you're mine (part 50)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

Bomi funny/cute moments ep 5 Apink Showtime 에이핑크 보미 

http://www.youtube.com/watch?v=F5Jut9ty6c0

 

YOU'RE MINE (PART 50 ) - TICKET TO PARIS ! JUST FOR BOTH OF US ?!

'' Halmoni tuh ?! Baek.. tuh ker halmoni yang cakap tadi tuh ? ''

Gigil Bomi di situ. Bulat matanya memandang Baekhyun yang juga menyorok ketakutan.

'' Molla.. ''. Jawabnya.

** Molla ( 몰라 ) - don't know

'' Molla ?''. Dengus Bomi.  '' Ko mesti tau muka halmoni tuh macam mana ?! ''

Terlupa hal itu seketika. Rasa mahu marah sahaja Baekhyun. Tangan sudah dicekak di pinggang. Takkanlah dia pun sendiri tidak ingat muka nenek itu bagaimana. Sebelum itu bukan main rancak bercerita semua. Sanggul bagai ! Tadi kenapa lari lintang pukang kalau dia sendiri pun tidak pasti sama ada orang yang sama dijumpai dahulu ?

'' Ye laa.. aku nampak sekali imbas je.. yang aku nampak perempuan tua pakai baju warna putih.. yang ko ikut lari sekali dengan aku kenapa ?! ko pun takut kan ? ''

'' Ye laa !! siapa tak takut kalau nampak orang berdiri dekat tepi jalan tengah2 malam macam nih !! ''. Celah Bomi.

Baekhyun sibuk mengintai dari tingkap. Diselak sedikit langsir rumah. Mata menelopong di ruang kecil di antara langsir tersebut. Mana tahu tiba - tiba jelmaan Mrs. Yoon datang muncul di hadapan pintu utama rumah ?

'' Gaja... kita pergi intai dari bilik aku.. bilik aku boleh straight tempat halmoni tadi.. ''. Ajak Bomi.

** Gaja ( 가자  ) - Let's go

Ditarik tangan Baekhyun. Berpegangan tangan. Separa merangkak mereka berdua berjalan dari tingkat bawah sehingga masuk ke dalam bilik. Takut kalau tiba - tiba nenek tadi muncul dekat tingkap. Pergh !

Perlahan - lahan dijenguk ke bawah dari tingkap bilik tersebut. Nenek yang dikatakan Baekhyun itu masih berdiri di situ. Masih statik. Tidak bergerak walaupun seinci. Diturun kembali kepala mereka. Terduduk di lantai. Masing - masing takut !

'' Baek.. nih semua salah ko !! siapa suruh mulut ko cabul sangat.. kan dah datang halmoni favourite ko tuh ! kejap lagi kalau dia muncul depan kita macam mana ? ''

'' Tak apa.. ko jangan risau.. aku dah kunci pintu tingkap semua.. dia takkan boleh masuk punya... percaya cakap aku.. ''

Bomi memukul kuat paha Baekhyun. Papp ! Bergema bunyi tamparan tersebut. Boleh pula dia buat lawak waktu - waktu genting macam ini. Baekhyun mengurut - urut pahanya yang kesakitan. 

'' Aduhh Bomi !! sakit laa.. ''. Mengurut - urut pahanya yang kesakitan.

'' Time nih laa ko nak main2.. hantu tak payah guna tingkap atau pintu nak masuk !! kalau dia rasa nak masuk.. dia masuk time2 nih jugak !! dinding pun boleh tembus tau tak !! tak pernah tengok cerita hantu eaa ?! ''

Nada suara dikawal. Sekejap tinggi. Sekejap rendah. Sekejap kurang pasti apa yang diperkatakan Bomi. Boleh pula si Byun Baekhyun bergurau senda mengenai hal serius begini. Memang dapatlah sebijik !

'' Aku main2 pun tak boleh !! ye ye.. jom kita tengok balik.. mana tau halmoni tuh dah hilang ker.. ''

Dijenguk kembali. Nenek itu masih tercegat di situ. Lantas Baekhyun memberanikan diri lalu dibuka tingkap bilik itu.

'' Baek !! Jamkkanman  !! ko buat apa tuh ?! tutup balik tingkap tuh !! jangan bangun !! jangan !! ''

** Jamkkanman ( 잠깐만 ) - Wait 

Bomi menarik - narik seluar tidur Baekhyun. Marah dia dengan nada perlahan. Takut nenek itu dengar perbualan mereka. Baekhyun memegang erat seluar itu dengan kedua - dua belah tangannya. Mahu tercabut dek kerana disentap kuat.

'' Tenang.. tenang... ko duduk je dekat situ.. aku nak cakap sikit dengan halmoni tuh.. ''

Terkedu Bomi melihat Baekhyun. Berani juga dia mahu berbicara sama makhluk halus. Rasa macam rancangan Seekers pula. Kalau orang lain dah terkencing dah. Boleh jadi pengsan !

