you're mine (part 13)

you're mine
Please Subscribe to read the full chapter

 

YOU'RE MINE (PART 13) - HAWAII.. HERE WE COME..

Cuti sekolah sudah tiba..

'' Korang.. korang.. cuti nih korang idea tak nak bercuti mana2 tak ? bosan laa duduk rumah je.. '' tanya Chorong yang sedang duduk bersama mereka di hadapan padang bola sambil melihat orang bermain.

'' Huhh ? ok jugak kalau kita pergi bercuti mana2 time cuti nih.. siapa ada idea nak pergi mana ? '' tanya Eunji.

Tiba-tiba muncul suara dari arah belakang.

'' Yooo.. kiteorang tak ada idea tapi kiteorang follow... '' kata Baekhyun yang datang bersama Chanyeol, Sehun, Kyungsoo, Kai dan Suho.

'' Ishh.. ko nih dari mana2 entah tiba2 muncul dari belakang kiteorang... stalker betul.. '' balas Bomi.

'' Aku dengar korang nak pergi vacation cuti nih.. join boleh ? '' kata Baekhyun.

'' Kiteorang pun dah puas jalan2 sampai tak tahu nak pergi mana dah.. mana tau tahun nih korang ada idea lagi best ? '' sahut Sehun.

'' Kalau kiteorang ada idea pun takkan kiteorang nak ajak korang.. '' balas Bomi dengan kenyataan mereka.

'' Apa salahnya Bomi.. seronok sikit... aku no hal.. '' Chorong gembira dengan ajakan Baekhyun.

Eunji dan Naeun hanya mengangguk dengan persetujuan Chorong untuk bercuti bersama mereka. Bomi mengecilkan saiz mulutnya kerana dia terpaksa menghabiskan cuti musim panas bersama Baekhyun.

'' Orait.. aku ada idea.. Jom kita pergi Hawaii !! yeahh.. '' Eunji memberikan idea untuk menghabiskan cuti sekolah mereka.

'' Not bad idea tuh.. '' Suho setuju dengan idea Eunji.

Mereka duduk bersama membincangkan hal percutian mereka sehingga waktu rehat berakhir.

 

Hari yang ditunggu-tunggu..

'' Boy.. jangan lupa jaga Bomi dengan sana.. risau pulak mummy.. '' pesan Mrs. Byun sambil berdiri melihat anak-anaknya bergerak ke kereta untuk menuju ke lapangan terbang.

'' Jangan risau mummy.. 24 hours boy pegang tangan Bomi.. tak nak bagi lepas.. mandi ker.. makan ker.. tidur ker.. boy tak akan lepas.. '' usik Baekhyun sambil memandang Bomi yang sedang berdiri di hadapan kereta.

'' Orait mummy.. kiteorang pergi dulu.. kalau ada apa-apa kiteorang call ye.. bye..'' jawab Bomi.

Kereta yang dinaiki mereka hilang dari pandangan Mrs. Byun.

 

'' Hoi geng.. lama sampai... '' jerit Baekhyun ke arah rakannya yang sedang menunggu di lapangan terbang Seoul.

Mereka semua duduk bersama menunggu waktu mereka berlepas ke Hawaii. Sedang mereka masuk untuk duduk di dalam pesawat, Eunji memanggil Bomi.

'' Sini.. duduk sini.. aku nak pergi tandas jap..''

Bomi meletakkan barangnya dan duduk bersebelahan dengan tingkap kerana dia cepat muntah tak kiralah jenis kenderaan apa yang dinaiki. Beberapa minit kemudian, Baekhyun datang dan duduk bersebelahan dengan kerusinya.

'' Erkk.. nih tempat Eunji..''

'' Huh.. Eunji duduk sana dengan Chanyeol.. dieorang paksa aku duduk sini.. takkan aku nak berdiri pulak.. terpaksa laa aku duduk sebelah ko..''

Bomi bangun dari tempatnya dan lihat Eunji sedang bergelak ketawa bersama Chanyeol.

'' Ishh.. budak nih.. kata nak pergi tandas.. penipu.. ''

Bomi duduk semula ke tempat dia dalam keadaan tidak selesa. Baekhyun membelek ipodnya dan melelapkan mata. Sepanjang perjalanan, Bomi tidak bermaya dan hanya memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba Baekhyun menghulurkan gula-gula berangin seperti tahu Bomi memerlukan sesuatu untuk menghilangkan loya.

'' Thanks.. ''

'' Aku takut ko muntah atas aku pulak... ''

Sedang Baekhyun bermain game di PSP, dia merasakan kepala Bomi di atas bahunya. Bomi menggumam keseorangan mengatakan dia kesejukan.

'' Sejuk.. sejuk.. '' sambil menggosok lengannya tapi matanya masih lagi pejam.

Baekhyun terus mengambil jaket dari begnya dan meletakkan di badan Bomi. Baekhyun menyambung bermain PSP sambil kepalanya terlentok di atas kepala Bomi.

 

'' Bomi.. Bomi... hoi.. tak nak turun ker ? '' Chorong dan Eunji mengejut Bomi bangun dari tidur.

Bomi melihat Baekhyun hilang dari tempat duduknya.

'' Erkk.. dah sampai ker.. kurang hajar pula Baekhyun tak kejut aku.. ehh.. nih jaket siapa ? '' 

 

Baekhyun yang sedang menunggu teksi di hadapan pintu masuk lapangan terbang tersenyum keseorangan apabila melihat Bomi memakai jaketnya. Bomi masih lagi tidak dapat memikirkan apa-apa kerana peningnya masih lagi ada. Sesudah sampai di hotel, Chanyeol terus menuju ke kaunter menguruskan tentang bilik mereka.

'' Orait.. girls.. korang.. satu bilik.. Aku, Sehun, Kai satu bilik.. Suho, Kyungsoo satu bilik.. Baekhyun dengan Bomi satu bilik...''

Bomi terperanjat dengan keputusan yang dibuat sendiri oleh Sehun. Mereka menepuk-nepuk kegembiraan apabila Chanyeol sengaja menyuruh Baekhyun dan Bomi tinggal dalam bilik yang sama. Bomi merasakan keputusan yang dibuat oleh rakannya tidak adil kerana dia baru sahaja ingin merasai keseronokan bersama Chorong, Eunji dan Naeun tetapi status sebagai suami isterilah mereka terpaksa duduk di dalam bilik yang sama. Bomi hairan dengan kelakuan Baekhyun kerana dia tidak menidakkan keputusan yang dibuat oleh Chanyeol. Dia hanya diam dan patuh dengan keputusan tersebut.

'' Orait Bomi.. have fun.. kiteorang ma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jiminwife00 #1
Chapter 57: Author update la (╥﹏╥) dh 2 tahun tunggu
mrsfrost21
#2
Chapter 57: Please update.im waiting for ur update T^T
nurazuranajiha #3
Chapter 57: Please update
LeeAYeong #4
Chapter 57: Please update T~T
silly_bomi #5
*english haha
silly_bomi #6
could u do an enlish version of this? huhu it's baekmi huhu
najwanabilla #7
Chapter 4: Outhorr , bilaa nak update ??!! lama tunggu
aien_rossli #8
Chapter 57: Update soon
ieykalolypopz #9
Chapter 57: 2 hari aq baca ff ni tanpa henti.. dari chapter 1 sampailah chapter 57 , gila besttttt..!! BaekMi !! 아~~~~~
hannan_gairuzazmi #10
Chapter 57: best gilossss