you're mine (part 52)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 52) - SEHUN ? HAYOUNG ? DALAM BILIK HOTEL ?

Cepat - cepat Sehun menyentap pergelangan Hayoung. Pap ! Terundur Hayoung beberapa tapak ke belakang. Nasib baik tidak jatuh tersungkur. Siapa pula gerangan yang tiba - tiba menarik tangannya. Lantas ditoleh. Sehun ? Apahal dia boleh ada dekat sini ? 

'' Erk.. Sehun.. ko... buat apa dekat sini ? ''. Gagap.

Terkejut Hayoung melihat kehadiran Sehun di situ. Tak sangka dia mengekori mereka sampai ke hotel. Takkanlah dia tunggu dari petang tadi semata - mata mahu mengetahui ke mana arah tuju mereka. Kalau betul pun kenapa ? Pengawal yang berada di sekitar situ datang menghampiri mereka bertiga. Dongwoon mengangkat tangan kepada pengawal tersebut dan menyuruhnya tidak masuk campur dalam urusan ini. Katanya dia kenal lelaki yang cuba sakiti Hayoung. 

'' Ko pahal follow kiteorang ? stalker ? ''. Celah Dongwoon. Pandangnya baran. Marah petang tadi belum lagi habis. Mahu ditambah lagi panasnya.

'' Ko pulak nak buat apa dengan Hayoung dekat hotel nih ? ''. Tanya Sehun serius. Tangannya masih menggenggam erat pergelangan Hayoung. 

Hayoung cuba meloloskan dirinya dari Sehun. Disentap kuat tangannya. Aish ! Lalu diurut - urut tangannya. Sakit.

'' Apa yang ko merepek nih ? kiteorang nak pergi dinner pun jadi masalah ker ?! ''. Marahnya. Melampau betul kalau makan pun tak boleh.

'' Dinner ?! itu ker maksud dieorang tadi.. private.. selesa.. semua.. aku ingatkan.. ''. Bisik Sehun.

'' Haha ! aku tahu kenapa ko takut sangat aku masuk hotel dengan Hayoung.. takkanlah aku nak buat macam tuh dekat Hayoung.. ''. Kata Dongwoon.

Dia cuba mentertawakan pemikiran Sehun. Digeleng - geleng kepala. Pemikiran budak - budak betul ! Takkanlah dia cuba apa - apakan Hayoung. Dia sayang Hayoung macam adik beradik sendiri. Terdiam Sehun sejenak. Ditenung sahaja wajah Hayoung.

'' Puas ? ''. Kata Hayoung. Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. 

'' Puas ! ''. Jawabnya sepatah.

'' Kalau macam tuh silakan balik Oh Sehun.. saya ada date dengan princess Hayoung.. ''. Dongwoon menyuruh Sehun pergi dari situ. Menyibuk betul.

Gelak Sehun tiba - tiba. Haha !

'' Aish.. mana boleh macam tuh.. aku follow korang berdua pergi candlelight dinner.. tak elok pergi berdua.. lagipun aku dah lapar gila nih.. dari petang tadi tak makan.. minum pun tak.. ''. Jawab Sehun selamba.

Dia terus melangkah kakinya masuk ke dalam hotel meninggalkan Hayoung dan Dongwoon di belakang. Terpinga - pinga mereka berdua melihat Sehun. Apa masalah si budak Sehun nih ? Tak tahu malu betul. Jemput pun tak ! Tiba - tiba datang join pula.

'' Pahal dengan mamat nih ?! kacau betul laa ! ''. Bisik Hayoung di dalam hati. Mendidih rasa hati melayan perangai Sehun.

Langkah Sehun terhenti. Lalu dipaling ke belakang. Kelihatan Hayoung dan Dongwoon masih berdiri kaku di luar hotel sambil memandangnya pelik.

'' Tak nak makan ? ''. Senyumnya. Lantas berjalan kembali menuju ke hadapan. Habis semua pekerja hotel ditegurnya mesra.

Mengeluh Hayoung di situ. Digosok - gosok kepalanya. Pening betul layan kerenah dia. Lepas satu satu. Entah apa akan jadi pada hari - hari yang mendatang. Budak nih memang tak reti bahasa ! 

Huh ? Terkejut Hayoung apabila tangannya disentuh Dongwoon. Dipandang wajahnya. Dongwoon melemparkan senyuman. Handsome !

'' Tak apa.. biarkanlah dia join.. Hayoung ok tak ? ''

'' Huh.. kalau kata tak ok pun dia join juga.. urmm.. biarkan je laa.. mianhae sebab rosakkan birthday oppa..''. Digosok - gosok tapak tangan meminta maaf.

Hayoung rasa bersalah atas layanan buruk Sehun terhadap Dongwoon tapi dalam masa yang sama rasa mahu sekeh kepala Sehun time - time tuh jugak ! Gara - gara dia, habis rosak hari - hari indahnya bersama Dongwoon. Dahlah nak jumpa pun susah. Aish !

'' Tak apa.. ''. Senyum.

Lalu Dongwoon menarik Hayoung masuk ke dalam hotel. Terukir senyuman di bibir Hayoung. Gembira tak terkata ! Tak sangka Dongwoon sendiri yang memegang tangannya. Oh Mai Gosh ! Precious moment !

 

'' Ko cintakan Hayoung ? ''. Dengan tiba - tiba sahaja Sehun menyoal Dongwoon mengenai isi hatinya terhadap Hayoung. Mana tidaknya. Pelik melihat hubungan mereka. Mesra semacam. Asal jumpa mesti bersama. Suspicious kowt ! 

'' Uhukk ! uhuk ! ''. Batuk Hayoung. Tersembur keluar air kosong yang diminumnya. What ! Tak sangka Sehun menanya soalan direct sebegitu. Tak tapis langsung !

'' Apa ko merepek nih ?! ''. Balas Hayoung. Mata memberi signal supaya mengunci mulutnya sekarang. Kalau tidak parah sekejap lagi dia kerjakan. Tangan mengelap mulut.

Dongwoon hanya gelak mendengar soalan Sehun. Apa tujuan dia tanya soalan begitu ?

'' Kalau aku suka kenapa ? ''. Jawab Dongwoon selamba. Pandangnya sinis. Dihirup sedikit gelas yang berisi wain. 

Pftt ! Gelak Sehun. Diangkat garfu di atas meja dan ditunjuk - tunjuk ke arah Dongwoon.

'' Oooo.. ye ker ? kiranya ko main - mainkan perasaan Hayoung la nih..  tapi aku rasa ko still suka ex - girlfriend ko lagi.. apa nama dia.. Suzy ? ''

'' Mana ko tahu ? ''. Celah Hayoung. Mana Sehun tahu pasal Suzy ?

'' Mana aku tahu ? hehe.. SNS mamat nih... aku tengok berlambak lagi gambar ko dengan perempuan tuh.. ko langsung tak delete.. so.. maksudnya ko memang suka lagi laa.. pelik pula kalau ko kata ko suka dekat Hayoung.. ''. Gelaknya sinis. Dicapai garpu dan pisau. Lantas dipotong stik yang sudah terhidang di hadapannya. Langsung tidak disentuhnya dari tadi.

'' Aishhh !! budak nih memang cari kemarahan betul laa !! ''. Bisik Hayoung. Bibir diketap kuat menahan kemarahan.

'' Kejap kejap.. kenapa ko interested sangat dengan kisah hidup aku nih ? ''. Ketawa kecil. Pandang Dongwoon kepelikan. Beria benar mahukan kepastian. Hayoung juga memaling ke arah Sehun. Kenapa dia tiba - tiba sibuk mahu tahu kisah privasi Dongwoon. Macam reporter pula.

'' Oooo.. saja.. kenapa ? tak boleh ? ''. Jawab Sehun. Senyum.

'' Bukan tak boleh tapi... '' . Terdiam Dongwoon sebentar.  '' Suzy ? ''. Tiba - tiba sahaja Dongwoon menyebut nama Suzy.  Mukanya tiba - tiba berubah menjadi serius. Tangan diletakkan di pemegang kerusi. Gayanya sedia untuk bangun.

Bulat mata Hayoung apabila mendengar nama Suzy. Suzy unnie ? Lantas dipalingnya ke belakang. Sehun juga memaling ke arah perempuan yang disebutkan Dongwoon. Perempuan tinggi lampai. Berambut panjang. Warna coklat hazel. Berpakaian dress merah. Memang tidak dinafikan. Perempuan itu sangat cantik dan elegan. Tergumam Hayoung seketika. Tak sangka bekas teman wanita Dongwoon muncul kembali. Sekejap ? Macam mana dia tahu Dongwoon ada dekat sini ? Takkan dia beritahu pula. Rasanya sudah setahun Dongwoon dan perempuan itu putus. Bila masa mereka kembali bersama ? Dia tak pernah cerita apa - apa pun mengenai bekas wanitanya kepada Hayoung. Pelik.

'' Suzy ! ''. Jerit Dongwoon.

Perempuan tersebut seperti terkejut apabila namanya dipanggil. Berjalan pantas dia keluar dari situ. Caranya seperti mahu melarikan diri dari Dongwoon. Tanpa berkata apa - apa, Dongwoon beredar mengejari bekas kekasihnya. Hayoung hanya melihat Dongwoon pergi meninggalkannya sendirian di situ. Tergumam rasa. Perasaannya seolah - olah seperti ditinggalkan kekasih. Lantas dia memandang ke arah Sehun. Malu gila !

'' Ok.. awkward !! ''. Bisik Hayoung. Meliar matanya melihat hiasan dalaman hotel tersebut. 

'' Tuh ker Suzy ? ''. Tanya Sehun. Tangannya sibuk memotong stik di pinggan.

'' Hah ? haaa.. dah puas hati ko ? ''. Balas Hayoung.

Langsung dia menghempaskan badannya ke belakang. Keluhnya panjang. Aish ! Kenapa perlu hari ini juga Sehun muncul ? Sehun lain ceritalah. Ini Suzy unnie pun muncul juga ? Apa malang nasib aku hari nih ! Masing - masing senyap. Hayoung memandangnya. pelik. Boleh lagi dia berselera makan ? Pftt !

Sudah beberapa minit berlalu, dilihat Dongwoon bergegas kembali ke meja mereka. Mukanya serius.

'' Mianhae Hayoung-ah.. oppa ada hal.. nak oppa hantarkan balik tak ? ''

'' Haa.. tak apa.. tak apa.. Hayoung lapar lagi.. ''. Ditarik lengan Sehun lalu dipautnya.

'' Sehun boleh temankan Hayoung.. hurmm.. oppa pergi laa jumpa Suzy unnie.. penat dia tunggu.. ''. Sambungnya.

Sengaja dibuat - buat ketawa. Sehun hanya tersenyum mendengar alasan yang diberikan Hayoung. Cliche sangat ! Digeleng - geleng kepala. Dia sudah paham apa niat Hayoung sebenarnya. Menjaja namanya untuk mengelak daripada Dongwoon.

'' Orait.. oppa dah bayarkan bil.. Hayoung makan je ye..  Sehun.. ko jangan lupa hantar dia balik.. orait.. oppa pergi dulu.. ''. Diusap kepala Hayoung. Sehun hanya mengangguk mengatakan ya. Lantas Dongwoon pergi meninggalkan mereka berdua di meja.

Muka Hayoung kelihatan kecewa apabila ditinggalkan Dongwoon begitu sahaja untuk berjumpa kekasih lamanya. Rasa nak nangis pun ada juga. Tapi ditahan sahaja perasaan itu. Takkan nak menangis air mata darah pula depan si Sehun. Malu kowt ! Lagi dia ejek - ejek ada.

'' Aku tahu apa yang ko pikir dalam kepala otak ko tuh.. aku tahu aku tak cantik.. tak seksi.. tak bergaya macam ex-girlfriend oppa tuh ! ''. Bebel Hayoung.

'' Siapa kata ko tak cantik ? Ko cantik kowt.. ko sorang je fikir macam tuh.. ''. Kata Sehun.

'' Huh ? Biar betul mamat nih pu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss