahnya. "kau nak ajak aku skodeng sape? cuba kau cakap? sebab kau lah ni aku lari dari omma aku tawww. " bebel Myungri

 

"Aku sebenarnya nak ajak kau pergi hotel. skodeng oppa aku. huhuhu," 

 

"kau ni aku nak kata giler memang tak sebab ambil jurusan kedoktoran tapi bongok sikitlah. buat apa kau penat-penat nak skodeng oppa kau kat hotel? lebih baik kau skodeng oppa kau kat rumahh je. biarlah dia nak ke mana pun.."

 

"hotak kau! bukan jungkook oppa lah! buang masa je aku skodeng dia tuh. aku dapat tahu up10tion ada menginap dekat hotel ni so apa lagi aku nak skodeng Kogyeol oppa lah~~ dah jom masuk~"

 

Myungri dan Ara terus masuk ke dalam hotel tersebut. Mereka terus menuju ke lif. Myungri hanya ikut sahaja gerak-geri Ara. bukan dia tak tahu kawan dia tuh kalau dah keluar perangai skodeng dia tuh memang boleh mengalahkan detectives conan.

 

Tingg!! Lif tuh berhenti di tingkat 24. tingkat itu hanya untuk tetamu vvip sahaja. nasib diaorang baik malam tuh sebab tak ada security kalau tak memang dah kene halau dah. Ara terus menyorok disebalik ruang ke stor. Myungri rasa pelik.

 

"kata nak skodeng yang kau nyorok nih kenapa? dah lah seram je kat sini. aku turun bawah lah." Myungri terus melihat jam di tangannya. lagi 10 minit nak pukul 1.00 pagi. "matilah aku kalau omma tahu aku balik lambat ni~" desis hatinya.

 

"kau turunlah bawah dulu. tunggu aku dekat lobi. lagi 15 minit aku turun ehh" jerit Ara. Tiba-tiba Jooheon dan Jinhoo sedang berjalan menuju ke bilik masing-masing. "eh jooheon oppa? monsta x pun ada sekali ke? alahh mana Kogyeol oppa ni? " 

 

Myungri terus berjalan menuju ke lif. Myungri ni agak penakut kalau naik lif sorang-sorang. jadi dia berdiri di sudut lif. tiba-tiba, lif berhenti ditingkat 18. Pintu terbukak tetapi tiada orang pulak yang masuk. Myungri dah rasa cuak. Jari dia laju je nak menekan butang tutup pintu. Tiba-tiba seorang lelaki masuk. 

 

"mak aih atas sampai bawah semua hitam. dah macam hape dah. buat aku takut lagi ada lah. hish dia ni mandi minyak wangi ke hape? sakit betul hidung aku -.- " monolog Myungri sorang-sorang. 

 

akhirnya Myungri sampai di tingkat bawah. dia tengok lelaki tuh terus keluar menuju ke pintu masuk hotel. "hish aku yang tengok pun rimas. semua nak hitam tapi pandai pulak rambut tuh colorkan blonde. ahh lantak lahh lebih baik aku tido dekat sofa tuh" Myungri terus menuju ke sofa panjang. Sementara menunggu Ara, akhirnya dia terlelap.

 

"WOI! bangunlah myungri. kau ni membuta sampai keluar air liurr basi kau tuh tahu takkk? selekeh ah kau!." Ara terus kejutkan Myungri untuk balik. jam dah menunjukkan pukul 1.45 pagi. " hah?! hah jom balik. " Ara terus tarik tangan Myungri keluar dari hotel tanpa mereka sedar ada seseorang yang memerhatikan mereka.

~~ END OF FLASHBACK~~

Akhirnya kelas Anatomy tamat jugak. Myungri keluar dari kelas sambil menarik nafas lega. "fuhh! nasib baik aku boleh jawab test tadi tu kalau tak mmg kosong ler carry mark aku." Ara dari belakang terus menerpa Myungri. "hoi mengelamun sorang-sorang. macam mana test?" Ara tersenyum macam kerang busuk.

 

"eh kau bolehh senyum-senyum lagi eh. kau la punca sem

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
Kim_Suhyun #2
Chapter 32: Aigoo-yahh! kesian Myungri kena hadap manusia jahat macam Yeri tu. keep updateee~ i want to know the endinggg~~!
nadeiyla41
#3
Chapter 31: Don't believe Yeri...
Trust your boyfriend..
nadeiyla41
#4
Chapter 26: Enemy turns into lover!!
So sweet!
Minniemyungie #5
Chapter 22: Update <3
Swaaaggggg_love #6
Chapter 22: Eeiiii kejamnya Diana ni. Tak malu dh lah duduk rumah org lps tuh nak cri pasal pulak! Updateee ^^
BabyBaekBacon
#7
Chapter 22: padan muka diana !!! update soon authornim
chohanlove #8
Chapter 22: padan muka diana... update soon .
chohanlove #9
Chapter 21: wonho dgn myungri ni comel laa . hahahaaha . . apapun , bnci diana . !!!
update soon!!!! sy tunggu tauu .