'' Halmoni !! saya Baekhyun.. budak yang dulu2 hantar halmoni balik !! halmoni ingat lagi tak ?!  ''

Jerit Baekhyun ke arah nenek tersebut. Tangan melambai - lambai ke arahnya. Takut takut juga ! Kalau dia tak buat macam itu, entah - entah sampai subuh pun hantu Mrs. Yoon itu duduk tercegat di situ. Diperhatikan perempuan itu. Masih lagi berdiam diri. Matanya hanya memaling Baekhyun yang sibuk menjerit - jerit dari tingkat atas.

'' Shhhhh !! Baek jangan !! ''. Bomi memarahinya. Disuruh Baekhyun senyap. Jari diletakkan di bibir memberi amaran.

'' Halmoni.. anak halmoni kata.. halmoni dah tak ada dekat dunia nih.. kenapa halmoni datang lagi ? apa salah saya.. saya tak pernah kacau halmoni !! ''

Jerit Baekhyun lagi. Masih tiada respons. Buntu kepala memikirkannya. Tiada lagi cara lain sudah untuk menghalau nenek tua itu dari hadapan rumahnya. Lantas Baekhyun beredar dari situ. Mahu berjumpa secara depan - depan. Pelik ? Kalau betul dia hantu. Kenapa dia tidak datang serang atau terbang ke arah mereka ?

'' Baek !! ko nak pergi mana ? ''. Bomi memeluk belakang Baekhyun. Takut ditinggalkan keseorangan.

'' Nak turun jumpa halmoni tuh.. something wrong somewhere.. ''. Katanya.

'' Haahh ?!! Jangan !! eehh tak ?!! aku ikut !! aku ikut !! ''

'' Jom.. nak kayu baseball nih.. kalau apa2 terjadi.. ko pukul pakai benda nih.. takkan aku pulak nak pegang ? nanti halmoni tuh ingat aku nak serang dia pulak ! ''

Dicapai kayu itu dari genggaman Baekhyun. Berjalan mereka pantas menuju ke bawah. Tapp ! Tapp !! Tappp !!

 

Baekhyun membuka perlahan - lahan pintu pagar rumah. Krekkkk ! Dijenguk keluar. Nenek itu masih di situ. Dahinya berkerut. Kenapa dia tidak berganjak dari situ ? Dia berjalan menghampirinya. Bomi hanya menyorok di sebalik pagar. Hanya diintai dari lubang - lubang pagar tersebut. Deras pernafasannya. Humm ! Hahh ! Humm ! Hahh !

'' Halmoni ? ''. Tegur Baekhyun. Jari hampir menyentuh nenek tua itu. 

Kedengaran suara dua tiga orang menjerit - jerit ke arahnya. Memaling dia ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang perempuan warga asing dan dua orang warganegara berlari anak ke situ.

'' Maam !! Maam !! ''. Jerit warga asing itu. Kelihatan umurnya dalam lingkungan 30-an. Gaya dan pakaiannya seperti orang gaji mereka. Berbaju warna merah jambu. Ada apron lace putih di hadapan.

'' Eomma !! ''

Terdengar suara lain pula memanggil gelaran ibu. Mata cuba memfokus ke arah mereka. Hanya kelihatan warna baju sahaja yang berlari ke arahnya. Muka masih lagi tidak kelihatan. Kabur.

'' Eomma ? Maam ?! ''. Baekhyun memandang nenek itu kepelikan. Lalu disentuh lengannya. Orang ?

'' Maam !! Maam pergi mana dari tadi ?! puas kami cari.. dekat sini rupanya.. ''

Warga asing itu membelek - belek tubuh perempuan tua tersebut takut kalau - kalau dia tercedera di mana - mana. Kedua - dua warganegara tadi yang berlari ke sini juga sudah sampai di situ. Kelihatan seperti keluarga kepada nenek ini. Mereka banyak kali meminta maaf kepada Baekhyun kalau - kalau ibunya datang mengacau dia.

'' Joesonghamnida... Joesonghamnida kalau eomma aunty datang kacau anak dekat sini.. ''. Wanita dalam lingkungan 40-an datang meminta maaf.

** Joesonghamnida ( 죄송합니다 ) = I'm sorry ! (formal)

'' Oppa dengan aunty dari tadi cari halmoni dekat seluruh kawasan nih... maafkan halmoni saya ye.. halmoni sakit.. suka keluar sorang2... nasib baik awak jumpa dia.. neomu neumo gamsahamnida.. ''. Celah anak wanita itu. Ditunduk kepalanya meminta maaf.

** Neomu neomu Gamsahamnida ( 너무  너무  감사합니다 ) - I'm very very sorry !

'' Ooo.. tak apa.. tak apa.. nasib baik saya yang jumpa dia.. ''. Senyum Baekhyun.

Dalam hati rasa lega. Nasib baik orang bukan hantu yang dimaksudkan mereka tadi. Kalau tidak, lain pula ceritanya. Bomi yang sibuk menyorok di sebalik pagar rumah tadi datang menghampiri mereka di situ. Lega hatinya. Dia langsung menyapa keluarga itu.

'' Annyonghaseyo... oppa aunty unnie.. halmoni dari tadi berdiri dekat situ.. kitaorang ingat dia haann.. ''. Lalu mulutnya ditutup oleh tangan Baekhyun. Meronta suaranya menyuruh Baekhyun melepaskan tangannya dari situ.

'' Hehehe... ''. Tersengih Baekhyun. Digeleng - geleng kepalanya.

'' Paham.. aunty paham.. kamu nak cakap halmoni hantu kan ? hehehe.. aunty dah biasa sebab minggu lepas ada orang mengadu macam tuh jugak.. ''

Dilepaskan tangannya dari mulut Bomi. Sebenarnya dia tidak mahu melukakan hati keluarga itu dan mengatakan nenek tua hantu. Tapi ramai sudah mengadu pasalnya. Jadi, memang betullah.

'' Ok laa.. oppa nak bawa halmoni balik dulu.. jeosonghamnida kalau ganggu kamu berdua ye.. ''

'' Tak apa.. tak apa.. ok.. selamat jalan.. ''. Kata Baekhyun.

Keluarga itu pergi meninggalkan mereka berdua. Direnung sahaja nenek itu berjalan pulang bersama keluarganya.

 

'' Pftttttt... hahahahahaa~ ''

Gelak mereka berdua di situ. Ingatkan hantu. Rupa - rupanya orang. Cett !

'' Kelakar gila ko tadi Bomi.. jangan ! jangan ! hahaha~ patutnya aku rakam muka ko tadi.. ''. Gelaknya sambil memegang perut. Diejek - ejek cara Bomi menjerit tadi.

Bomi menutup mukanya. Malu dingatkan hal tadi. Serius !

'' Iya laa !! takut kowt time tuh.. rasa nak sorok dalam almari.. ko pulak tunjuk hero pergi tegur2 halmoni tuh buat apa ?  kalau dia datang cekik kita macam mana ?! ''

'' Well.. macam mana ? nampak handsome kan aku buat tadi ? ''. Baekhyun memuji diri sendiri. Kening diangkat.

'' Iyaa.. Iyaa.. thanks.. dah jom masuk.. karang yang betul2 datang baru tahu.. ''. Jawab Bomi.

Dia menarik baju Baekhyun supaya masuk ke dalam. Hari pun sudah lewat. Tak elok duduk lama - lama di luar. Takut lain pula yang jadi. Berjalan mereka melangkah masuk dalam rumah. Baekhyun masih lagi tidak habis - habis mengejeknya. Jangan ! Jangan ! Dibiarkan sahaja ejekan itu. Kalau diingat balik memang kelakar.

Nasib baik mereka tidak memaling ke belakang lagi. Rupa - rupanya nenek yang dijumpai Baekhyun dulu sedang memerhatikan mereka. Glurp !

 

Sampainya mereka di tingkat atas, Bomi seperti teragak - agak mahu masuk ke dalam bilik ataupun tidak. Gelak - gelak juga tadi, tapi bulu roma masih lagi meremang. Baekhyun sudah mahu memulas tombol pintunya untuk masuk ke dalam bilik tidur. Dia memaling ke tepi. Kelihatan Bomi sibuk berdiri di hadapan pintu. Jari - jemari sibuk bermain - main.

'' Nak masuk tidur sekarang ker sekejap lagi ? Macam mana kalau tiba2 dia muncul dekat syiling ?! ''. Bisik Bomi.

'' Bomi ? ko tak nak masuk tidur ker ? ''

'' Huh ? urmm.. nak... tapi.. tak ada apa2 laa.. ''. Digeleng kepala.

'' Tapi ? ''. Dilepas tombol pintu itu dan datang menghampiri Bomi.

'' Tapi aku takut nak tidur sorang2.. nih ko punya pasal laa nih.. sekarang aku dah tak boleh tidur.. ''. Bomi mencebik mukanya.

'' Nak aku teman ker ? ''

'' Ehh tak !! cuma aku nak ko teman aku tengok tv dekat bawah.. haa.. lepas tengok tv mungkin aku ngantuk ? ''

'' Haa.. iyalah.. jom.. ''

Mata Baekhyun masih melawan ngantuk. Sekejap dibuka sekejap ditutup. Ditoleh pandangannya ke arah jam dinding. Pukul 3.30 pagi. Nasib baik esok bukan hari sekolah. Kalau tidak pasti bengkak matanya. Bangun dia sedikit menjenguk Bomi. Mahu dipanggil untuk masuk tidur ke dalam bilik.

'' Bomi.. jom mas... ''. Percakapannya terhenti. Kelihatan Bomi sudah tidur.

'' Jom masuk tidur.. ''. Sambungnya dengan nada rendah.

Perlahan - lahan dia mengangkat Bomi dari situ. Rambut terjurai ke bawah. Lena betul tidur. Tersenyum Baekhyun melihat dia tidur. Macam anak - anak kecil. Comel. Dilangkah satu persatu kakinya di anak tangga. Takut tergolek. Pandangannya pula sibuk memerhatikan bibir kecil Bomi. Sesudah sampainya di bilik, diletakkan perlahan Bomi di atas katil lalu diselimut badannya. Duduk dia di sis

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss