you're mine (part 6)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

YOU'RE MINE (PART 6) - TODAY IS THE DAY, YOU'RE MINE

 

'' Yupp.. it's me Kris.. ''. Kris memperkenalkan dirinya.

Bomi masih lagi terkejut apabila dia mendapat tahu orang yang pernah menolongnya dahulu adalah budak sekolah dan kemungkinan satu tahun dengannya.

'' Hoi Bomi.. tak nak kenalkan dekat kiteorang ker..? '' kata Eunji yang melihat mata Bomi tidak berkelip memandang Kris.

'' oohh.. korang kenalkan ini Kris.. '' kata Bomi kepada mereka bertiga.

'' annyeonghaesayo.. saya Kris.. selamat berkenalan..''. Kris memperkenalkan dirinya sambil memberi hormat kepada mereka bertiga.

Baekhyun ternampak Bomi sedang bercakap dengan orang yang tidak dia kenali sambil bergurau senda. Tapi malangnya dia tidak dapat mendengar apa yang dibualkan oleh mereka. Mukanya terus berubah dan terus beredar daripada gelanggang.

 

Kringg... loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat sudah tamat.

 

'' Orait Kris.. nanti kiteorang borak lagi.. kejap lagi cikgu garang masuk kelas kiteorang.. so kiteorang terpaksa masuk kelas cepat... Nanti kita borak lagi ye...''. Bomi meminta izin untuk beredar dari situ.

Chorong menarik tangan Bomi kerana mereka sudah lambat untuk masuk ke kelas. Kris hanya berdiri senyum sambil melihat mereka berempat lari anak masuk ke dalam sekolah.

 

Dalam kelas..

Sedang Bomi, Chorong, Naeun dan Eunji berjalan masuk ke kelas, mereka asyik menyebut nama Kris dan mengusik Bomi kerana muka Bomi merah ketika mereka berborak tadi. Baekhyun yang sudah masuk awal ke dalam hanya memandang Bomi ketawa. Bomi yang ternampak Baekhyun terus berhenti ketawa dan menutup mulut Chorong dengan tapak tangannya. Bomi terus duduk dan memandang ke arah Chorong sahaja. Dia merasakan Baekhyun marah kepadanya sedangkan dia pun tidak tahu sebab sebenarnya. Bomi yang sedang memberi tumpuan belajar terkejut apabila handphonenya bergetar.

'' Baekhyun message aku..? ''.

Bomi memandang Baekhyun dan melihat Baekhyun menunjukkan handphone supaya Bomi melihat messagenya.

 

Baekhyun : lepas sekolah jumpa aku kejap.

Bomi : merongg... tak mo..

Baekhyun : ko nih degil laa.. aku nak cakap sikit..

Bomi : nak cakap aper.. kalau tak penting aku tak mo jumpa ko.. :P

Baekhyun : ishh...

Bomi : cakap je laa dekat sini..

Baekhyun : ko tadi bukan main gelak ketawa dengan siapa entah.. budak baru ea?

Bomi : aa.. kawan aku.. biar laa.. ko sibuk apa..

Baekhyun : ko tak payah nak angau sangat.. ko nih pantang kalau ada lelaki cakap dengan ko.. bukan main suka lagi.. siapa dia?

Bomi : dia laa yang pernah tolong aku dulu tuh time aku susah.. takkan aku nak buat muka plak.. aku layan je laa.. dah.. aku tak nak message ko dah.. bai..

Baekhyun : hoi..

Baekhyun : hoi hoi hoii..

Baekhyun memandang ke arah Bomi dan menunjukkan handphonenya supaya Bomi membalas kembali messagenya tapi Bomi menunjukkan lidah dan terus meletakkan handphonenya ke dalam poket beg. Chanyeol yang ternampak kelakuan meraka berdua hanya mampu ketawa kerana dia tidak mahu masuk campur dalam hal urusan percintaan mereka.

 

 

Seminggu sebelum wedding..

Baekhyun yang sedang sibuk memetik gitar di bilik tidurnya terhenti apabila telefon bimbitnya mendapat satu panggilan masuk.

'' Bomi..?!! '' jerit Baekhyun perlahan apabila menerima panggilan daripada Bomi.

'' Hello..?? ''

'' Hello Baekhyun.. nih Bomi.. boleh tak aku nak jumpa ko kejap petang nih ?.. aku ada hal nak cakap sikit dengan ko..'' balas Bomi.

'' Hurm.. ok.. pastikan hal penting.. nak jumpa dekat mana..? '' tanya Baekhyun.

'' kita jumpa dekat taman area rumah ko pukul 5.30..'' balas Bomi lagi.

'' orait.. jumpa dekat sana..''

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss