you're mine (part 7)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 7) - I THINK I LOVE YOU

 

Hari minggu berikutnya...

Tiba masanya untuk Bomi meninggalkan rumah dan keluarganya kerana seorang wanita yang telah berkahwin harus tinggal bersama suaminya. Sedang Bomi mengemas pakaiannya ke dalam beg, dia mengenangkan nasibnya yang terpaksa mengikuti dan tinggal bersama Baekhyun. Sebelum dia meninggalkan rumahnya, dia yang tidak dapat menahan kesedihan terus menangis teresak-esak di hadapan ibubapanya.Mrs. Yoon memeluk Bomi sambil menenangkan hati anak kesayangannya.

'' Sayang.. jangan nangis.. nanti senang2 datang rumah sini.. ajak Baekhyun tidur dekat rumah time hujung minggu.. dah besar dah.. tak mo nangis2.. Tak malu ke Baekhyun tengok Bomi nangis.. dah tak cantik dah..''

'' Biar laa dia tengok.. Bomi rindu mama..'' kata Bomi sambil menahan tangisannya. Bomi memeluk ibunya dengan erat.

'' Bomi.. dah dah.. suami kamu tuh dah tunggu nak ambil kamu.. tak pe laa.. nanti kalau free, suruh Baekhyun tidur dekat rumah kita plak..'' pujuk Mr. Yoon.

'' Orait papa.. mama.. nanti Baekhyun dengan Bomi datang tidur dekat sini..'' kata Baekhyun kepada ibubapa mertuanya dengan sopan.

'' Bomi jomm.. daddy dan mummy tengah tunggu dekat rumah sana.. jom..''.

Baekhyun memegang tangan isterinya dan mengesat air mata yang mengalir di pipi Bomi.

Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.

 

Dalam kereta..

Baekhyun menenangkan Bomi yang masih menangis.

'' dah.. dah.. aku tak nak mummy dengan daddy tengok mata ko bengkak.. berhenti menangis..'' usik Baekhyun.

Baekhyun terus mengambil tisu dan mengelap pipi Bomi.

'' dah.. jangan nangis dah..''

Bomi seperti tidak mengenali Baekhyun. Baekhyun terus berubah menjadi seorang yang sangat romantik. Mata mereka bertentangan.

badummpp.. badummpp.. hati Bomi berdegup dengan laju..

Bomi terus mengalihkan muka dan terus merampas tisu dari tangan Baekhyun.

'' tak pe.. aku boleh buat sendiri..''

Baekhyun tersenyum dan terus memandang ke arah luar tingkap.

'' pahal dengan mamat nih hari ini.. gentleman giler.. '' bisik Bomi dalam hati.

 

Sesampainya mereka di rumah Baekhyun..

'' Bomi.. sampai pun.. meh masuk.. nape mata bengkak nih..'' tegur Mrs. Byun yang berada di hadapan pintu rumah.

'' Nih haa.. anak mummy nih tadi nangis time nak tinggalkan rumah..'', kata Baekhyun.

'' alaa.. tak yah nangis2 nanti hujung minggu jumpa laa mama dengan papa Bomi..'' pujuk Mrs. Byun.

'' Baekhyun... tunjuk bilik Bomi.. kesian Bomi penat.. biar dia rehat..''

 

Baekhyun masuk ke dalam rumah diikuti Bomi di belakangnya.

'' nih bilik ko.. bilik ko sebelah bilik aku je.. kalau ada apa2 hal.. ko ketuk bilik aku.. dah aku nak masuk bilik..''

Bomi hanya memandangnya yang berjalan masuk ke dalam bilik yang terletak di sebelah biliknya.

 

Malam itu..

Bomi kebosanan kerana tiada orang untuk dia berborak. Selalunya dia berborak dengan mamanya mengenai hal sekolah dan group kpop kesukaannya, EXO. Bomi sangat meminati kumpulan tersebut. Sedang dia bermain internet di laptopnya, dia teringat akan sapu tangan Baekhyun yang pernah dia pinjam dulu.

'' aaa.. aku baru teringat pasal sapu tangan dia hari tuh.. baik aku pergi pulangkan.. kejap lagi dia tuntut kat aku plak.. karang kata aku nak buat harta pulak..'' 

Bomi yang sedang memakai baju tidur keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik Baekhyun. Keadaan di rumah Baekhyun sunyi sepi kerana Mr. Byun dan Mrs. Byun sudah tidur di bilik.

'' aikk.. pahal aman sentosa je rumah nih.. budak nih dah tidur ker..''

Bomi mengetuk pintu bilik Baekhyun tapi dia tidak memberi apa-apa respons. Bomi memutar pintu bilik tersebut dan melihat Baekhyun tengah memakai jaket di hadapan cermin. Baekhyun terkejut melihat Bomi berdiri di pintu biliknya.

'' Hoi.. ko tak reti ketuk dulu ae.. main masuk je..'' marah Baekhyun.

'' aku dah ketuk banyak kali.. ko tak dengar.. aku nak pulangkan sapu tangan ko hari tuh.. ko nih siap2 nak pergi mana..? '' tanya Bomi.

'' shhhh.. senyap.. nanti daddy dengar kita bising2.. aku nak pergi gig.. malam nih aku ade show..'' jawab Baekhyun perlahan.

Bomi masuk ke dalam bilik Baekhyun dan terus menutup rapat pintu itu.

'' hoi.. kalau daddy tahu ko keluar malam2 nih macam mana..?!! apa aku nak jawab kejap lagi.. takkan aku nak cakap ko pergi gig.. tak de2 baik ko jangan keluar.. kalau tak aku jerit.. daddy... daddy !! '' 

'' aduhh... senyap laa.. tak boleh.. malam nih aku kena pergi jugak.. nih bukan practise.. nih memang show live..'' jelas Baekhyun kepada Bomi tentang sebab dia terpaksa keluar pada hari ini.

'' kalau macam tuh.. aku ikut !! '' paksa  Bomi.

'' haaahh !! ishh.. iya laa.. aku dah lambat nih.. aku bagi ko 5 minit je siap.. jangan lama2..'' keluh Baekhyun.

10 minit kemudian, Bomi masuk semula ke dalam bilik Baekhyun.

'' dah 10 minit dah.. ko buat apa lama2 kat bilik.. aku tengok macam tuh jugak.. ''.

'' habis tuh ko nak aku pakai baju tidur yang seksi tuh laa pergi sana..'' balas Bomi terhadap bebelan Baekhyun mengenai pakaiannya.

'' oooo.. yang ko pakai seluar jeans pendek nih tak seksi plak... dah.. aku dah lambat jomm !! '' balas Baekhyun.

 

Baekhyun berjalan ke arah tingkapnya dan memanjat keluar. Bomi terkejut dengan idea Baekhyun yang ingin keluar dari rumah melalui tingkap bilik.

'' haa !! ko nak keluar ikut tingkap..?!! '' jerit Bomi.

'' haa iya laa.. aku tak nak kantoi dengan daddy aku.. nih jalan paling selamat.. so aku ikut tingkap turun.. guard rumah aku dah biasa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss