you're mine (part 41)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

BTOB - 2nd Confessions / Beep Beep

Apink - Lovely Day / I Need You

 

YOU'RE MINE (PART 41) - INI SEMUA SALAH SANGKA

'' Ishh !! berat betul budak nih... dia nih makan nasi ke makan batu ?! ''

Dihempas Baekhyun ke katil. Termengah - mengah Bomi mengangkatnya dari teksi hingga ke bilik. Berat tak terkata !

'' Lain kali kalau dia mabuk lagi.. aku cabut lari dulu.. biar dia sorang2 dekat situ.. tuh laa.. dah tahu tak pandai minum lagi nak betting dengan si Kris tuh.. aishh.. ''.

Puas Bomi membebel di situ. Rambut hadapan ditiup. Fuh !

Baekhyun masih menyedarkan diri. Kuat bau arak di badannya. 

Hatinya seperti teragak - agak. Mahu ditukarkan baju Baekhyun atau tidak ? Kalau tidak ditukarkan, kesian pula. Jadi, terpaksalah dia menebalkan muka menyalin baju bersih untuk suaminya. 

'' Aduss... apa aku nak buat nih !! nak tukar baju dulu ker seluar dulu ?! macam mana kalau tiba2 dia terbangun.. malu aku !! ishh..''

Macam macam bunyi dikeluarkan. Mengeluh dia di situ. Pakaian Baekhyun masih lagi tidak ditukarkan lagi. Memang sudah mahu dibuka butang baju tapi dilepaskan kembali jarinya dari butang tersebut. Masih tiada kekuatan. Ketar !

'' Alahai.... ok.. ok.. relax Yoon Bomi... hal su isseo !! aku bukan nak buat apa2 pun.. kalau dia bangun, aku cakap je aku nak tolong dia tukar baju.. senang.. orait.. hal su isseo Yoon Bomi !! ''. Diurut dada.

Puas dia mengumpul keberanian. Sudah beberapa kali dia menelan air liur. Tangan diayun - ayun memberi semangat. Yoon Bomi pasti boleh !

Fuuuhhhh !!!

Perlahan - lahan dia mencapai butang baju. Dibuka satu persatu. Nasib baik Baekhyun menutup matanya. Kemeja T lengan panjang kotak - kotak dicabut dari badan. Diganti dengan baju biasa lengan pendek yang diambil dari almari baju. Siap !

Selesai sudah tugas pertamanya menggantikan baju. Sekarang seluar pula. Baginya disuruh menggantikan baju, dia boleh terima lagi. Seluar ?! Ini perkara yang sangat luar biasa. Dia tidak pernah mempunyai adik lelaki untuk ditukarkan seluar. Inikan pula tukar seluar lelaki dewasa. Sebaya dengan dia. Memang dia tahu Baekhyun itu sudah menjadi suaminya tapi dia masih terasa malu dan terlalu awal baginya.

'' Aduh !! aku mana pernah tukar seluar orang.. lelaki pulak tuh !!! mama !! Bbom nak buat macam mana nih !! ''

 

 

'' Sayang !! I rasa macam Bomi panggil2 I laaa.. ''. Diusap - usap telinga. Tiba - tiba Mrs. Yoon terasa telinganya bengang.

'' Perasaan awak je tuh.. mana tahu anak kita tengah bermesra - mesra dengan boy.. budak2.. darah muda... ''. Mr. Yoon hanya cakap acuh tak acuh. Sebenarnya dia sibuk membaca buku motivasi sebelum dia melelapkan mata.

'' Urmm.. mungkin.. ''

Betul juga kata suaminya. Mungkin perasaan sahaja.

 

 

'' Mama !! ''. Bomi masih memanggil - manggil ibunya. Fikirannya berbelah bahagi. Mahu ditukar ataupun tidak ?

'' Orait... senang jee Yoon Bomi.. tadi baju ko boleh tukar.. takkan seluar ko tak boleh tukar ?! lagipun dia bukan bogel pun.. pakai seluar dalam kowt.. orait.. hal su isseo !! ''

Dibuka perlahan - lahan butang seluar jeans jenama Levi's. Zip ditarik ke bawah.

Zekkkkk !!

Seluar dilucut keluar. Nasib baik Baekhyun memakai boxer. Fuhhh !! Lega lagi.

Seluar pendek disarungkan ke kaki. Diangkat kaki kanan dan diangkat pula kaki kiri. Siap !

Sedar tak sedar, Baekhyun lama memerhatikan isterinya sejak jeansnya ditarik keluar. Sebenarnya dia masih mabuk. Cuma dia tersedar sebab terasa seperti diganggu.

'' Ko buat apa nih ?! '', tegur Baekhyun. Terkedip - kedip mata memandang Bomi.

Tapp !!

Tangan Bomi dipegang. Matanya merah. Hanya separa mata sahaja dibuka. Dahi berkerut melihat Bomi.

'' Oppssss... ''. Terkaku dia di situ. Kosong fikirannya. Mong !

'' Aaa.. erk.. aku cuma.. nak.. ''

'' Nak apa... ''. Disentap ke dakapannya.

Bomi membulatkan matanya. Jantungnya berdegup. Dugun. Dugun.

'' Aku.. aku cuma nak tukarkan baju ko.. urmm.. baju ko kotor.. ''

'' Ker ko nak mesra2 dengan aku nih ?! ''. Senyum nakal.

'' Takkk !!! ''. Tengkingnya.

'' Tak apa laa... tak payah segan2.. meh sini... ''. Baekhyun menarik - nariknya.

'' Baek !! lepaskan aku.. ko mabuk nih.. ishh !! lepaskan aku.. aku cakap !!  ''

Bomi cuba meloloskan diri tapi kuat Baekhyun memegangnya .Tidak lepaskan.

'' Baek !! lepasakan aku !! ''

Lantas disentap kuat lalu tertumbuk muka Baekhyun.

'' Oppppsss !!! ''

Baekhyun pengsan di situ. Tidak sedarkan diri. Hidungnya berdarah. Meleleh keluar hingga ke pipi.

'' Aaaaa !! ottoke !! ottoke !!!! apa aku dah buat nih !! aku tak ada niat pun nak tumbuk dia sampai pengsan macam nih... ''

Terkinja - kinja Bomi di situ. Tak sangka Baekhyun pengsan disebabkan pukulannya. Rasanya perlahan sahaja.

Dicuit - cuit badan. Tidak bergerak. Perlahan - lahan dia merapatkan telinganya ke hidung Baekhyun. Nasib baik berfungsi lagi pernafasannya. Fuh ! Lega.

Berlari dia ke bilik mendapatkan kain untuk dilap hidung Baekhyun.

Pipi dan hidung sudah kelihatan bengkak. Dikuak rambut Baekhyun ke tepi. Perlahan - lahan dia membersihkan seluruh wajah Baekhyun. Pada mulanya dia seperti menyesal akan perbuatannya. Tapi siapa suruh Baekhyun memaksa - maksanya ?! Difikir - fikir balik tidak boleh menyalahkan Baekhyun seratus peratus. Dia memang mabuk. Pasti dia tidak sedar langsung atas perbuatannya tadi.

'' Aduh... aku nak jawab apa dengan dia kalau dia sedar ?! sure esok dia marah2 aku... mahu tak marah.. lebam gila muka dia.. kalau aku pun mengamuk.. ''. Ngomel Bomi keseorangan.

 

 

'' Bomi !! Bomi !! ''

Bomi yang sedang bermain internet di laptopnya terkejut apabila namanya berulang kali disebut. 

'' Opppsss... sudah !! ''

Apa alasan yang sesuai hendak diberi.Takkan buta - buta macam itu sahaja diberitahu sebenarnya dia yang memukulnya. Lagipun dia tak sengaja. Tidak !

'' Apa aku nak jawab kejap lagi kalau dia tanya... omma !! ''

Kaki digoyang laju di kerusi.

Kcekk !! kcek !! kcek !!

Dia hanya senyap di bilik. Langsung tidak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss